Wednesday 28 September 2011

:: DS Najib... tiada kuota Bumiputera ?




PM Beri Ulasan Mengenai Kuota Bumiputera


KUALA LUMPUR, 27 Sept – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata terdapat keperluan untuk menghindari sistem kuota kepada Bumiputera tetapi mereka perlu terus dibantu bagi berkembang.

“Kamu perlu meninggalkan kuota. Tetapi kamu mesti menyokong mereka (Bumiputera) dalam cara yang akan membolehkan mereka berkembang dari usahawan kecil dan sederhana untuk menjadi lebih besar dan menjadi jaguh serantau,” kata Perdana Menteri dalam sesi soal-jawab pada Forum Mega Trend Khazanah 2011 di sini.

Beliau berkata kuota menghindarI keupayaan usahawan Bumiputera dari membangunkan kebolehan mereka.

Najib khuatir “sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan bersenang-lenang dan akhirnya tidak memperolehi kepakaran untuk mengurus perniagaan.”

Beliau berkata satu kritikan masa lalu yang beliau hadapi mengenai sistem kuota ialah orang yang patut tidak dipromosi. Tindakan afirmatif kini perlu berfasarkan meritokrasi.

“Jadi, anda perlu menggalakkan calon Bumiputera yang sesuai. Sekiranaya anda berbuat demikian, bukan sahaja mereka akan berjaya, tetapi bukan Bumiputera juga tidak akan merasa iri hati terhadap mereka,” katanya.

Najib juga memuji Unit Peneraju Agenda Bumiputera di Jabatan Perdana Menteri yang telah mengenal pasti lebih 1,000 syarikat yang akan dibantu bagi berkembang.

Perdana Menteri juga berkata Kabinet akan membuat keputusan esok mengenai garis masa cadangan pindaan kepada undang-undang media cetak dan keselamatan untuk meningkatkan kebebasan awam dan menjadikan Malaysia lebih moden dan vibran demokrasinya.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia pada 15 Sept lalu, beliau berkata kerajaan akan memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Hukuman Buang Daerah 1959 serta mengkaji semula lain-lain Akta termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Sambil menegaskan kerajaan adalah serius dalam melakukan pembaharuan, Perdana Menteri berkata: “Sesi Parlimen akan datang, kamu akan menyaksikan perundangan atau tindakan baru.”

Lagi Berita Berkaitan :

Tuesday 27 September 2011

:: HUDUD : DS Ahmad Zahid Hamidi kata belum sesuai?


Hudud Belum Sesuai Dilaksanakan Di Negara Ini, Kata Ahmad Zahid




BAGAN DATOH, 25 Sept – Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hukum hudud belum dapat dilaksanakan kerana masalah kesesuaian dalam masyarakat majmuk negara ini.

Beliau berkata sebagai orang Islam, keyakinan terhadap hukum hudud itu tidak timbul tetapi kesesuaian pelaksanaannya menyebabkan ia tidak dapat dilakukan kerana rakyat yang berbilang kaum.

“Masalah (berhubung isu Hudud) yang dihadapi oleh DAP dan PAS, biarlah mereka selesaikan tetapi pendirian kita sebagai kerajaan Barisan Nasional (BN), hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini, ” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program ‘Kami Anak 1Malaysia’ membabitkan 2,000 pelatih dan 500 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh kepimpinan kerajaan BN berpendirian sama bahawa hukum hudud belum sesuai dilaksanakan.

Mengenai cadangan mewujudkan jawatan Timbalan Pengerusi BN kedua dilantik daripada kalangan parti komponen, beliau berkata perkara ini perlu dibawa pada mesyuarat majlis tertinggi BN.

“Perkara ini tidak boleh dilontarkan tanpa dibawa ke mesyuarat majlis tertinggi kerana sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan sebulat suara kerana itu merupakan konvensyen BN dari dulu,” tambahnya.


http://umno-online.com/?p=45956


:: HUDUD : TS Muhyiddin - belum sesuai dilaksanakan ?



Hukum Hudud Masih Belum Sesuai Dilaksanakan Di Negara Ini



PUTRAJAYA, 23 Sept – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan,Malaysiamasih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin Pas.

“Pendirian kita bahawa diMalaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga, di sini, Khamis.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berhasrat untuk terus melaksanakan hukum Hudud di Kelantan biarpun ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Muhyiddin berkata penjelasan dan pemahaman hukum itu perlu diperluaskan terlebih dahulu bagi memastikan semua rakyat di negara ini benar-benar memahami hukum tersebut.

“Saya sebagai seorang Islam saya tidak tolak hukum hudud. Itu sudah menjadi satu kenyataan dari segi hukum syarak tapi dari pelaksanaan itu menjadi pokok perbahasan hari ini. Kalau Nik Aziz kata nak laksanakan di Kelantan, itu soal dia,” katanya.


http://umno-online.com/?p=45864


:: UMNO dan Parti Komunis China (CPC)



UMNO Dikagumi Parti Komunis Cina




KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Kejayaan UMNO bersama-sama Barisan Nasional (BN) sebagai tunjang pentadbiran negara dikagumi pelbagai pihak termasuklah Parti Komunis China (CPC) khususnya dalam mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian negara sejak 54 tahun merdeka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata hasil kunjungan beliau ke negara kuasa besar tersebut bahawa kerajaan dan para pemimpin China menyatakan rasa hormatnya terhadap kejayaan Malaysia.

“Sewaktu mengadakanperbincangan, menterinya memaklumkan bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajari daripada kita bagaimana mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud,” jelasnya kepada umno-online, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN baru sahaja kembali ke tanah air selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pertukaran dan kerjasama antara UMNO dan CPC di Beijing, 5 Ogos lalu

CPC diwakili oleh Menteri Jabatan Antarabangsa dan Jawatankuasa Pusat, Mr. Wang Jiarui.

“Mereka juga memaklumkan bahawa bukan semua parti politik yang ada atau yang berkuasa dalam negara-negara lain mengadakan MoU sedemikian sebaliknya UMNO dipilih untuk bekerjasama ekoran keteguhan dan kejayaan yang telah dilalui,” kata Tengku Adnan.

Menurut beliau, dengan perjanjian persefahaman ini maka hubungan antara dua parti dapat dipertingkatkan khususnya dalam pertukaran pemimpin di kedua-dua peringkat untuk mengetahui perjalanan masing-masing baik di China atau pun di sini.

“Mereka turut meminta agar UMNO sendiri maklumkan kepada kerajaan untuk meningkatkan persefahaman dalam bidang ekonomi khususnya sosioekonomi bagi dikongsi atau bertukar-tukar pandangan untuk kepentingan bersama.

“Sebagai sebuah negara besar tentunya mereka mempunyai pelbagai masalah dan percaya bahawa kaedah yang diambil dari Malaysia sedikit sebanyak boleh digunapakai dan boleh ditokok tambah untuk disesuaikan dengan pentadbiran negara mereka,” jelasnya.

Katanya, beliau turut menyebut minat UMNO bagi menghantar generasi muda khususnya di kalangan pergerakan Pemuda dan Puteri untuk mempelajari bagaimana CPC melaksanakan program-program mereka.

“Kita turut menyatakan kesediaan kita sekiranya diberi peluang untuk menghantar generasi muda dalam parti belajar bahasa Mandarin,” katanya lagi.

Dalam pertemuan ini, beliau juga turut menerangkan berkaitan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) di samping dasar-dasar yang telah diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak termasuklah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan gagasan 1Malaysia.

“Saya memaklumkan bahawa keyakinan kita percaya pada konsep kesatuan dalam kepelbagaian iaitu kunci kejayaan UMNO sebagai tunjang pentadbiran negara.”

Sehubungan itu, katanya bagi peringkat permulaan pelaksanaan perjanjian persefahaman ini akan menjadi realiti apabila beliau memberikan laopran kepada badan pengurusan parti dan Majlis Tertinggi.

“Pelaksanaan akan dibuat selepas laporan diberi dengan rangka kerja sama ada melibatkan kedua-dua pemimpin atau generasi muda dalam parti,” terangnya.

Maklumnya lagi, CPC juga telah menyatakan persetujuan untuk turut menyertai forum antarabangsa yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO, Oktober nanti. – MediaUMNO


http://umno-online.com/?p=17295