Showing posts with label MCA. Show all posts
Showing posts with label MCA. Show all posts

Saturday, 31 July 2010

:: Petanda PRU13 semakin hampir ?

Home » Amin Iskandar, News

PRU 13 semakin hampir?

29 July 2010

Oleh Amin Iskandar

Bekas menteri pengangkutan dan presiden MCA, Tun Ling Liong Sik hari ini didakwa berkenaan dengan skandal projek PKFZ.

“Ling didakwa menipu kerajaan dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.
Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.”

Sehubungan itu, beliau dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bekas menteri pengangkutan itu juga berikan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin ditetapkan pada RM1 juta”. Petikan laporan Malaysiakini.

Dahulu bekas Menteri Tanah, Kasitah Gaddam dan Eric Chia pernah didakwa diatas pertuduhan rasuah. Selepas pendakwaan itu, pilihanraya umum 2004 berlangsung.

Parti pemerintah menang besar pada ketika itu kerana imej bersih Abdullah Badawi dan kerajaan beliau dlihat memerangi rasuah tanpa mengira siapa pelakunya.

Lama kelamaan, kedua-dua Kasitah Gaddam dan Eric Chia dibebaskan kerana dikatakan tidak ada bukti yang kukuh.

Apakah hari ini skrip lama dimainkan semula? Ling Liong Sik didakwa diatas skandal rasuah dan penyelewengan besar PKFZ.

Tidak lama sebelum ini, Ong Tee Keat, bekas menteri pengangkutan yang memulakan pembongkaran skandal PKFZ dijatuhkan dari MCA di atas sokongan pimpinan tertinggi negara.

Percayakah kita Ling Liong Sik akan benar-benar dijatuhkan hukuman? Tunggu dan lihat. Yang paling nyata adalah PRU 13 akan datang tidak lama lagi.

Kepada yang ingin bertanding, bersiap-siaplah. Kepada yang seronok jadi ahli parlimen, Adun atau memegang jawatan tertinggi dalam negeri, berjaga-jagalah.

Keseronokkan itu tidak akan terlalu lama kerana tidak lama lagi harus bertanding semula.



Thursday, 29 July 2010

:: PKFZ: Tun Dr Ling Liong Sik didakwa menipu kerajaan Malaysia?

PKFZ: Ling hadapi tuduhan tipu kerajaan M'sia
Hazlan Zakaria & Lee Way Loon
Jul 29, 10
12:04pm
Kongsi 171
Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.

Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA.

Beliau tiba di mahkamah pada jam 4.45 petang dengan ditemani isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya.

Ling kemudian mengambil tempatnya di kandang tertuduh.

Beliau adalah presiden MCA yang kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Swan.

Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.

Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.


Ling yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.

Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Hakim Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.

Ling kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan akan membayar wang ikat jaminnya di Mahkamah Sesyen, esok.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengetuai pendakwaan dan dibantu oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Datuk Tun Majid Tun Hamzah, Dzulkifli Ahmad dan Manoj Kurup, manakala Ling diwakili peguam Datuk RR Sethu.


Sebelum ini, desas desus seorang personaliti terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen itu menyaksikan puluhan wartawan, termasuk agensi berita luar negara bekejar ke mahkamah sejak awal pagi ini.

Kebanyakan mereka berhimpun di lobi dan pintu masuk mahkamah manakala ada pula yang menunggu di kawasan sekitarnya.

Pada jam 4 petang, Abdul Gani dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Datuk Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan.

Dua yang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad.

Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Thursday, 1 July 2010

:: Tun Omar Ong Yok Lin: Anggota kabinet pertama era Tunku

01 Julai, 2010 19:30 PM

Jenazah Tun Omar Ong Dikebumikan Dengan Penghormatan Negara


Jenazah Omar Ong Yoke Lin dikebumikan dengan penghormatan negara.
Foto BERNAMA: Mudanoran Mohamad

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Jenazah Allahyarham Tun Omar Ong Yoke Lin dikebumikan pada kira-kira 6.15 petang ini di Makam Pahlawan dengan penuh penghormatan negara.

Terdahulu, jenazah Allahyarham yang dibalut dengan Jalur Gemilang dibawa dari kediamannya di Persiaran Duta ke Masjid Negara dan ditempatkan di Dewan Syarahan Utama pada pukul 3 petang bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham kemudian diusung perlahan-lahan oleh anggota tentera dari ketiga-tiga cabang Laut, Udara dan Darat ke Dewan Solat Utama sejurus selepas solat Asar untuk upacara solat jenazah.

Solat jenazah itu diimamkan oleh wakil imam besar Masjid Negara Ehsan Mohd Yusni.

Turut sama menunaikan solat jenazah ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi serta beberapa orang bekas menteri kabinet.

Setelah selesai, jenazah diusung perlahan-lahan ke Makam Pahlawan untuk upacara pengkebumian.

Turut menyaksikan upacara pengkebumian ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah serta isteri Allahyarham Toh Puan Aishah serta anak bongsunya Mohamad Taufik.

........................................................................................



Thursday, July 1, 2010

Perginya Ong Yoke Lin, Rakan Tunku Masuk Islam..


Perginya Omar Ong Yoke Lin, Perintis Perikatan

KL. Khamis Julai 1, 2010: Dengan kembalinya ke Rahmatullah Tun Omar Ong Yoke Lin hari ini, Malaysia kehilangan seorang pejuang kemerdekaan dan anggota terakhir kabinet pertama negara di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Omar, 92, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di sini pada 8.15 pagi tadi dan jenazah dikebumi di Makam Pahlawan.

Allahyarham merupakan seorang daripada pengasas MCA dan pada 1952, dan bersama-sama Datuk Yahya Razak dari Umno, membuka jalan ke arah pembentukan Perikatan MCA-Umno yang membawa kepada kelahiran gabungan parti pelbagai kaum dan pelopor kepada Barisan Nasional yang terus memerintah negara sehingga hari ini.

"Ong Yoke Lin dan Datuk Yahayalah yang memutuskan untuk membentuk sebuah perikatan bagi bertanding pada pilihan raya ini," kata almarhum Tunku Abdul Rahman dalam bukunya pada 1977 bertajuk "Looking Back", bagi mengimbas pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada 1952 ketika negara masih di bawah pemerintahan British.

Perikatan itu, yang memenangi sembilan daripada 12 kerusi pada pilihan raya itu, kemudiannya disertai MIC.

Omar yang merupakan Ketua MCA Selangor, kemudian menjadi Naib Presiden MCA dan anggota Parlimen Ulu Selangor.

Beliau adalah antara empat anggota parti Perikatan yang menggubal Perlembagaan Malaya ketika itu di London pada April 1957 sebelum kemerdekaan pada Ogos tahun yang sama.

Pada 1961, beliau mengetuai delegasi Malaya ke Sarawak bagi membincangkan pembentukan Malaysia dan merupakan seorang daripada wakil yang menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia di London pada September 1963.

Beliau diberikan jawatan Menteri Pos dan Telekomunikasi oleh Tunku Abdul Rahman dalam barisan kabinet 10 anggotanya pada 1955 yang turut melibatkan tokoh terkemuka seperti Tun Abdul Razak, Tun V.T.Sambathan, Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun H.S.Lee.

Antara 1956-1957, beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dan dalam kabinet pertama selepas kemerdekaan, Omar diberi portfolio Menteri Buruh dan Kebajikan Sosial.

Beliau berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dan Kebajikan Sosial dari 1959 hingga 1962 serta menteri tak berportfolio (1962-1973).

Pada Mei 1962, Omar berlepas ke Amerika Syarikat bagi berkhidmat sebagai Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi tempoh 10 tahun sehingga 1972.

Beliau berkhidmat dan bersara presiden Dewan Negara antara 1973 dan 1980.

Selepas meninggalkan kerajaan, Omar memegang beberapa jawatan tinggi di sektor swasta termasuk sebagai Pengerusi Esso Malaysia Bhd, Malaysian Oxygen Bhd dan OYL Industries Bhd.

Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 23 Julai 1917, Omar mendapat pendidikan di Victoria Institution di mana beliau bertemu Yahya.

Beliau lulus peperiksaan matrikulasi Universiti London pada 1934.

Omar, yang memeluk Islam pada 1961, dianugerahkan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran "Tun" pada 1979.

Beliau terlibat secara aktif dengan kerja kebajikan antaranya sebagai Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan St John's Ambulans, presiden Yayasan Jantung Malaysia dan naib presiden Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). -BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apa yang menarik, dikatakan pada zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman memerintah, ramai rakan-rakan Tunku bukan Islam yang sama-sama dalam kabinetnya telah masuk Islam berbanding pemimpin-pemimpin (PM) selepasnya. Termasuk Allahyarham Omar Ong Yoke Lin tokoh sejarah ini. Apakah istimewa Tunku? (AK)



Sunday, 20 September 2009

:: Ong Tee Keat vs Chua Soi Lek

20 September, 2009 16:34 PM

Jangan Benarkan MCA Jadi Alat Perjuangan Presiden- Chua

PUTRAJAYA, 20 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini menyeru anggota MCA, khususnya para perwakilannya, supaya bersatu demi kepentingan parti dan tidak menjadikan parti sebagai alat untuk perjuangan presiden MCA sahaja.

"Jangan benarkan parti menjadi alat untuk perjuangan presiden MCA sahaja. Ia ini adalah parti untuk semua ahli-ahli MCA dan biarlah perwakilan MCA menentukan nasib pemimpin dan hala tuju parti," katanya kepada pemberita di rumah terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, di sini pada Sabtu.

Mengenai keputusan Jawatankuasa Pusat (CC) MCA mengantung keanggotaan beliau selama empat tahun, bekas timbalan presiden parti itu berkata:" Adakah mereka cuba katakan yang CC lebih besar kuasanya daripada mesyuarat agung luar biasa (EGM)."

MCA akan mengadakan EGM pada 10 Okt bagi membincangkan beberapa keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti kebelakangan ini termasuk pemecatan Dr Chua sebagai timbalan presiden parti oleh Majlis Presiden pada 26 Ogos ekoran skandal seks beliau pada tahun lepas.

"Saya menyerahkan kepada kebijaksanaan perwakilan-perwakilan MCA yang akan hadir dalam EGM ini, dan saya yakin mereka akan buat keputusan yang bijak demi kepentingan parti," kata Dr Chua.

Ditanya sama ada beliau akan menubuhkan parti baru, Dr Chua sekali lagi menafikan spekulasi yang telah tersebar luas itu.

"Tidak pernah terlintas untuk memulakan sebuah parti baru. Menubuhkan parti baru merupakan cerita karut yang diada-adakan oleh presiden untuk mencemarkan nama saya," katanya.

Beliau menggelar presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai "ibu segala pembohongan".

-- BERNAMA