Showing posts with label penyakit berjangkit. Show all posts
Showing posts with label penyakit berjangkit. Show all posts

Thursday, 29 July 2010

:: 'Melioidosis' di Bakun, Sarawak ?

Kemungkinan melioidosis dirahsiakan di Sarawak?
Aidila Razak
Jul 29, 10
1:09pm
Kongsi 67
Wabak penyakit 'melioidosis' atau bakteria disebabkan air dan tanah yang menular di Sarawak dikatakan menjejaskan pekerja di empangan hidroelektrik Bakun.

Namun menurut pegawai daripada Jabatan Kesihatan Sarawak, terdapat pekeliling yang dikeluarkan bulan ini yang melarang mereka daripada mengeluarkan sebarang maklumat berhubung melioidosis.



"Kami menerima arahan daripada pegawai kanan agar tidak mengeluarkan sebarang maklumat bermula bulan ini, walaupun beberapa bulan sebelum ini, kami juga tidak keluarkan sebarang kenyataan,” katanya sambil menambah beliau tidak boleh mendedahkan sebab larangan itu.

Bagaimanapun Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican berkata beliau tidak dimaklumkan berhubung sebarang larangan itu.

Permohonan bertulis

Seorang pegawai di Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit juga menafikan berhubung larangan itu tetapi berkata sebarang maklumat akan hanya diberikan jika ada permohonan bertulis.

Wabak itu menarik perhatian apabila pada 10 Julai lalu, enam penduduk kampung yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di Hutan Lipur, Lubuk Yu, dekat Maran, Pahang meninggal dunia dalam tempoh seminggu selepas operasi itu.



Semua mereka yang terbabit dalam operasi bermula 26 Jun hingga 30 Jun itu, disahkan meninggal dunia akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah).

Kejadian itu menyaksikan kawasan rekreasi itu ditutup dan dibersihkan oleh pelbagai agensi kerajaan.

Lebih menggemparkan lagi apabila dua hari lalu, seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Jengka yang terlibat dalam operasi itu menjadi mangsa terbaru.

Malaysiakini menghubungi Jabatan Kesihatan Sarawak bagi mendapatkan perangkaan berhubung dakwaan wabak itu juga mungkin menular di kalangan pekerja pembinaan di empangan Bakun.

Bakun: Sembilan mati, 50 dijangkiti

Menurut seorang pegawai pengurusan bagi satu daripada sub-kontraktor projek berkenaan, sebahagian daripada pekerja di situ dijangkiti sejak projek itu bermula.



Pegawai yang tidak mahu dikenali itu melahirkan kebimbangannya kerana mendakwa beliau mempunyai maklumat berhubung sembilan orang yang telah meninggal dunia akibat dijangkiti sejak setahun lalu.

Katanya lagi, dia menjangkakan tidak kurang 50 lagi pekerja di syarikatnya telah pulih selepas menerima rawatan sepanjang tempoh yang sama.

Kebanyakan pekerja adalah rakyat asing dan mereka lazimnya dihantar pulang selepas dirawat kerana syarikat tidak mahu mengambil risiko kebimbangan penyakit itu menular.

Penyakit itu dilaporkan boleh kembali walaupun mereka yang telah dirawat itu telah pulih.

Dua di ICU

Dakwanya lagi, majikannya telah menghantar pulang 10 pekerja atas sebab berkenaan sepanjang tahun lalu dan ada juga yang dihantar pulang tanpa rawatan.


"Pekerja yang mati tidak menerima rawatan pada peringkat permulaan kerana mereka tidak melaporkan yang mereka sakit. Ini kerana mereka bimbang akan dihantar pulang,” katanya.

Pekerja-pekerja terbabit dipercayai terdedah kepada jangkitan ketika menjalankan tugas-tugas menggerudi tanah.

"Saya bimbang ini akan berterusan dan menular kepada pekerja di empangan Murum,” katanya.

Beliau juga mendakwa dua orang kini terlantar di unit rawatan intensif (ICU) di hospital Bintulu, termasuk seorang penduduk kampung masyarakat Belaga yang dipindahkan berikutan pembinaan empangan itu.


[Baca berita penuh]

Sunday, 19 July 2009

:: H1N1


Kononnya kita dimaklumkan bahawa penyakit berjangkit ini mudah merebak. Bersentuhan dengan pesakit pun bakal mengundang bahaya. Punca asal penyakit ini bukan dari negara kita, kononnya dari negara luar. Ini membuka ruang yang besar kepada menularnya penyakit ini... selagi warganegara kita berbondong2 melancong atau untuk tugas rasmi ke luar negara dan selagi pihak lain dari luar dibenarkan datang ke negara kita.


Peringkat awal tersebar cerita H1N1 ini, ada negeri yang berusaha menutup kes. Mana2 pihak dihalang dan dilarang membicarakan hal dan perihal H1N1 ini... hanya seorang menteri negeri sahaja yang boleh berkata2 mengenainya... malah pihak hospital dilarang keras membuat kenyataan. Mungkin bimbang tiada pelancong luar yang datang dan mungkin takutkan rakyat dibayangi kebimbangan yang tak menentu... dan banyak lagi kemungkinan lain yang menjadi asas kepada tindakan sedemikian.

Di pintu masuk lapangan terbang tertentu di negeri2 tertentu, ramailah petugas beruniform bertugas melakukan pemeriksaan kesihatan dan ada juga borang2 tertentu yang perlu dilengkapisi.

Akan hal berkaitan pemeriksaan kesihatan ini dan keperluan melengkapisi borang2 tertentu itu kelihatannya agak longgar pelaksanaannya. Ramai penumpang kapal terbang yang "terbocor" dari pemeriksaan tersebut... dan ramai juga yang tidak menyerahkan borang yang telah diedarkan sebelum itu... cumanya sesekali diberikan cecair tertentu ke tapak tangan dan diminta melumurkan cecair itu pada kedua2 tapak tangan.

Ketika ini, samada di lapangan terbang atau di dalam kapal terbang... pastinya ramai yang akan menoleh kepada kita apabila kita terbersin dan terbatuk... dengan pandangan dan jelingan yang sinis... menjadikan kita berasa bersalah yang teramat sangat... seolah2nya kitalah sebagai penyebar H1N1 ini.

Dihebahkan bahawa jumlah pesakit semakin meningkat tapi kononnya tersebar luas menyatakan bahawa pesakit yang ditahan di wad mana2 hospital di dalam negara semakin berkurangan. Baru2 ini, seorang kenalan memberi petua dalam menghadapi penyakit H1N1 ini. Beginilah antara mesej yang dihantar:
" Salam tuan. Bagaimana keadaan anak sekarang? Apa tindakan tuan setakat ini? Saya ada juga dapat petua daripada bijak pandai di sini katanya ada dalam quran, untuk penyakit yang berkaitan dengan kuman babi penawarnya air selut. Ambil air selut kat tempat yang bersih seperti di kaki gunung, baca selawat dan fatihah 7 kali, kemudian minum. InsyaAllah. "

Mana2 pihak yang anggota keluarganya disyakki dijangkiti H1N1 ini, akan datanglah pegawai2 dari klinik kesihatan atau hospital terdekat untuk membuat pemeriksaan. Kesemua ahli keluarga yang mendiami rumah berkenaan akan dikuarantin kira2 seminggu... maka akan "berehat" sakanlah kesemua ahli keluarga berkenaan... sebab tak boleh keluar dari rumah... dan rasa rimas serta bosan pastinya menghantui mereka yang berkaitan.