Saturday, 17 October 2009

:: Bahtera Nabi Nuh 2 dijumpai ?


Wednesday, June 17, 2009

BAHTERA NABI NUH AS (PART 2)

Gambar : Anggaran saiz Bahtera Nabi Nuh AS dengan sebuah rumah.

Artikel Pengalaman-pengalaman Menarik Para Pengkaji Noah Ark.

Catatan seorang Pendaki dan Pengkaji "Noah Ark" di Mount Ararat (Dr.John Morris).

Banyak sungguh halangan untuk mencari The Great Noah Ark. Saya sudah daki banyak gunung lain di dunia dan saya sudah daki Ararat sebanyak 13 kali sebelum berjaya. Saya cuma nak ingatkan "Mt.Ararat ini memang sebuah gunung yang meragut nyawa". Kalau dari sebelah selatan, Mt.Ararat ini adalah seperti kon air batu, dari sebelah berlawanannya pula terdapat sebuah lurah yang dipanggil "Lurah Ahora", terdapat dinding2 batu yang curam. Bahagian yang curam itu sememangnya sukar untuk didaki.

Mt.Ararat ialah sebuah gunung berapi yang telah meletus beberapa kali semenjak peristiwa ''banjir besar Noah" itu dulu. Puncaknya ditutupi dengan air batu glasiar seluas 17 batu persegi dan penutupan ke bawah ke paras 14,000 kaki. Semasa glasiar itu bergerak turun, ia juga membawa sama bekas kepingan lahar gunung berapi dan terjadilah batu runtuh.

Memanjat dari arah air batu yang meluncur itu memang susah. Bermacam² masalah akan timbul. Tanah runtuh, cuaca ganas, anjing serigala liar, beruang gunung beserta ular² berbisa sering datang mengganggu.

Puncak gunung yang setinggi 17,000 kaki yang ditutupi dengan airbatu itu pula selalu menjadikan cuaca yg tidak menentu. Di situ angin bertiup kencang, suhu amat sejuk dan sebarang cecair akan menjadi beku tersejat.

Setiap petang terdapat kilat yang diikuti angin, hujan dan salji. Angin yang bertiup biasanya selaju 100 batu/jam. Pada suatu malam saya pernah alami suhu menurun sehingga negatif 40 darjah Celsius dan angin bertiup selaju 80 batu sejam. Cuaca sahaja pun telah membuat kita cukup sengsara. Oleh kerana Ararat ialah sebuah gunung berapi, gas yang keluar dari gunung itu ialah gas beracun yang boleh mendatangkan masalah untuk kami bernafas. Saya sendiri pun tinggal di puncak Ararat selama 1 minggu dan dalam keadaan susah untuk bernafas.

Puak2 yang tinggal berdekatan dengan gunung juga turut memberikan banyak masalah kepada kami dan kami telah telah ditembak beberapa kali oleh perompak. Guerrila Qurdish juga telah menggunakan gunung itu sebagai tempat persembunyian dalam pertelingkahan dengan kerajaan Turkey dan Timur Tengah. Kumpulan kami tidak ada yang terkorban tapi kami menghadapi banyak masalah dan cedera parah.

Ramai orang telah terkorban di gunung itu dalam mencari The Great Noah Ark. Pengalaman yang paling pahit sekali ialah ketika kami berada di paras 14,000 kaki. Kami terkena pancaran kilat. Akhirnya kami berjaya juga sampai ke puncak Ararat dan menghabiskan masa selama 1 minggu untuk mencari The Great Noah Ark.

Catatan Mr.Ronald Bennet, bekas jurufoto Whitehouse

Beliau kini telah bersara, tinggal di sebuah bandar -La Jolla,California US. President-Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis Tahun Baru yang diadakan oleh Shah Iran di Tehran. Ronald Bennet telah ternampak sesuatu berbentuk seperti 'kotak kasut yang besar' ditimbus airbatu ketika Air Force One yang membawa President Jimmy Carter melintasi Mt.Ararat. [Air Force One telah bertolak dari Washington DC menuju ke Warsaw, Poland pada 29th.Dec.1977 dan kemudiannya ke Tehran pada 31th.Dec.1977]

"Saya adalah jurufoto dan wartawan yang meliputi segala aktiviti Whitehouse selalu sahaja ikut President Jimmy Carter ke mana² bagi membuat laporan tentang aktiviti US.President. Semasa peristiwa itu berlaku, kami dalam perjalanan dari Poland ke Tehran. Semasa terbang diutara Turkey, kami telah disuruh memandang ke tingkap. Pada masa yang sama ada beberapa buah pesawat MIG Fulcrum USSR sedang mengiringi Air Force One yang kami naiki. Kami memandang ke tingkap, kami nampak dengan jelas "sebuah kotak panjang seperti bahtera yang besar sebahagiannya ditutupi dgn airbatu."

Gambar The Noah Ark Yang Hilang

Seorang jurutera minyak telah menaiki helikopter di bahagian Utara Mt.Ararat kerana urusan perniagaan tiba² terkejut apabila melihat sebuah kotak besar yang panjang menyerupai bahtera terjulur keluar dari air batu. Jurutera itu kemudiannya menyuruh pilotnya mendekatkan helikopter ke bahtera sedekat yang mungkin bagi mengambil seberapa banyak gambar.

Dengan rasa bangga dan seronok dia menunjukkan segala gambar² yang telah diambil olehnya itu kepada rakan² di Timur Tengah dan Amerika. Dalam masa yang sama dia cuba mencari bantuan kewangan untuk menjalankan satu ekspidisi bagi mencari "Noah Ark". Malangnya dia tidak berjaya dan dengan rasa kecewa dia ke British Guyana dan membuka lombong minyak di situ.

Pada 27th.Dec.1962, jurutera itu dijumpai mati dibunuh dengan keadaan badannya dijumpai terapung di kolam renang hotel.

Kawan baiknya, dalam membuat laporan Polis ada mengatakan bahawa almari tempat menyimpan segala gambar/filem "Noah Ark" telah digeledah orang 10 hari sebelum kejadian. Filem dan gambar Noah Ark telah hilang, ramai kawan baik jurutera itu mengesahkan yang mereka telah melihat foto hitam/putih "Noah Ark" yg berukuran 8 X 10 inchi, dan tidak menolak kemungkinan di bunuh kerana foto tersebut.

Pengakuan Paderi Kristian - Pastor Harold William dari Logansport, Indiana

Pengakuan dibuat pada sebuah media, ada seorang kawannya seorang imigran Muslim yang berbangsa Armenia bernama Haji Yearam yang telah tinggal di kaki Mt.Ararat. Mengikut sejarah/tradisi, mereka ini adalah keturunan terus menerus yang keluar dari " Noah Ark " itu dan tidak berhijrah ke mana². Keturunan Hj.Yearam sentiasa tinggal di kaki Mt.Ararat itu.

Beberapa ratus tahun selepas 'bah besar' , anak cucu keturunannya telah mendaki ke Puncak Ararat untuk memberi penghormatan dan melihat "Noah Ark" itu. Masa itu masih ada lagi laluan menuju ke bahtera dan entah macamana laluan itu telah musnah dan tidak dapat dikesan lagi, mungkin kerana perubahan cuaca,gempa bumi dan sebagainya.

Semasa Hj.Yearam masih kecil, ada beberapa org bangsa asing telah datang ke rumahnya. Mereka ini adalah orang yang tidak percaya dengan Al-Quran dan sebarang agama. Mereka adalah saintis, mereka dlm perjalanan melakukan ekspidisi untuk membuktikan bahawa cerita The Great Noah Ark itu adalah berupa dongeng semata².

Para saintist kemudiannya mengupah bapa Hj.Yearam menjadi pemandu ke Puncak Mt.Ararat dan Hj.Yearam yang pada masa itu masih kecil pun turut serta. Waktu itu musim panas dan air batu salji yang menutupi sebahagian Puncak Ararat mencair.

Selepas bersusah payah mendaki akhirnya mereka pun tiba di puncak.
Dengan jelas "Noah Ark" kelihatan seolah2 berada di dalam tasik kecil. Air dari tasik kelihatan melimpah keluar turun ke bawah. Apabila mereka sampai di tasik itu, jelas kelihatan sebahagian dari "Noah Ark" itu tertonjol keluar dari airbatu. Para saintis kemudiannya meluru ke bahtera. Mereka tergaman dan berasa malu. Seluruh bahagian luar dan dalam "Noah Ark" itu diselaputi syellek atau lacker serta bahan pengilat yang kuat dan tebal. Tidak kelihatan sebarang tingkap, terdapat hanya sebuah pintu besar tetapi daunnya sudah tiada lagi. Para saintis kemudiannya marah. Mereka cuba mengopek kayu bahtera tersebut, membuat unggun api bagi tujuan membakar dan memusnahkan "Noah Ark" tersebut. Maha Suci Allah dengan keadaan kekurangan pelbagai alatan, segala usaha mereka itu sia², apatah lagi dengan keadaan "Noah Ark" itu sendiri yang keras seperti batu. Kayunya tidak berupaya terbakar langsung.

Para saintist itu kemudianya memberi amaran kepada ayah Hj.Yearam agar merahsiakan apa yang mereka tahu dan nampak jika mahukan keluarga mereka selamat. Sebab itulah ketika dikala tuanya baru beliau mau bercerita, itu pun hanya kepada orang yang dipercayainya sahaja. Wallahuallam..

Gempa Bumi

Pada 2 Mei 1883, telah berlaku satu gempa bumi yang menyebabkan batu dan ketulan runtuh dan turun hingga menutup hampir keseluruhan kampung2 yang terdapat di kaki Mt.Ararat. Letupan gunung berapi amatlah dahsyat, sehingga dikatakan keseluruhan benua Eropah dapat merasainya. Setahun kemudian, Kerajaan Turkey menghantar satu kumpulan ekspidisi saintis bagi mengukur sejauh mana kemusnahan yang diakibatkan dari gempa bumi tersebut.

Seorang Inggeris, Captain Gayscoyne yang juga merupakan seorang Duta British di Istanbul telah memohon kepada kerajaan Turkey untuk menyertainya. Dia amat bernasib baik kerana dapat melihat kemunculan The Great Noah Ark itu. Bukan itu sahaja, malah pasukan saintis/juruukur itu telah dapat mengukur "Noah Ark", malangnya mereka tidak dapat mengukur dgn tepat dan lengkap kerana sebahagian darinya diselimuti dengan airbatu dan hanya 20 hingga 30 kaki sahaja yang terjulur keluar.

Namun, para saintis/juruukur itu dapat memasuki ke dalam "Noah Ark". Apa yang mereka dapati ialah "Noah Ark" itu diperbuat dari kayu balak purba yang sudah tidak wujud lagi spesisnya di dunia hari ini. Jarak dari satu tingkat ke satu tingkat ialah 12 hingga ke 13 kaki.

Pengalaman Ed.Davis

"Saya seorg Sarjan Master yang menjaga pembinaan dlm Kumpulan Perkhidmatan Khas Jurutera Tentera di Utara Iran pada tahun 1943 .Ketika sedang mengeluarkan batu dari kuari, seorang budak berbangsa Qurdish yang menjadi pemandu pasukan saya memandang kaki Mt.Ararat seraya berkata " Ya, di situlah kampung halaman dan tempat di mana org tua saya tinggal, yang mana di puncaknya pula terdapat "Noah Ark"..dan ayah saya tahu di mana letaknya "Noah Ark" itu".

Saya terkejut dan berkata.."Benar?.. Boleh bawa saya ke sana?". Budak pemandu Qurdish itu kemudiannya berjanji akan mengenalkan saya dengan ayahnya.

Suatu hari, budak Qurdish itu membawa ayahnya melawat saya. Dia memperkenalkan ayahnya. Nama ayahnya Abbas. "Pada masa ini, "Noah Ark" masih tidak kelihatan. Dan apabila tiba masanya nanti saya akan datang jemput awak.." kata Abbas.

Beberapa bulan kemudiannya Abbas datang menjemput saya. "Kita boleh pergi sekarang kalau nak.." kata Abbas. Saya tidak buang masa dan inilah saat2 yang paling saya tunggu.

Kami, seramai 8 orang mula mendaki Mt.Ararat. Suhu amat sejuk dan tidak pernah seumur hidup saya merasa sesejuk serta seletih itu. Jika saya tahu ianya seteruk ini sudah tentu saya tidak akan mahu pergi.

Semasa kumpulan kami mendaki ke atas, kami berhenti di sebuah telaga. Saya diberitahu Abbas telaga ini dinamakan Perigi Yaakub, dan memang telah menjadi adat beratus2 tahun Nenek Moyang Abbas akan berhenti di "Perigi Yaakob" untuk berdoa dan meletakkan seketul batu di atas himpunan batu yang diletakkan oleh orang2 yang menaiki Puncak Ararat sejak zaman berzaman dahulu lagi.

Kami pun meninggalkan "Perigi Yaakob" dan mendaki agak jauh dan melalui satu jalan yg digelar "Pintu Belakang". Itu merupakan jalan "short cut" agar perjalanan kami menjadi lebih cepat.
Setelah beberapa hari mendaki Abbas menyuruh kami semua mengikat tali antara satu sama lain. Mereka memberi satu tali panjang yang mempunyai satu tempat untuk mengikat pinggang. Kami semua mengikat pinggang kami dan saya berada di tempat ke-5. Dua org Qurdish sentiasa berada di belakang saya seolah2 pengawal peribadi. Abbas telah kehilangan 2 org anak lelaki semasa mendaki dahulu dan sebab itulah beliau sungguh berhati2.

Saya rasa mereka yang lain semua ada pengalaman mendaki gunung ini, sebab mereka semua tahu jalan2 yang mereka lalui walaupun dalam keadaan suasana yang gelap.Hanya saya seorang sahaja yang asing dan berbangsa Amerika.

Saya tidak mempunyai sebarang alat khas selain dari barang2 tentera. Saya lihat Abbas dan rakan2nya mempunyai peralatan yg baik dan sesuai. Mereka semua dapat alat itu entah dari mana.
Abbas kemudiannya memberi cermin penutup muka kepada semua. Kami memakainya sepanjang masa. Abbas juga memberi saya sekeping logam bersinar yg boleh kami gunakan bagi memberi isyarat. Abbas juga memberikan saya sebuah lampu suluh yang akan digunakan sewaktu melintasi gua. Saya diberikan wisel untuk dibunyikan sekiranya memerlukan sesuatu bantuan dan dilarang sama sekali berteriak dan meninggikan suara.

Kami tidur di dalam tidak kurang dari 6 buah gua. Semasa mendaki, kami hanya memakan bubur. Saya sendiri tidak tahu apa isi bubur itu, rasa2nya seperti daging dan sayur sahaja. Pada dinding gua itu terdapat lukisan2 purba. Hanya Abbas dan rakannya2 sahaja yang tahu apa makna lukisan itu.

Semua org masih terikat dgn tali antara satu sama lain. Malah ketika hendak pergi buang air besar pun kami tidak dibenarkan sekali2 membuka tali.

Cuaca tidak elok semasa kami naik, sentiasa hujan dan berangin. Kami berjalan di atas batu dan ais batu. Terdapat bermacam2 bahaya, kami selalu sahaja tergelincir dan jatuh. Mereka menyatakan jika berlaku sebarang kematian mereka tidak akan membawa mayat itu turun ke bawah. Sebab itulah saya nampak banyak tulang dan serpihan tengkorak manusia di dalam airbatu. [Memang mereka tinggalkan org yang mati di atas gunung itu dan saya tidak tahu mengapa..]

Abbas dikatakan adalah penjaga kepada "Noah Ark" itu semenjak turun temurun. Abbas memaklumkan kepada kami yang beliau tidak menggemari jika ada org/bangsa asing naik ke gunung itu untuk mencari/mengkaji "Noah Ark". Tambahnya lagi, setiap orang yang naik mahu mengopek dan memecahkan mana2 bahagian "Noah Ark" bagi tujuan membawanya balik. Sedangkan orang2 Qurdish ini tidak mahu "Noah Ark" itu diapa2kan. Pertama kali saya nampak "Noah Ark", ia seolah2 sebungkah batu biru yang sangat besar. Semakin dekat, barulah rupabentuknya jelas kelihatan. Saya nampak bahagian hujung bahtera itu sudah berlubang pecah mungkin bekas dikapak orang.

Saya merasa sungguh kagum dan sedikit kecewa kerana tidak dapat menghampirinya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa inginnya saya menyentuh dan berjalan2 di atasnya. Abbas menerangkan bahawa "Noah Ark" itu mempunyai sumpahannya. Ada sesetengah orang yang telah mendapat penyakit jantung serta mati serta merta di dalamnya.

Sebenarnya sebahagian dari barang2 antik muatan "Noah Ark" telah pun diambil oleh nenek moyang Abbas semenjak dahulu lagi. Saya sendiri nampak beberapa barang antik berupa mangkuk besar setinggi 2 kaki setengah, pasu, bikar, pinggan yang diperbuat dari kulit kerang dan piring pelita di rumahnya. Mereka hanya setakat membenarkan saya melihat sahaja.

Abbas juga menerangkan pada saya bahawa moyangnya telah menjumpai madu di dalam botol sewaktu ekspidisi bersama saintis Turkey. Dan sekarang madu itu telah di hantar ke Switzerland dan disahkan sbg madu asli. ...
**********************************************************************************
Subhanallah..Maha Suci Allah...

No comments:

Post a Comment