Sunday, 15 November 2009

:: Diri

Berhala Dalam Diri

Oct 13th, 2009 | By Admin | Category: Rencana, nash ar-rawy

Oleh : Nash Ar-Rawy

Ramai yang tidak menyangka ‘Berhala” bisa ada dalam diri; sebagaimana tidak menyangka cempedak jadi nangka atau penemuan baru : cempedaknangka. Kalangan politikus , ramai yang tanpa menyedari bahawa ‘Berhala” sudah ada dalam diri. Antaranya, yang berani dan celupar menyatakan ; Hudud tiada sesuai di zaman siber dan kalau di potong tangan dan kaki; nanti bisa buat sup. Ini semua adalah persendaan terhadap Yang Empunya Global dan Yang Empunya Hukum selaku ‘The Absolute Law Giver “. Percakapan ini adalah bicara ke-Berhala-an dalam diri; kerna menolak ke-Tuhan-an dalam perundangan ; lantaran ke-Tuhanan-an tiada lagi di dalam hati dan diri.

Menolak rasuah , tidak salahguna kuasa , pangkat dan kedudukan adalah amalan ke-Tuhan-an dan disebaliknya adalah amalan ke-Berhala-an. Perasuah adalah perilaku ke-Berhala-an dan menentang amalan rasuah adalah syaksiyyah ke-Tuhan-an dalam diri kendiri; yang beriman , bijaksana dan muttaqin ( bertakwa).

Justeru itu, melantik , memilih dan mengundi calun perasuah sebagai wakil rakyat atau bersubahat untuk memenangkannya adalah perbuatan ke-Berhala-an yang nyata kerna prinsip ke-Tuhan-an menyatakan pemberi dan penerima rasuah ; kedua-duanya masuk neraka.

Ke-Tuhan-an bererti bukan menjadi Tuhan tetapi ke Tuhan itu menuju ke Tuhan. Sementara, ke-Berhala-an bererti berhala ada dalam diri kerna menuju ke “ Berhala”; apabila tepuk dada tanya selera bukan tanya iman. Hadis nabi menyatakan : “ Tiada beriman bagi orang yang tiada berakhlak “ Hadis ini dituju kepada semua termasuk, ustaz, guru, ulamak , Tok Guru dan orang awam ; jika tiada berakhlak maka hilanglah iman. Justeru itu, mestilah ada : Iman , Islam dan Akhlak ; kerna akhlak itu terbitan daripada Iman ( di dalam diri ) dan dibuktikan dengan Islam iaitu penyerahan diri pada ‘Dia’ di dalam segala tingkah laku , perbuatan dan syaksiyyah diri.

Tingkahlaku yang jahat lagi mengkufuri atau menentang dan mengingkari perintah Tuhan dan berakhlak buruk dan keji walaupun di kalangan ilmuan yang professional dan guru agama adalah tingkahlaku ke-Berhala-an dalam diri. Anologinya mudah sekali untuk difahami . Siapakah itu iblis ? Bukankah sebelum itu dikenali sebagai azazil; ‘Tok Guru’ di langit yang dipergurui oleh para malaikat ketika itu! Ertinya , ke-Berhala-an dan ke-Tuhan-an bisa berlaku di mana-mana dan bisa menjadi pencetus diri dalam diri mana-mana manusia tanpa mengira derajat dan kedudukannya dalam masyarakat . Mau ke mana kamu ? ke Tuhan atau ke Berhala ?

Jangan sandiwara diri kerna ; diri terperi dan diri kamu sebenar yang di dalam itu ; akhirnya akan di ketahui khalayak juga apabila diri yang sebenarnya terserlah dengan akhlak yang buruk yang tidak mencerminkan iman dalam diri. Songlap wang zakat fitrah , Tabung Haji, Bank Islam , adalah antara contoh berlakunya ke-berhala-an yang ketara sekali pada institusi yang dihormati dan kepercayaan masyarakat.

Salahgunakuasa , ‘selective punishment’ dan penyewengan yang sering berlaku dalam SPR, mahkamah, PDRM ,ISA peguam negara dan SPRM yang menjadi kuda tunggangan untuk menjamin kesinambungan talian hayat UBN adalah kerna elemen-elemen ke-Berhala-an yang bertapak di dalamnya. Justeru itu , UBN samasekali tiada berani meletakkan institusi –institusi tersebut di bawah kuasa parlimen ‘yakni di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong bukannya di bawah manipulasi dan salahguna kuasa PM. dan thoghut ke-Berhala-an UBN di peringkat makro ke-Berhala-an di dalam sistem pemerintahan sekular nasionalis/SMS(SATU MALAYSIA SEKULAR).

Di peringkat mikro ke-Berhala-an adalah pada diri individu itu sendiri. Sikap sombong , bongkak , ria’ , ‘ujud , takabur , dengki , dendam, kesumat dan adudomba , memfitnah orang ; adalah antara ciri ke-Berhala-an di dalam diri. Maksiat batin dan syirik kahfi mengkahfi ini hendaklah di buang dan dikikis-habis sifat-sifat mazmumah yang keji dan tercela ini dengan sifat –sifat mahmudah; yakni yang baik , suci murni dan terpuji.

Diri yang di dalam adalah pada asalnya suci , bersih dan murni kerna roh itu suci dan datang daripada Penciptanya Yang Maha Suci. Justeru itu, mengapa harus kamu mengotori diri kamu ? Mengapa harus dibiarkan ke-Berhala-an itu bertapak dan menjadi parasit dalam diri kamu. ? Jangan sehingga ibarat kata ; pokok mati dan parasit menjadi pokok dan mengambil-alih diri kamu sepenuhnya , nauzubil lahi minzalik.

Orang yang melakukan sesuatu yang salah , kemudian sanggup bersumpah dengan nama Tuhan dan mempergunakan nama Tuhan dalam pengakuan bersumpuh tersebut ; demi untuk menyelamatkan diri dan menutup kesalahan yang dilakukan . Adalah juga sumpuhan ke-Berhala-an kerna sudah hilang ke-Tuhan-an dalam dirinya . Contohnya , bersumpuh dengan nama Tuhan di depan hakim tidak melafazkan talak ke atas isteri sedang perkara itu berlaku atau bersumpah dengan nama Tuhan diri disodomi ( liwat ) oleh Si Polan sedangkan perkara tersebut tiada pernah berlaku adalah sumpahan ke-Berhala-an belaka.

Membunuh, peras ugut , merogol, merompak, menipu, rasuah, berjudi , mabuk dan berzina adalah perbuatan yang berlaku kerna hilang dan lenyapnya elemen ke-Tuhan-an di dalam diri . Lantaran itu , diri dikuasai oleh virus ke-Berhala-an yang bersada dan membarahi diri kendiri ; nauzubil lahi minzalik.

Dalam hal ke-Berhala-an ini, jangan sekali-kali dipersalahkan syaitan yang di kambinghitamkan ( ‘scape goat’) kerna diri sendiri yang sudah menjadi syaitan; justeru kerana menolak dan mencampakkan elemen ke-Tuhan-an dalam diri dan membiarkan elemen dan pengaruh ke-Berhala-an menguasai diri. Firmanul lahu,” Sesungguhnya ( wahai Muhammad ) musuh kamu yang paling nyata adalah syaitan dari kalangan MANUSIA dan Jin … maksud Qur’an.

Firmanul lahu lagi . “ Ani’budullah wajtanibut thoghut “ ( Beriman dengan Allahu dan menjauhi thoghut / berhala ) dan maksud Qur’an : ‘Mengkufurkan thoghut / berhala dan beriman dengan Allahu ‘. Dan ayat :”lata’budussyaiton inna lahu lakum ‘adu wun mudin” ( Jangan kamu menyembah syaitan , sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang paling nyata sekali . .

Justeru itu hindarkanlah syrik kahfi mengkahfi di dalam diri semada disedari atau tidak supaya ke-Berhala-an itu terhapus sepenuhnya di dalam diri dan senantiasa di dalam ke-Tuhan-an di dalam dan di luar , zahir dan batin. Dalam keadaan ‘Solatun Daimun “ ( kekal dalam solat) sebagaimana maksud Qur’an “ Wa’aqimissolatali.

Zikri “ ( Dan mendirikan solat untuk tujuan MENGINGATI ‘Dia “ selalu ) dan “ Wataqollubaka fissajideen” ( Dan pergerakan-pergerakan kamu antara mereka yang SUJUD) pada ‘Dia” insyaAllahu ada ke-Tuhan-an di dalam diri , hati, jiwa, akal , rasa dan perbuatan yang awal-awal lagi sudah konfirm menolak thoghut , ke-Berhala-an dan ke-Syaitan-an di dalam diri zahir dan batin .

No comments:

Post a Comment