Saturday, 4 September 2010

:: Kisah SUPP di Sarawak ?



Presiden SUPP enggan dedah hasil pertemuan dengan PM


2010/09/04

MIRI: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan, setakat ini enggan mendedahkan hasil pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini berhubung kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Beliau berkata, butiran pertemuan itu hanya akan didedahkan selepas berbincang dengan pemimpin utama SUPP yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Tidak boleh beritahu anda (apa yang berlaku pada pertemuan tersebut) sekarang, tetapi jangan bimbang, anda akan tahu juga tidak lama lagi," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-45 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sarawak di sini.
Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, bagaimanapun menyifatkan pertemuannya dengan Perdana Menteri sebagai "sangat baik dan berhasil".

SUPP, parti politik tertua Sarawak, menjadi perhatian beberapa minggu kebelakangan ini berikutan khabar angin yang menyatakan ia mahu meninggalkan BN Sarawak namun kekal sebagai parti komponen BN di peringkat persekutuan.

Ura-ura itu timbul selepas sesetengah anggota akar umbinya berpendirian tiada gunanya SUPP berada dalam BN Sarawak jika isu yang dihadapi masyarakat Cina di negeri itu masih tidak dapat diselesaikan.

Pada pilihan raya negeri lepas pada 2006, SUPP kalah lapan daripada 19 kerusi yang ditandinginya.

Parti tersebut turut gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu pada pilihan raya kecil baru-baru ini di kawasan yang dianggap kubu kuat SUPP sebelum ini.

- BERNAMA




No comments:

Post a Comment