Tuesday, 23 February 2010

:: Otai Manjung: Siapakah Melayu itu ?

MAMAK, SYED ATAU DUSUN..MELAYU KAH?

10:44 PM / Posted by OMan /

1. Tadi saya dihubungi oleh anak buah (wartawan) saya dari Kuala Lumpur. Dia tanya kenapa lama tidak menulis. Saya kata tak lama sangat, cuma sedikit sibuk dengan tugas harian. Katanya dia memohon maaf kerana kerana menggunakan artikel saya untuk digunakan di akhbar perdana sebagai isu.

2. "Sory bos, terpaksa curi idea masa tu sebab tak bila masuk meeting editor dok bising apa isu nak buat. Biasalah cerita panas sensasi sahaja ketika ini dorang nak," jelasnya. Saya kata tidak kisah tapi saya sempat bertanya kenapa kali ini BN cepat sangat nak kempen pilihanraya.

3. Katanya sebab BN tahu dia tak kuat jadi propaganda mesti dilakukan segera untuk tempoh yang lama. Dalam erti kata lain BN mahu racun yang diberikan kepada rakyat akan benar-benar menjadi barulah pilihanraya akan diadakan.

4. Kepada pembaca blog ini, maafkan saya pada isu 'Pendatang Pun Boleh Jadi PM dan KM..' sebenarnya ia bukanlah artikel tetapi isu yang saya berikan kepada dua wartawan saya di Kuala Lumpur. Memandangkan ketika itu saya akan berangkat ke Keningau dan Tenom, saya masukkan terus ke dalam blog ini.

5. Isu itu saya berikan kepada wartawan saya di mana mungkin pengarang mereka akan gunakan sebagai isu yang boleh dimainkan. Saya tahu satu akhbar ini mungkin boleh memainkan isu tersebut dan satu lagi mungkin tidak boleh langsung memandangkan akhbarnya dimiliki oleh konco BN sendiri.

6. Berbalik kepada soal tentang Melayu yang saya katakan, sekali lagi saya ingin menghuraikan dengan lebih jelas mengenainya kerana dalam artikel tersebut hanya lebih kepada perkara yang dipersoalkan.



7. Apatah lagi isu ini baru dibangkitkan oleh pakar perlembagaan iaitu
Pro Datuk Shad Saleem dan Prof Abdul Aziz Bari. Saya tidak mahu bercerita dari sudut perlembagaan tetapi dari sudut sejarah dan situasi. Saya akui tidak mempunyai bimbingan perlembagaan seperti mereka.

8. Dalam artikel itu ada seorang yang tidak dikenali telah memberi satu komen mengenainya. Komennya berbunyi begini, "Tak payoh kecek banyak. Demo tunggulah Cina atau India memerintah nanti., dorang akan makan demo. Demo ni jenih tak reti bahasa, makan tahi Cina. Inilah mentaliti pembangkang yang haprak."

9. Satu komen yang cukup pedas dari seorang yang lemah cara berfikir. Dulu semasa menjadi pengarang rencana akhbar, tidak seteruk ini mungkin ada tanda rasa hormat tetapi bak kata orang, kebebasan saya menulis dengan menggunakan ayat-ayat selamba begitulah komen yang diterima.

10. Melayu... mengikut kata pekerja kontrak di kedai saya berbangsa Boyan di Kuala Lumpur, maknanya 'pelarian'. Orang sana menggelarkan orang di kepulauan itu yang pergi ke Semenanjung di gelar Melayu atau maksud kita pelarian.

11. Ada banyak pendapat mengenai Melayu ini, ada pendapat mengetakan Melayu ini asalnya dari keterunan Nabi Ibrahim dan ada yang kata dari keturunan Nabi Nuh. Apapun di Jambi ada menceritakan sejarah Melayu itu sendiri. Saya percaya kepada kepulauan Melayu dari Selatan Pattani, hingga Sumatera, Jawa, Kalimantan hingga selatan Filpina.

12. Maka orang Melayu (pelarian ini) berhijrah dari satu tempat ke satu tempat hinggalah ke semenanjung. Sejarah kesultanan seperti yang kita baca sejarahnya adalah keturunan raja dari seberang yang lari ke semenanjung dengan pelbagai sebab. Jadi wujudlah kesultanan Melayu.




13. Cukuplah tentang serba sedikit sejarah kerana ada banyak teori mengenainya. Dalam masa yang sama ketika ini semangat ketuanan Melayu yang dimainkan oleh UMNO. Mengapa UMNO berkata begitu?




14. Mungkin pakar analisis UMNO berpendapat, mereka kini sudah tidak dipercayai oleh kaum Cina lagi dalam dunia politik. Mereka tahu pengundi Melayu di Semenanjung menguasai 65% undi di Semenanjung (belum terbahagi kepada undian PR atau BN). Berbekalkan undian bangsa Kadazan, Dusun, Iban, Melayu Sarawak dan lain-lain, kemungkinan besar mereka boleh memperolehi undian keseluruhan sebanyak 60%. Mereka mahu sekurang-kurangnyanya 70% Melayu menyokong mereka untuk terus menguasai kerajaan.

15. Malah mereka tahu Sultan di tanah Melayu, sukakan sentimen ini yang kononnya merekalah juara mempertahankan kesultanan Melayu. Jadi harapan kepada bangsa Cina tidak lagi dan bangsa India UMNO merasakan tidak sukar untuk mengembalikan keyakinan mereka kerana ramai di antaranya mengatakan bangsa India mudah diperkotak katikkan.

16. Dalam masa yang sama ada juga bangsa-bangsa lain di Semenanjung yang bukan Melayu tetapi kerana mereka beragama Islam, mereka merasakan mereka adalah Melayu. Mereka silap ideologi UMNO itu tidak sesuai dengan mereka walaupun sesetengahnya berkahwin dengan orang Melayu. Contohnya keturunan Syed.

17. Ada seorang UMNO keturunan Syed ini bukan main hebatnya bercerita mengenai Melayu. Nak tanya dia tu Melayu sangat ke? Cerita mengenai Syed ini, mereka ini dikatakan pedagang Arab yang kaya berdagang ke Semenanjung. Ada pula mengatakan mereka juga adalah keturunan Nabi Muhammad s.a.w.

18. Adakah benarnya maksud tersebut? Ada ramai lagi yang merahsiakan keturunan Nabi kerana bimbang diketahu musuh contohnya Bani Zadiyyah yang lari tanpa kesan salasilah. Betulkan saya jika saya salah kerana ilmu saya tidak sehebat Tuan Guru. Satu artikel berbunyi begini, "Saya memang dari keturunan itu dan diberitahu oleh ayah saya tentang keturunan kami ini memang berasal dari cucu nabi hassan. Ayah pesan kami tak boleh terima sedekah tetapi boleh terima hadiah. Ayah juga pesan jangan buat perkara sembarangan sebab nanti terkena tulah pulak sebab kami kena jaga maruah keturunan kami yang berasal dari nabi. Saya difahamkan bahawa keturunan syed sebelah utara adalah datang dengan niat berdakwah menyebarkan Islam, oleh itu ramai yang berkahwin dengan orang tempatan. Manakala keturunan syed sebelah selatan kebanyakannya pedagang dan kaya-kaya belaka. Sharifah kalau kahwin dengan lelaki bukan keturunan syed, anaknya menjadi Meor. Kalau Syed kahwin dengan keturunan lain masih boleh kekalkan syed dan sharifah tu.

19. Kononnya status itu melambangkan kehebatan mereka, ada kawan saya seorang Engineer yang saya panggil dengan panggilan ED, perangai aduh, habis anak dara di Kuala Lumpur disebatnya. Maaflah keturunan Syed mungkin yang nakal itu kawan saya seorang ini sahaja, cuma yang saya ingin bahaskan disini ialah mengenai mamat seorang ini (pemimpin UMNO) yang lebih dari Melayu mempertahankan bangsa lebih dari agamanya sendiri. Saya masih ingat seorang rakan yang lama tinggal di kota Mekah memberitahu. Kata rakan ini, perempuan Arab sukar sekali untuk memilih bangsa lain sebagai suami mereka. Mereka penting bangsa kerana kononnya bangsa mereka adalah yang paling mulia di dunia ini.

20. Terbaru mengenai demontrasi di Pulau Pinang. Saya bertanya mengenai kejadian tersebut kepada bekas wartawan saya di sana yang baru ditugaskan setahun yang lalu. Katanya ramainya juga 'mamak penang' yang berdemontrasi. Haaaa...jawab saya, lebih sudu dari kuah. Dia pun pendatang tapi kecoh macam keturunan dia dihalau. Sepatutnya 'mamak' ini kena banyak berterima kasih mencari makan di sini.

21. Sedangkan mereka ada persatuan 'mamak' atau Indian Muslim (IMAM). Mengapa mereka tubuhkan persatuan tersebut? Maksudnya untuk menjaga kepentingan bangsa mereka. Jika merasakan diri mereka Melayu tidak perlu ditubuhkan persatuan ini. Kesian tak faham asal usul atau digunakan.

22. Apapun mamak dan Syed diterima sebagai penduduk pribumi di negara ini kerana mereka Islam. Berbeza dengan Sabah, penduduk pribumi atau bumiputranya ramai yang bukan Islam. Malah di sini ramai orang Cina yang mendapat status bumiputra apabila berkahwin dengan orang Kadazan, tidak kira lelaki atau perempuan.




23. Mereka memilih keturunan mereka sebagai Kadazan untuk mendapat status tersebut tanpa memeluk agama Islam. Mereka ini digelar Sino. Baru-baru ini sewaktu berkunjung ke rumah adik ipar yang berkahwin dengan lelaki cina, kakaknya berkahwin dengan lelaki keturunan Syed dari Kuala Lumpur. Orangnya cukup dikenali jika disebut nama. Jadi apa pula keturunan mereka ini...agaknya Sumo.

24. Prof Datuk Shad memberitahu dia bersetuju dengan pendapat Prof Aziz Bari bahawa bangsa lain juga boleh jadi PM mengikut perlembagaan. Jadi saya ingin tanya kepada orang UMNO atau mamak atau Syed tadi, mengapa tidak mahu diajak membincangkan tentang soal ini di akhbar mahupun di parlimen. Mengapa mahu dirahsiakan artikel perlembagaan ini.



25. Saya bukan bersetuju tetapi jika ada pilihan yang lebih baik mengapa tidak. Benar Lee Kuan Yew meminggirkan orang Melayu tetapi lihat apa yang dilakukan oleh beliau. malah yang mengkagumkan bagaimana Lee Kuan Yew berjaya membataskan indeks rasuah di sana hingga ke tahap minimum. Jauh tertinggal dengan Malaysia yang dipimpin oleh orang Melayu.

26. Apapun secara tradisinya, mana mungkin bangsa lain boleh dipilih menjadi PM. Mungkin boleh berlaku 100 tahun lagi. Saya selalu katakan mentaliti orang Melayu tertinggal 50 tahun dari orang barat. Obama dipilih kerana mentaliti rakyatnya sudah jauh ke hadapan. Apatah lagi Amerika sendiri penduduk terdiri dari pelbagai bangsa.

27. Orang yang kuat pada sentimen bangsa sahaja yang akan melenting dalam soal ini. Terbaru kisah Lim Guan Eng menjadi isu. UMNO sekali lagi tersilap dalam percaturan politiknya selepas isu penggunaan nama Allah. Sebenarnya isu ini memberi kredit yang baik kepada kerajaan Lim Guang Eng. Selama hari ini kita kurang mengetahui mengenai pentadbiran negeri tersebut tetapi kini segalanya butiran diberikan menunjukkan orang Islam di sana telah dibela oleh beliau.

28. Malu dua Datuk ini dibuat Prof Agus, Jadi isu Pulau Pinang akan ditutup buat sementara sebelum bola tanggung dihulurkan kembali. UMNO mentadbir negara seperti bermain badminton. Mereka menyerang bertubi-tubi dan satu kesilapan bermakna bola tanggung kepada mereka. Tidak mungkin kesemua kerajaan PR mampu menjadi sempurna tetapi janganlah kelemahan itu berbentuk korupsi dan sebagainya.

29. Haprak kah saya membuat analisis mengenai bangsa seperti kata seorang pembaca terhadap saya. Saya hanya mengajak dia melihat realiti kepada ciptaan dunia ini. Bumi ini milik Tuhan. Sebab itu saya bersetuju mengenai perjuangan PAS kerana agenda mereka adalah untuk Islam dan bukannya untuk Melayu.


30. Dr Mahathir sendiri bukan keturunan Melayu asli. Musa Aman juga begitu. Datuk Kadir Sheikh Fadhil, Dr Zambry 'confirm' bukan Melayu asli. Syed Hamid dan Syed Ali Al Bashee pak Arab asalnya. Khir Toyo Melayu atau Jawa. Jangan lupa ratu UMNO, Sharizat...Melayu sangatkah dia. Itu semua yang akan membelitkan kembali fahaman Melayu UMNO itu sendiri.

31. Jadi di sini kepada pengkritik saya tadi, maksud saya ialah bezanya Islam dan Melayu. Jika Islam, Sharizat, Syed Hamid, Dr Zambry bila bersuara kan nampak manis sikit. Jadi seringkali saya katakan tidak perlu kita mainkan sentimen perkauman. yang penting adalah agenda perjuangan kita baik untuk rakyat.




32. Jika UMNO memperjuangkan Islam, tidak korupsi, ahlinya dilihat lebih Islamik dan lain-lain lagi, pasti kita akan terima mereka. Bak kata TGNA, "Jika hari ini UMNO terima Islam, bukan sahaja mereka nak kerusi kita bagi, ambillah air-cond, kapet dan sebagainya."




Mengikut kata ibu saudara saya, moyang saya dulu berpakaian dan berambut seperti ini.

33. Saya cuma mengajak kita semua berfikir balik mengenainya. Seperti saya pernah menegur ibu saya, mak kita ini asalnya keturunan Cina. Maklumlah ibu saya adalah wanita UMNO pertama yang menubuhkan UMNO Seri Manjung suatu ketika dahulu.

34. Begitu juga ahli UMNO di Sabah. 98% ahli UMNO di Sabah bukan Melayu. Jadi bagaimana mereka boleh bersetuju dengan agenda perjuangan Melayu. Saya pun hairan bin ajaib mengenainya. Cukuplah dan anda buatlah pernilaian sendiri mengenai agenda perkauman seperti ini.

No comments:

Post a Comment