Friday, 19 March 2010

:: Rhinodon-typicus: Yu paus spesies purba ?

Nelayan temui yu paus spesies purba
2010/03/19

PASIR PUTEH: Sekumpulan nelayan laut dalam Tok Bali di sini menemui seekor yu paus spesies purba ketika ikan itu cuba memasuki kawasan pulau berdekatan Kuala Besar dekat Kota Bharu untuk mencari perlindungan daripada ancaman laut bergelora, malam tadi.

Tekong bot warga Thailand, Ek Chai Suwanpong, 46, menerusi seorang juru bahasa, Che Kob Che Senik, berkata ikan sepanjang tujuh meter dan berat 20 tan itu ditemui tenggelam timbul dipercayai hampir mati di kawasan perairan itu.

Pemilik bot berkenaan Mohd Rodhi Saari, 36, berkata penemuan ikan itu yang lebih dikenali dengan nama saintifiknya "Rhino-Typicus" pertama kali dijumpai dan rezeki yang tidak dijangka.

Beliau berkata pihaknya bercadang untuk mendaratkan ikan itu dan memproses dagingnya untuk dieksport serta dipasarkan di luar Kelantan seperti di Johor dan kilang untuk ditinkan selepas dikeringkan.

Jurucakap Jabatan Perikanan, ketika dihubungi, berkata yu berkenaan tergolong dalam kumpulan ikan akuatik yang diancam kepupusan serta ikan kedua paling berat selepas ikan paus biru.
Katanya, panjang spesies ikan itu boleh menjangkau sehingga melebihi 20 meter dan jangka hayatnya boleh mencapai sehingga 70 tahun.

Beliau berkata, kajian sains marin mendapati ikan ini wujud sejak 60 juta tahun lalu dan adalah spesies purba yang kini jarang ditemui.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati penemuan itu menjadi tumpuan ramai sebaik sahaja bot nelayan itu berjaya masuk ke Kuala Tok Bali pada jam 11 pagi tadi.

Bagaimanapun ia gagal didaratkan di dermaga walaupun menggunakan dua bot laut dalam, menyebabkan pemilik bot itu bercadang menyewa kren sebelah petang ini.

- Bernama
AWAK-AWAK cuba menaikkan yu paus spesies purba atau nama sainstifiknya
Rhinodon-typicus seberat lebih dua tan menggunakan kren bot
di Pangkalan Jeti 98, Tok Bali, Kelantan,
selepas nelayan laut dalam terbabit menemuinya di perairan
pada kedudukan 21 nautika dari Kuala Tok Bali.
Bangaimanapun, usaha itu tidak berjaya
kerana kren berkenaan hanya mampu
mengangkat beban
sehingga dua tan.
- Foto Ramli Hussin
Mar 19, 2010 7:28 pm



No comments:

Post a Comment