Thursday, 3 September 2009

:: Demokrasi - 1

Demokrasi yang saya fahami 1

Sep 3rd, 2009 | By webmaster | Category: Team PerakExpress

Oleh: Labu-Labi

Perlu ditegaskan aku tak mahu dilihat menyebelahi mana mana pihak, apa yang akan aku luahkan ini sekadar luahan yang terbuku sekian lama, melihatkan kepincangan yang berlaku dan kita telah diperbodohkan sekian lama.

Tak kira siapa memimpin kita, bentuk demokrasi yang kita amalkan tetap sama (aku tak mahu sentuh dari segi Islam – kerana itu memerlukan hujahan yang lain pulak – aku sekadar akan menyentuh dari segi hak kita dalam negara demokrasi diMalaysia).

Semasa sekolah rendah tahun 60an, kami diajar dalam matapelajaran tatarakyat berkaitan Sistem Pemerentahan Di Malaysia. Kami juga diminta untuk menghafal nama nama menteri, kerana pada masa itu, pertukaran menteri jarang berlaku, tidak seperti sekarang ini, kerap bertukar ganti, sehingga sukar untuk dikenali dan diingati.

Sebelum tajuk ini diperpanjangkan, saya ingin menarik perhatian semua untuk melihat bentuk sebuah kerajaan (untuk mudah lihat rajah berikut) :

rajah1Sebuah Kerajaan perlu ada pemimpin dan rakyat. Kedua duanya adalah berkait rapat antara satu sama lain. Sekiranya ada Pemimpin tetapi tiada rakyat, siapa yang hendak dipimpin.Sekiranya ada rakyat, tetapi tiada pemimpin maka pincanglah masyarakat itu, kerana masing dengan urusan masing masing tanpa tujuan.

Satu lagi komponen penting, ialah tanah atau kawasan sebagai tempat tinggal dan pusat pentadbiran. Sekiranya ada rakyat dan pemimpin tetapi tiada tanah, maka bolehlah disifatkan sebagai kerajaan dalam buangan.

Untuk membentuk sebuah kerjaan yang berdaulat bukan suatu yang mudah, semudah kita menggunakan apa yang telah tersedia seperti sekarang ini. Oleh itu kita seharusnya bersyukur dengan apa yang ada sekarang ini. Kita juga seharusnya menghargai kurniaan tuhan keatas apa yang telah kita perolehi. Sebagai tanda syukur dan sebagai tanda penghargaan tersebut, perlulah kita menjalankan tanggungjawab masing masing mengikut kepakaran serta keupayaan yang ada.

Perlaksanaan kearah memakmurkan kurniaan tuhan tersebut perlukan pemimpin yang amanah, jujur, ikhlas serta bahan (komponen) yang paling berharga dan bernilai tinggi yang telah di lenyapkan ialah perlulah orang itu bertaqwa. Kerana dengan taqwa sahaja, seseorang itu akan berlaku jujur, amanah dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Tanpa taqwa, sifat jujur, amanah serta ikhlas hanya tinggal “SLOGAN” semata mata.

Dari rajah yang dilakarkan itu, kita boleh menilai sendiri, bagaimana akrabnya hubungan antara pemimpin dan rakyat. Tanpa rakyat, pemimpin tiada bererti, dan tanpa pemimpin rakyat tak keruan jadinya. Berdasarkan keadaan itulah pelbagai cara dikemukakan sebagai syarat untuk membentuk sebuah kerajaan.

Misalnya bagi Negeri Sembilan, (secara ringkasnya – kalau salah maafkan saya, sebab saya bukan orang negeri) menggunakan sistem suku, dimana setiap suku perlu melantik wakil masing masing, untuk mewakili mereka keperjumpaan, bagi melantik Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.Corak dan cara perlatikan, yang tu terserah kepada Rakyat NS sendiri. Kerana bukan itu tujuan penulisan ini. Itu sekadar contoh bagi menunjukan wakil perlu, serta tugas wakil tersebut adalah berat. Wakil tersebut menentukan pemimpin terakhir bagi penyatuan secara keseluruhannya.

Begitu juga dengan negara kita, Malaysia, perlu kepada pemimpin untuk memimpin rakyat terbanyak. Diharap dari rajah dan penjelasan tersebut dapat difahami, apa itu sebuah kerajaan dan bagaimana perlunya pertalian antara Rakyat-Pemimpin-Negara.
Dalam siri berikutnya nanti kita lihat apa itu Demokrasi secara umum dan bagaimana keadaan demokrasi diMalaysia, serta bagaimanakah sepatutnya perjalanan demokrasi tersebut serta apakah realiti yang berlaku.

Tags:

No comments:

Post a Comment