Saturday, 26 June 2010

:: Gotong royong: Nilai lama dihidupkan di Sentul / Kuala Lumpur ?

400 warga kota pelbagai kaum gotong-royong angkat rumah

2010/06/27

pix_gal0

KUALA LUMPUR: Lebih 400 warga kota berbilang bangsa bergotong-royong mengangkat sebuah rumah sejauh 1.3 kilometer (km) dari Sekolah Kebangsaan Sentul Utama ke Pentas Seni KL (KLPac) di Sentul, di sini, semalam.

Inisiatif Projek Angkat Rumah yang dianjurkan Five Arts Centre berjaya menghidupkan semangat gotong-royong yang dilihat makin pudar di kalangan penduduk kota.

Projek itu yang diilhamkan daripada kisah penduduk sebuah kampung membantu pekebun, Abu Hassan Ahmad memindahkan rumahnya berdekatan ibu mentua yang sakit beberapa tahun lalu, mengisi tarikan festival seni, Urbanscapes 2010 di KLPac.

Penerbit Bersama Five Arts Centre, June Tan, berkata proses mengalihkan rumah itu mengambil masa kira-kira empat jam dan menarik perhatian pengguna jalan raya di Sentul.

Sepanjang proses mengangkat rumah papan ini, kami dapat melihat reaksi luar biasa warga Kuala Lumpur yang hairan melihat begitu ramai individu berbilang bangsa mengangkat rumah ini.

Apa yang lebih penting, Projek Angkat Rumah bukan saja berjaya mencapai objektif menghidupkan budaya gotong-royong, malah lebih penting memperlihatkan penyatuan masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa, katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam.

Tan berkata, sebaik tiba di KLPac, rumah tradisional yang dibina khusus bagi Projek Angkat Rumah berkenaan dijadikan sebagai pentas terbuka untuk pelbagai aktiviti sepanjang festival.

No comments:

Post a Comment