MELBOURNE: Seorang pesara jurutera Keretapi Tanah Melayu menyambut hari jadi ke-105 tahun dengan tarian gelek di sini.
Akhbar Leader melaporkan William Herbert duduk dengan teruja apabila Roxanne menari di hadapannya serta sanak saudara dan rakan-rakannya di Pusat Jagaan Orang-Orang Tua Manningham yang dihuninya.
Anak lelakinya Lance, 72, bekas pegawai eksekutif kanan Penerbangan Malaysia memberitahu Bernama, berkata pusat jagaan tersebut mengadakan tarian itu bagi meraikan bapanya.
Dilahirkan pada 9 Jun 1905, Herbert masih aktif mindanya dan boleh bermain violin.
Herbert tiba di Melbourne pada 1984. Isteri pertama beliau meninggal di Kuala Lumpur pada 1958. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment