June 23, 2010, Wednesday
KUCHING: Sebuah kereta peronda polis dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta Kembara di Jalan Song di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kereta Kembara terbabit dipercayai telah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Viva di Jalan Simpang Tiga sebelum melanggar kereta polis peronda.
Seorang penumpang kereta Kembara terbabit mengalami kecederaan ringan, bagaimanapun pemandunya bersama dua orang pegawai polis peronda tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Polis Daerah Kuching,
ACP Mun Kock Keong berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan pemandu kereta Kembara terbabit boleh disabitkan kesalahan memandu secara berbahaya.
No comments:
Post a Comment