Saturday 20 April 2013

:: PRU13 : Ada 8 kawasan panas... ?


KUALA LUMPUR -  Kerusi Parlimen Gelang Patah (Johor), Putrajaya (Wilayah Persekutuan), Lembah Pantai (Wilayah Persekutuan) dan Permatang Pauh (Pulau Pinang) adalah antara kerusi panas daripada 222 kawasan Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
   
Pertembungan di Cameron Highlands (Pahang), Segamat (Johor), Arau (Perlis) dan Shah Alam (Selangor) yang juga termasuk dalam kelompok kerusi panas menjadi tumpuan masyarakat dan pemerhati politik kerana ditandingi beberapa veteran politik selain membabitkan pertandingan lebih daripada tiga penjuru.

http://www.sinarharian.com.my/politik/8-kawasan-parlimen-dikenal-pasti-kerusi-panas-1.152228