Saturday, 19 December 2009

:: Enjin F-5E TUDM hilang ?

Enjin F-5E TUDM Dijual Di Amerika Selatan

BAGAN DATOH: Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.

"Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah melarikan enjin itu ke luar negara.

"Mereka yang terbabit dalam kumpulan bawahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pengkhianat kepada negara dan wajar dikenakan undang-undang yang tegas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rakan Alam Sekitar di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengesahkan semua dokumen mengenai penjualan enjin itu telah diperoleh oleh polis.

"Syarikat antarabangsa itu berminat membeli enjin itu kerana harganya yang murah, kerana ia merupakan alat ganti yang dikategorikan sebagai rosak yang akan diperbaiki," katanya.

Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan polis menahan empat orang termasuk pegawai TUDM berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu. - BERNAMA

.............................................................................................

Saturday, December 19, 2009

Fuhh ! Engine Pesawat TUDM Pun Bolih Hilang ?

Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.

Fuhh ! macam mana nak jaga negara ni ?, kalau begitu sudah berapa banyak dah spare part2 ni hilang yang tak dilapurkan nih, RM50 juta tu harga scrap, harga standard tak tahu lah………Oii ! RM50 juta…………. bukan 50 sen, siapa Menteri masa tu ?.

Dah letih dah mak bapak aku menoreh getah, berkebun sayur, menanam padi, ke laut mencari ikan, menuai sawit, tanam tembakau nak tanggung benda tu, mak bapak aku bukan nya CEO mana2 badan Kerajaan laa………. lapuran penuh disini
...................................................................................


ENJIN F-5E TUDM DIJUAL PADA SYARIKAT AS – malaysiakini

Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan, kata Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.

"Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah untuk melarikan enjin itu ke luar negara.

KAH KAH KAH…

woit… INI SUDAH LEBIH…. kah kah kah…

woit… ENJIN KAPAL TERBANG PUN KENA CURI…kah kah kah..

woit… MACAM MANA ENJIN INI BOLEH DI HANTAR KE LUAR NEGARA?...kah kah kah..

kah kah kah… ENJIN INI BoLEH MASUK DALAM SAMPUL SURAT KE?....kah kah kah

woit…. ENJIN INI ADA KAKI KE? …BERJALAN SENDIRI…kah kah kah..

woit… MESTI ADA OPERASI BESAR…. kah kah kah..

woit…. MESTI ADA ORANG DALAM….kah kah kah..

kah kah kah… NAK TANYA …PADA TAHUN 2007….SIAPA MENTERI PERTAHANAN ..kah kah kah...

woit ... MENTERI ITU SAMY VELOO ATAU ZAINUDDIN MAIDIN?… kah kah kah…



AJAIB:ENJIN TUDM TERBANG SENDIRI RM50JUTA


dimana maruah negara kita jika askar yang diharap untuk menjadi benteng pertahanan negara telah menjadi pencandu kepada wang dan wang?

dimana harapan rakyat harus diletakkan jika pagar negara telah memakan negara atau lalai dari memagari kepentingan negara?

apa hendak jadi dengan negara kita jika kepimpinan gagal mengawal segala aset negara sehingga malang sekali harta yang sepatutnya menjadi senjata untuk menakutkan dan menghancurkan musuh negara itu dapat dimanipulasi, dicuri apatah algi yang paling bejat moralnya adalah dijual demi wang wang dan wang

dimanakah lagi kita harus mengharapkan kebertanggungjawaban jika pemimpin itu sendiri yang lali dari tanggung jawabnya?

dimanakah pihak yang dapat menyiasat kes ini?
mengapa menteri dan kepala taik itu tidak disiasat?
bukankah bau busuknya telah sampai merata?

hoii..sprm ka apa ka gerakkah tak tercium lagike bau busuknya?
engin kapal terbeng beb yang patut duk diam kat malaysiani adaka patut engin terbang ngan sendirinya ke amerika latin dan dijual disana.

engin terbang hari ini
esok apa lagi terbang

terbang terbang sendiri wakaka..wakaka..


Ini Bukan Enjin 4G63


Ini bukan 4G63 dan bukan 4G93 dan bukan juga 4G92. Ini enjin bukan diguna oleh kereta F1 1Malaysia. Itu dua ekor mangkuk (Jorna Trulli dan Heikki Kovalainen) pun belum tentu boleh jinakkan ini enjin. Ini enjin mampu menterbangkan proton wira anda ke angkasa melepasi benua hingga ke Amerika. Ini enjin boleh bikin trafik lancer evolution terkencing nak kejar. Ini enjin tidak boleh masuk ke dalam beg untuk melepasi imegresen. Ini enjin bukan biskut kejap ada kejap tak ada. Ini enjin ada cop kementerian pertahanan malaysia. Ini enjin bukan harga RM8 ribu malah mencecah RM50juta tanpa wiring dan intercooler serta garrett turbo. Tolakkan enjin ini mampu meninggalkan teloq Zahid Hamidi dibelakang kah..kah..kah.. Pheisssssstt... bunyi blow of valve jenama hks. >>Lanjut enjin ini>>>

Friday, 18 December 2009

:: BTN ditolak ?

Undian internet: 63 peratus tolak BTN
Jimadie Shah Othman
Dis 17, 09
12:38pm


Sehingga jam 12 tengahari ini, 63 peratus yang menyertai undian di internet anjuran DAP berhubung isu Biro Tatanegara (BTN) yang dilancarkan semalam, mahu program itu dimansuhkan.

Mereka terdiri daripada 667 daripada 1,056 orang yang menyertai undian itu setakat ini.

Orang ramai diminta memilih salah satu daripada tiga jawapan iaitu:

1. Ini bukan isu langsung, tidak perlu sebarang perubahan.

2. Ubahsuaikan kursus-kursus yang berkontroversi.

3. Memansuhkan BTN.

Manakala peratusan bagi pihak yang mahukan kursus tersebut diubahsuai dan dikekalkan setakat ini hampir seimbang.

Sebanyak 19 peratus (202) mahukan ia diubahsuai manakala selebihnya, 18 peratus (187 orang) beranggapan ia bukan isu dan tidak memerlukan sebarang perubahan.

Undian di internet tersebut kelolaan DAP Pulau Pinang melalui laman webnya untuk membolehkan orang ramai mengemukakan pandangan mereka mengenainya.

Semalam Setiausaha Publisisi DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, undian tersebut akan diteruskan sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat sesuatu keputusan terhadap kelangsungan BTN.

Thursday, 17 December 2009

:: Chin Peng - Tanah Melayu

Tanah Melayu dan Chin Peng

Dec 17th, 2009 | By Admin | Category: Rencana, labu-labi

Oleh: Labu Labi

Kali ini aku nak sentuh sikit soal Chin Peng. Bukan aku nak menyokong Chin Peng atau Komunis. Aku pun benci dengan Komunis, kerana Islam tetap Islam. Tapi aku nak berkongsi pendapat dengan pembaca semua.

Sebelum kita bercakap soal Chin Peng dan Komunis, mari kita lihat sejarah awal Malaysia. Yang nama asalnya Tanah Melayu atau dikenali oleh British sebagai Malaya.

Sebelum dari apa yang disebut sebagai merdeka, oleh kita, Tanah Melayu sememang nya telah mendeka. Tetapi kemudiannya dijajah oleh pelbagai bangsa. Ini semua orang tau. Selama beratus tahun dijajah dan dimamah hasil bumi dan keringat penduduk tempatan Tanah Melayu.

Siapa kah yang terjajah sebenarnya. Adakah rakyat negara ini atau pemimpinnya. Sekali imbas, seperti keseluruhan sistem dijajah. Tetapi sekiranya kita meneliti dengan lebeh teliti, kita akan dapati, yang terjajah sebenarnya, adalah mereka yang digelar pejuang dan rakyat bawahan.

Ketika Portugis datang, siapakah yang memerintah, nampak macam portugis. Kemudiannya, bila datang British, nampak macam British yang memerintah. Kemudiannya, bila Jepun pulak datang, serupa juga. Bila yang terakhirnya British sekali lagi datang, kita dapat melihat keadaan yang sama. Itu secara mata kasar, dan secara tersurat.

Apa sebenarnya berlaku, disebalik yang tersurat itu ?

Mari kita teliti dengan lebeh mendalam sikit. Tak perlu dikupas secara ilmiah. Cukup dengan congakan bodoh kita.

Ketika semua yang kita sebut sebagai penjajah itu datang, adakah mereka sebenarnya yang berkuasa ? Maksudnya secara mutlak.

Tidak. Mereka hanya berkuasa di peringkat atasan. Mereka tidak menjadikan negara ini negara mereka. Mereka hanya menguasai tempat tempat penting, serta menentukan dari segi dasarnya sahaja.

Sebelum dari itu, adakah mereka ini faham, dengan mendalam selok belok negara ini ?

Tidak, mereka hanya tahu di beberapa kawasan tertentu sahaja, sekadar cukup untuk mereka menyerang dan mentadbir sahaja.

Habis, mengapa kita katakan Tanah Melayu terjajah, sedangkan ianya tidak secara menyeluruh ?

Disini lah kita telah di manipulasi oleh media, serta berita yang disebarkan melalui orang orang tertentu, yang bertindak sebagai ‘orang upahan’ atau lebeh dikenali sebagai ‘talibarut’ penjajah.

Siapakah mereka itu ?

Mereka adalah pemimpin, yang bersekongkol dengan penjajah itu sendiri, demi kepentingan peribadi mereka. Mereka inilah yang senantiasa menguasai pentadbiran, hingga sekarang ini. Sebenarnya mereka inilah yang dikenali sebagai ‘petualang negara’. Sayangnya, mereka ini diangkat dan disanjung sebagai ‘pejuang’ negara.

Mari kita lihat sejarah ringkas, perjalanan ‘hidup’ negara kita. Tanah Melayu dan seterusnya dikenali sebagai Malaysia. Ketika ‘lanun lanun’ ‘Portugis, British, dan Jepun’ tiba dan dikatakan menjajah, siapakah yang membuka jalan untuk mereka berkuasa ? Kemudiannya siapakah yang bersekongkol dengan mereka untuk terus berkuasa ? Tentunya anak tempatan, penduduk bumi Tanah Melayu kan ? Siapakah yang menjadi mata dan telinga atau lebeh dikenali ‘talibarut’ lanun lanun tersebut ? pastinya anak tempatan yang lebeh lanun dari penjajah itu sendiri. Kerana anak tempatan sahaja yang mengetahui selok belok tempat mereka. Siapakah yang memimpin lanun lanun itu untuk menguasai negara ini ? Pastinya anak tempatan sendiri.

Persoalannya sekarang, siapakah anak tempatan yang membantu lanun lanun itu untuk melanun dinegara ini ? adakah kah Pak Ngah Lamat yang buat kebun di Ulu Jelebu ? atau Tok Ki San yang mengerjakan sawah dikaki gunung, di Weng ? Pastinya tidak.

Habis siapa kah mereka itu ? akibat dari soalan ini, kalau diteliti dan diamati, pastinya orang yang berkedudukan serta berkebolehan. Kalau tidak, penjajah tidak akan mengangkat mereka sebagai ‘talibarut’ di ‘kedudukan yang tinggi’. Sekadar talibarut untuk dapat kan maklumat mudah, itu memang le budak kampong yang ‘ngok’ je, dah cukup.

Semua penjajah tahu, yang paling berkuasa di Tanah Melayu adalah pemimpin yang di sanjung oleh penduduk. Oleh itu mereka akan mengangkat golongan ini sebagai ‘talibarut’ mereka, yang akan mengusai seluruh sistem di negara ini. Melalui mereka inilah, negara dapat dikuasai. Kita tengok sejarah yang paling hampir dengan kita, ketika British datang kali pertama sebelum Jepun. Bukan British zaman Portugis, tetapi British zaman Jepun.

Sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu, British menguasai sepenuhnya pentadbiran negara. Adakah keseluruhan Tanah Melayu dipenuhi oleh orang Inggeris ? dari sekecik kecik tempat hingga sebesar besar tempat. Dibandar atau kampong. Tidak. Beritish hanya menguasai dibeberapa tempat yang strategik sahaja. Selebehnya siapa yang berkuasa. Anak tempatan.

Siapakah mereka ini ? Mamat kampong Basong ke ? dak. Kulop Lodin kampong Sayong ke ? dak.

Habis siapa ? Raja raja dan Pembesar yang sanggup bersekongkol dengan British demi kuasa dan kepentingan diri. Mana mana Raja atau Pembesar yang tak bersetuju dengan British akan ditangkap dan dihumban jauh jauh.

Bagaimana British lakukan semua ini ? Ugut dan Upah. Sesiapa yang termakan Ugut dan Upah, maka jadilah mereka ini ‘talibarut’ yang boleh melanun, lebeh lanun dari British itu sendiri. Orang jenis ini, memang dibela oleh ‘lanun lanun British’ tersebut. Kerana Menguntungkan mereka. ‘Win-win situation’.

Kemudian, bila Jepun datang. Mereka ini tetap diangkat menjadi ‘talibarut’ peringkat tinggi.

Kemudian dari itu, bila datang semula British, sekali lagi mereka diangkat ditempat yang tinggi. Malah diberikan lebeh lagi keistimewaan, kerana berjaya mengembalikan British dikedudukan sebagai penjajah. Adakah puak puak ini menentang British ? tidak. Mengapa ? kerana di zaman siapapun mereka tetap senang dan mewah.

Kenapa mereka dianggap sebagai pejuang negara ? kerana kita sebagai rakyat telah di manupulasikan pemikiran oleh propaganda media dan ‘talibarut’. Mereka telah mencanangkan bahawa mereka lah sebenarnya menjaga ketenteraman serta keamanan negara dari ‘petualang’ yang cuba menggugat keamanan negara. Siapa juga yang menentang mereka di ‘cop’ sebagai ‘petualang’. Baik dizaman manapun.

Ini jelas, siapakah Mat Kilau, Datuk Gajah, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela. Siapakah Abu Bakar Al Baqir, Rashid Maidin, Chin Peng, Shamsiah Fakeh, Ahmad Bostamam, Ishak Hj Muhammad. Banyak lagi nama nama yang dianggap sebagai ‘petualang’ negara. Mereka ini ditangkap dan dipisahkan dari masyarakat.

Mengapa ? kerana mereka adalah golongan yang menentang penjajahan. Ingin menghalau penjajah dengan menggunakan semangat perjuangan yang tulin.

Kini kita lihat pulak, siapakah Dato On jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan nama nama yang seangkatan dengan nya. Mereka ini adalah ‘pejuang’ negara. Siapakah mereka semasa British memerentah. Penentang British ? Tidak, mereka adalah ketua kerajaan dalam pentadbiran British.

Mengapa terjadi begitu ? kerana mereka ini golongan yang bersedia berkerjasam dengan British. Apabila tekanan terlalu kuat dikenakan keatas British, oleh orang orang yang dianggap ‘petualang’. British akhirnya, bersedia melepaskan Tanah Melayu dari tangan mereka, tetapi dengan syarat syarat yang ketat. Semua yang menentang syarat syarat tersebut ditahan dan dihumban jauh jauh dari masyrakat. Akhirnya Malaysia ‘merdeka’ dengan menerima syarat syarat tersebut.

Adakah Malaysia benar benar merdeka ?

Masing masing dengan persepsi tersendiri. Termasuk aku, ada persepsi aku sendiri. Namun, bagi aku, sejarah telah berlalu.

Apa yang nak aku paparkan ialah, mengapa kita mengambil peluang dari kesusahan orang lain ? Sebabnya mudah, demi kepentingan diri sendiri. Asalkan kita senang, peduli orang lain.

Tajuk dari utusan malaysia online bertarikh 25 November 2009 bertajuk ‘Chin Peng tidak dimaaf kan’ begitu tertarik untuk diamati dan diteliti begitu juga yang bertarikh 3 Disember 2009 bertajuk ‘Ambil kira perasaan rakyat – Dr. Mahathir’ . Dua kenyataan yang berbeza. Yang satu nampak lebeh lembut, mungkin terlibat terus dalam perjanjian yang ditandatangi ‘di Hatyai’ Thailand, sedangkan yang satu bersikap keras, tiada tolak ansor langsung.

Mudah dalam berjanji tetapi, bila kepentingan peribadi timbul, janji hanya mainan ‘mata pena’ dan dibibir sahaja.

Sebelum menutup tulisan ini, aku nak bertanya pembaca semua, siapa yang ‘membunuh’, ‘menangkap’ dan ‘melebelkan’ ulama sebagai ‘penjenayah dan petualang’ negara ? siapa yang menghina Agama Islam, hingga menjadi begitu hina dimata masyarakat umum kini ? Siapa kah yang menentang rakyat sendiri, apabila timbul isu yang membabitkan rakyat terbanyak ? siapakah yang ‘mengupah’ rakyat, supaya bergaduh sesama rakyat ? dan akhirnya, siapakah yang memanipulasikan suasana supaya sentiasa nampak ‘tegang’ dan terancam ?

Fikir dan bertindak lah sesuai dengan Fitrah kita sebagai manusia.

Dalam kelompok manusia ada haiwan. Tapi dalam kelompok haiwan tiada manusia. Oleh itu sentiasalah duduk didalam kelompok manusia yang bergelar manusia. Jangan menjadi haiwan dalam kelompok manusia. Lebeh lebeh lagi jangan berada dalam kelompok haiwan.

Wednesday, 16 December 2009

:: Chin Peng mohon maaf ?

Sunday November 22, 2009

Chin Peng apologises for death of innocents

EXCLUSIVE

KUALA LUMPUR: Chin Peng, the man with no regrets, has for the first time offered an apology to the victims and families of the Communist Party of Malaya’s acts of violence during the long years of its insurgency.

The former CPM secretary-general said that although the party did not subscribe to the killing of the innocent, he admitted that “we might have made mistakes in some cases.”

“If we had intentionally killed innocent people, then I apologise. I apologise to the families who had suffered (too),” he told The Star in a rare interview in Bangkok last month.

Honouring the fallen: Chin Peng laying a wreath at the grave of a comrade at Betong in this file picture.

“I take full responsibility for my comrades’ actions. (But) in war, we cannot differentiate the innocent from the non-innocent,” he added.

In the past, Chin Peng had been unrepentant over the loss of lives, nor regretted taking up the armed struggle. He also remains a committed communist.

During the interview, he said he did not expect the public to forgive him for the past but hoped they could put their differences behind them.

“That was war. That was then. If you say that we killed people, the communists too were killed by the security forces,” he said in the interview that he gave to mark the 20th anniversary of the signing of the Peace Accord on Dec 2, 1989, in Haadyai, Thailand, between the Malaysian Government and the CPM.

Chin Peng, who lost his court battle last year to be allowed to return to Malaysia, touched on various topics during the interview, including his living arrangements in Bangkok; his relationship with his children and his source of funds.

He also alleged that he was prevented from returning because the Government played him out soon after the Peace Accord.

At 85, the former jungle guerrilla is in frail health but remains obsessed with his fight to be allowed back to his hometown of Sitiawan, Perak, where he wishes to be buried.

Thursday, 3 December 2009

:: PETRONAS: Perjanjian dengan Kelantan?

razaleigh.com

Tengku Razaleigh’s official weblog

honouring our agreements

with 8 comments

The Government has now responded to Kelantan’s claim to a portion of the profits derived from petroleum resources extracted offshore by PETRONAS.

Its response violates the letter and the intent of a solemn agreement signed between each State Government and PETRONAS under the Petroleum Development Act.

That agreement is made out in language simple enough for a schoolboy to understand, in both Bahasa Malaysia and English.

The Constitutional rights of the people of Kelantan are denied. However this has implications far beyond Kelantan:

1) It negates an agreement signed between the Kelantan Government and PETRONAS. By implication, it negates identical agreements signed by PETRONAS with every other state and deprives the people of their constitutional rights.

2) The Government’s refusal to recognize a straightforward contractual obligation on PETRONAS’s part puts a question mark over the status of oil payments due to the other oil-producing states. The States’ rights to 5% of profit derived from the extraction of any petroleum resources is based on a quid pro quo according to which the States vested entirely and in perpetuity all their rights and claims to petroleum resources to PETRONAS. In return for this PETRONAS is legally bound to pay the states the 5% directly

3) If PETRONAS no longer recognises its legal obligation to pay the States what is due to them under the Petroleum Development Act, the States, and in particular Sabah and Sarawak, will now wonder if the corresponding Vesting Deed by which they vested all their rights in their petroleum resources to PETRONAS remains in force.

Monday, 30 November 2009

:: Raja Bersiong ?

Jejak Raja Bersiong

Oleh Mohd Azis Ngah dan Safuri Kamarudin
bminggu@bharian.com.my


Kota Aur di Gubir, Kedah dipercayai milik Raja Bersiong

Kewujudannya hanya berdasarkan cerita legenda, tiada bukti fizikal

BAGI peminat sastera rakyat dan cerita legenda, kisah kekejaman Raja Bersiong yang memakan darah manusia pastinya sering menarik perhatian. Bukan setakat kekejamannya, tetapi persoalannya ialah sama ada kisah itu benar-benar berlaku atau hanya cerita lisan yang diturun- temurunkan untuk hiburan bagi mengisi masa senggang.

Catatan Hikayat Merong Mahawangsa dan Sastera Rakyat Negeri Kedah menyatakan ia kisah legenda dan tiada sesiapa yang dapat membuktikan dengan tepat atau mempunyai bukti fizikal peristiwa itu memang berlaku.

Persoalannya, wujud beberapa nama tempat yang dikaitkan dengan peristiwa berkaitan Raja Bersiong. Nama daerah Baling, Mukim Siong dan Kota Aur di Kedah adalah nama popular yang dikaitkan dengan rentetan sejarah silam Raja Bersiong.

Jika ke Kampung Lalang, kira-kira 10 kilometer dari Pekan Baling, pengunjung akan melalui satu mercu tanda seakan-akan pintu gerbang berbentuk sepasang siung yang tumbuh menegak. Mercu tanda berdiri tegak di kiri dan kanan jalan sebenarnya dibina sebagai tanda ingatan kepada peristiwa Raja Bersiong.

Siapakah Raja Bersiong hinggakan industri perfileman negara juga berminat dan pernah menterjemahkan kisahnya ke dalam filem Melayu, lakonan seniman Ahmad Mahmud, Sarimah dan Nor Azizah pada 1968 serta drama tari bertajuk Raja Bersiong di Dewan Filharmonik Petronas.

'Raja Bersiong' lakonan Ahmad Mahmud dan Sarimah pernah difilemkan pada 1968 dan di bawah teraju utama, Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Cerita lisan mengatakan Raja Bersiong ialah gelaran kepada seorang Raja Kedah yang berpusat di Lembah Bujang. Nama sebenarnya ialah Raja Ong Maha Perita Deria iaitu raja keempat keturunan Merong Mahawangsa.

Penduduk Kampung Pokok Setol, Yahya Ramli, 72, berkata kisah Raja Bersiong diwarisi secara lisan dan generasi lama di situ juga tidak pernah tahu secara tepat mengenainya. Namun, mereka percaya ia memang ada kaitan dengan kewujudan kawasan berkenaan berdasarkan nama tempat.

“Itu cerita antah-berantah, kisah anak raja Kedah sebelum zaman Islam yang memakan hati dan darah manusia. Ada yang mengatakan ia keturunan Merong Mahawangsa di Langkasuka, ada yang kata mereka keturunan gergasi.

“Apabila rakyat memberontak, mereka lari ke Kota Aur di Gubir dan bina kubu di sana. Ketika dalam perjalanan itulah raja membuang siung yang tumbuh di mulutnya. Siung itu jatuh ke bendang dan tempat itu dinamakan Baling.

Pokok yang tumbuh dalam bangunan istana.

“Soalnya di mana kubur Raja Bersiong, itu yang tak boleh disahkan. Ada yang kata, selepas menetap di Kota Aur, raja itu lari ke Jitra, Kedah ikut Kuala Nerang, Pokok Sena, Nami, Naka yang bersempadan dengan Siam (Thailand),’ katanya.

Ditanya sama ada beliau tahu kewujudan sebuah istana lama di Jitra yang dikatakan milik Raja Bersiong, Yahya cukup tertarik dan katanya, jika itu benar, ia perlu diteliti, direkod dan dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.

“Saya sendiri sebenarnya cukup teringin dan sudah lama mencari siapa yang boleh menceritakan kisah Raja Bersiong dan apa buktinya. Mesti ada sesuatu yang boleh dibongkar,” katanya.

Kisah sama dikongsi rakannya, Wan Ibrahim Wan Ahmad, 72, seorang pesara askar Wataniah. Ibrahim berketurunan Pattani, Thailand yang mengatakan kesan tinggalan sejarah itu dipercayai wujud di satu tempat iaitu di Kubang Jong.

Kubang Jong mendapat nama sempena tempat Raja Bersiong bermain jong (sejenis perahu diraja) di sebuah kolam air yang terletak di Kampung Luak.

“Ketika masih bertugas dengan pasukan Askar Wataniah, saya pernah masuk ke Kota Aur di Gubir. Kota itu dipercayai milik Raja Bersiong yang dibina daripada buluh yang ditanam rapat. Jika gajah rempuh pun, ia tidak akan tumbang, binatang itu pun tidak akan melepasi deretan pagar buluh.

“Kota itu memang kukuh, kami cuma boleh menyelit masuk ke dalam kota melalui celah pokok buluh berduri. Saiz kawasan kota itu lebih besar daripada saiz padang bola. Itu cerita lama pada 1975 dan mungkin sekarang kota itu sudah tumbang atau pokok buluh pula tumbuh meliar,” katanya.

Imam Masjid Pokok Setol, Harun Abu Bakar, 84, berkata kisah mitos itu mempopularkan daerah Baling dan Jabatan Hutan Baling mengambil inisiatif membina replika sepasang siung di Kampung Lalang sebagai mercu tanda.

Katanya, replika itu dibina pada awal 80-an sempena lawatan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kekal sehingga kini.

“Agak pelik, tak ada satu pun kampung di sini dinamakan kampung siung, cuma wujud mukim Siong. Mungkin ia lebih sesuai untuk menggambarkan sesuatu yang lebih besar dan luas,” katanya.

Apa pun pendapat yang diutarakan, kesimpulannya penduduk di situ terutama generasi lama berbangga dengan nama tempat mereka yang diberi berdasarkan cerita mitos popular, cuma lebih baik jika diwujudkan satu papan kenyataan ringkas mengenai sejarah atau latar belakang tempat sebagai rujukan pelancong luar.

Antara 24 kampung di Mukim Siong

Kampung Bandar, Terbala, Kelian Dalam, Kota, Siput, Pokok Setol, Luar, Baru, Lalang, Carok Bunting, Kuala Kedua, Ulu Legong, Bechah Sawa, Memali, Carok Putih, Surau, Carok Semeliang, Weng Luar, Weng Dalam, Batu 60, Tanjung Paru, Seri Ketenga, Batu 8 dan Teluk Rambong.

:: Terukkah UMNO ni?

UMNO

| | Comments (45) | TrackBacks (0)
Bookmark and Share
1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.