Showing posts with label Pantai Remis. Show all posts
Showing posts with label Pantai Remis. Show all posts

Tuesday, 23 February 2010

:: Mukhtar Ramli merayu


Bekas Pengarah Urusan AIM bebas tuduhan pecah amanah

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Kerugian yang ditanggung oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) 11 tahun lalu apabila bekas Pengarah Urusannya, Mukhtar Ramli bertindak membeli lima jenis saham berjumlah hampir RM3.9 juta bukanlah satu kerugian yang material.

Sebaliknya, kerugian yang dialami hanya dari segi Ahli Lembaga AIM tidak berpeluang untuk membincangkan sesuatu perkara yang begitu penting kepada agensi tersebut.

‘‘Kes ini juga tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah tetapi perlu diputuskan di peringkat tribunal dalaman AIM sendiri.

‘‘Sekiranya berlaku sebarang salah laku oleh perayu (Mukhtar) tindakan yang sesuai dan sewajarnya boleh dijatuhkan terhadapnya oleh tribunal tersebut,’’ kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha.

Hakim tersebut menyatakan demikian sebelum melepas dan membebaskan Mukhtar daripada hukuman penjara lima tahun setelah disabitkan bersalah atas lima tuduhan pecah amanah.

Keputusan tersebut ternyata menyentuh perasaan isterinya, Zaimah Othman yang mula menangis teresak-esak sehingga terpaksa ditenangkan oleh salah seorang anaknya.

Mukhtar yang masih berada di kandang tertuduh dilihat tersenyum lega.

Hakim Ghazali membenarkan rayuan Mukhtar yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen pada 11 Januari 2007 yang mensabitkannya dengan lima pertuduhan pecah amanah membabitkan dana AIM.

Dana berjumlah RM3,874,000 itu digunakan untuk membeli saham Malaysia Airports Berhad, Saham Asnita, Saham Tabung Ittikal, Saham Dali Al-Ihsan dan Saham Ali Dali Mizan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di antara 5 November 1999 dan 29 Mac 2001 di pejabat AIM, Lot JKR 3179 & 3185, Jalan Ledang Off Jalan Duta di sini.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Dia didakwa buat pertama kali di mahkamah pada 16 Ogos 2002.

Hakim Ghazali dalam penghakiman lisannya turut menyatakan, pihak pendakwaan memikul beban pembuktian yang berat memandangkan Hakim Mahkamah Sesyen sebelum ini tidak mengikut peruntukan yang sepatutnya dalam menentukan prima facie.

Kegagalan untuk membawa Pengarah Kewangan dan Ketua Bahagian Pinjaman AIM bagi memberi keterangan juga memberi impak terhadap kes pihak pendakwaan.

‘‘Tuduhan pecah amanah oleh pihak pendakwaan tidak boleh bertahan kerana pendakwa raya gagal membuktikan Mukhtar telah bertindak dengan curang apabila membuat pembelian saham-saham tersebut yang telah berjaya menambah dana AIM sendiri.

‘‘Oleh yang demikian, berlaku satu salah arah terhadap undang-undang dan perlu diperbetulkan oleh mahkamah ini,’’ kata Hakim Ghazali.

Pada prosiding hari ini, Mukhtar yang menghidap penyakit kanser prostat diwakili dua peguam bela, Mohd. Yaakob Bakanali dan Azmer Md. Saad manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Sementara itu, Mukhtar yang kini menjalankan perniagaan sendiri dan membantu isterinya mengajar mengaji menyatakan, dia gembira dengan keputusan tersebut selepas lapan tahun berjuang untuk menegakkan keadilan.

Dia yang pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Arkib Negara turut menyatakan, kehidupannya agak sukar sejak diberhentikan daripada AIM dan terpaksa bergantung kepada pencen sebanyak RM1,411 sebulan.

Difahamkan pihak pendakwaan mungkin mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini





BEKAS Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Mukhtar Ramli (kiri) bersama peguamnya selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan rayuan serta melepaskan dan membebaskan beliau daripada pertuduhan pecah amanah membabitkan RM3.8 juta pada 2007. - Foto Rosdan Wahid

Feb 23, 2010 6:40 pm






Thursday, 26 November 2009

:: Cerita lama: Sekitar Pantai Remis

Wednesday, July 16, 2008

Teroka Haram 1 - Dendang

Teroka Haram 2 - Sg Batu Segari Melintang




HARAM 1 - DENDANG

Penduduk sekitar Beruas terutama di Kampung Dendang, Pintu Gerbang dan Tualang mendesak pihak berwajib menyiasat dakwaan aktiviti penerokaan haram di kawasan berdekatan kampung mereka.

Aktiviti yang menimbulkan tandatanya itu dilaporkan turut melibatkan bekas kawasan padang ragut seliaan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan sebahagian kawasan hutan simpan.

pasberuas.blogspot diberitahu bahawa penduduk telah membuat laporan dan aduan kepada pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan serta lain-lain pejabat yang berkenaan tetapi tiada tindakan lanjut sehingga kini. Aktiviti pembersihan kawasan dan penanaman kelapa sawit masih terus dilakukan oleh kumpulan peneroka tersebut.



HARAM 2 - SG. BATU SEGARI MELINTANG

Penduduk sekitar Pantai Remis terutama kampung Sungai Batu, Tebuk Yan dan Segari juga mendesak pihak berkuasa tanah daerah dan negeri serta Jabatan Perhutanan agar menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung aktiviti penerokaan tanah di kawasan berhampiran bekas lombong bijitimah dan kuari batu di sini.


Kawasan ini terletak hanya 3 km daripada jalanraya utama (jalan persekutuan) Pantai Remis - Lumut. (kawasan dalam bulatan kuning imej satelit - foto atas)


Aktiviti penanaman kelapa sawit telah lama dijalankan di sini tanpa tanda-tanda tindakan oleh pihak berwajib.

Penduduk mendesak supaya tindakan segera diambil oleh pihak berwajib sama ada menghentikan pembolotan tanah oleh individu/kumpulan yang sama atau membuka kawasan tersebut untuk dipohon oleh orang ramai yang layak.


SmileyCentral.comImej satelit di atas jelas menunjukkan aktiviti yang dinyatakan dan agak mustahil ianya terlepas daripada pemantauan pihak berkuasa yang berkenaan.


Wednesday, 9 September 2009

:: Pantai Remis dilawati

Dato Seri Nizar di Manjung, Pantai Remis dan Beruas

Sep 10th, 2009 | By webmaster | Category: Berita, Sya reformis

Program pertama yang dihadiri oleh Dato Seri Nizar ialah mengunjungi Majlis Pembukaan Restoran Michelin Star di Setiawan. Sewaktu majlis perasmian Restoran tersebut ramai Tetamu VIP yang hadir seperti Yb Lim Kit Siang, Yb Dato Ngeh, Yb Nga Ko Meng dan beberapa orang lagi. Majlis yang bermula sekitar jam 12.30 petang disusuli dengan upacara memotong reben Belon Gergasi sebagai acara simbolik Perasmian.

Dato Seri yang kemudiannya menunaikan solat di MADAH Sri Manjung turut menyampaikan Tazkirah ringkas disana.

Selepas itu kira-kira pada jam 5.30 petang Beliau dibawa pula ke Kg Telaga Nenas bagi menyampaikan Bantuan kepada penduduk disana. Seramai lebih dari 25 orang penduduk di Kg tersebut juga dari Kg Teluk hadir bagi menerima bantuan. Bantuan yang dihulurkan berupa barang asas makanan harian dan sedikit duit raya kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Selesai itu Kami meneruskan perjalanan ke Pantai Remis dan Kg Bukit Hijau menjadi destinasi program seterusnya yang mana Dato Seri telah menyampaikan tazkirah, solat maghrib dan berbuka bersama penduduk setempat. Selepas itu Dato Seri ke destinasi terakhir program Beliau malam tadi di Pekan Beruas. Disana Beliau telah solat isyak,tarawih dan bertazkirah sebagai penutup kepada program hari ini.

..................................................................................................................

Catatan: Cumanya tak pasti akan kewujudan Kg Bukit Hijau tu... atau mungkin maksudnya adalah Kg Bumi Hijau? Tapi, mungkin kampung tu wujud... cuma di luar pengetahuan Pak Ngah je...