Saturday 25 September 2010

:: Isu Perlembagaan ditimbulkan lagi..






Hargai roh Perlembagaan

PERIHAL Perlembagaan dan peruntukan-peruntukan istimewa untuk orang Melayu yang terkandung di dalamnya sering menjadi perhatian. Selepas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac dua tahun lalu, ketetapan yang disepakati dalam ‘kitab keramat’ itu semakin hangat diperkatakan.

Intipati Perlembagaan dipandang dan dibincangkan dari pelbagai sudut. Orang Melayu bercakap mengenai kedudukan dan keistimewaan mereka di sisi Perlembagaan. Orang bukan Melayu mahu diberikan perkara-perkara yang ‘difahami’ sebagai hak mereka yang turut membayar cukai di negara ini.

Turut dibahaskan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan yang ditakrif melangkaui apa yang diperincikan oleh Suruhanjaya Reid. Islam yang menjadi agama rasmi negara ini tidak dilihat sedemikian oleh bijak pandai perundangan. Maka ditimbulkan pula konflik Islam dan undang-undang Islam termasuk hudud dan qisas. Malaysia juga dilihat oleh bijak pandai itu sebagai bukan negara Islam berdasarkan fahaman bahawa Islam bukan agama Persekutuan. Maka dilaungkan Malaysia adalah negara sekular.

Muncul juga kumpulan yang mahu mewujudkan perlembagaan baru, kononnya peruntukan yang digubal kelak lebih sama rata. Tidak diketahui sejauh mana kesamarataan yang terkandung di dalam agenda perlembagaan kumpulan tersebut.

Lebih menarik lagi perihal yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia turut menarik perhatian pemimpin negara jiran yang satu ketika dulu pernah bernaung di bahawa Malaya. Selepas 47 tahun keluar dari Malaya, pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew mendakwa Malaysia sebuah negara yang tidak adil dan menyisihkan kaum-kaum lain.

Penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar turut menyorot peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan berkaitan keistimewaan orang Melayu.

Menurut beliau, keadaan tidak sama rata timbul apabila pemimpin Melayu membuka pintu dengan memberikan kerakyatan segera kepada masyarakat bukan Melayu ketika negara mencapai kemerdekaan.

“Sekelip mata saja golongan bukan Melayu diberikan kerakyatan. Ini merubah peta demografi. Jadi, masyarakat Melayu sebagai tuan rumah yang membuka pintu kerakyatan negara kepada kaum bukan Melayu mahu memelihara kedudukan dan kepentingan mereka terutamanya dari segi pendidikan, pekerjaan dan pemilikan harta.

“Ini bagi memastikan orang Melayu tidak kehilangan atau kerugian apabila bersikap pemurah dengan pemberian kerakyatan berkenaan. Terma warganegara yang diberikan di Malaysia juga agak luar biasa,” jelas beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just).

Bilakah perihal Perlembagaan terutama berkaitan peruntukan berkait dengan orang Melayu seperti Perkara 153 berhenti diperkatakan? Atau perlukah peruntukan baru ditambah di dalam Perlembagaan untuk menghentikan polemik mengenainya.

Profesor Abdul Aziz Bari ketika diajukan persoalan tersebut berkata, sama ada peruntukan baru perlu ditambah atau tidak bukan isu kerana semua orang atau pihak ada perkara dan peruntukan yang mereka tidak puas hati.

‘‘Dan mungkin ada yang mahukan perlembagaan ini, atas apa alasan, dibuang terus dan diganti dengan yang lain. Kesimpulannya buat yang baru akan menimbulkan masalah dan dengan itu semua pihak kena menerima apa yang ada dan cuba berkompromi,’’ katanya.

Sempurna

Mengenai sama ada Perlembagaan negara telah sempurna, pensyarah Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu menegaskan, sebagai dokumen buatan manusia ia sememangnya tidak sempurna. Bagaimanapun tidak bermakna bahawa perlembagaan yang ada tidak sempurna atau cacat, katanya.

Seperkara yang ditegaskan oleh Abdul Aziz ketika ditanya mengenai hak bukan Melayu yang dikatakan pihak tertentu sebagai disisihkan adalah Perlembagaan sudah menyatakan bahawa ia tidak harus menafikan hak bukan Melayu dan persoalan itu sepatutnya sudah selesai.

‘‘Perlu ingat bahawa Suruhanjaya Reid hanya beri 15 tahun. Sekarang sudah lebih 50 tahun. Kalau diteruskan ekonomi negara akan hancur dan orang Melayu yang paling parah. Orang lain punya kekuatan untuk bersaing di luar negara,’’ katanya.

Persoalan yang sering dibangkitkan berkaitan peruntukan istimewa seolah-olah mahu mengatakan bahawa orang Melayu tidak perlu bekerja keras dan tidak perlu ada merit untuk mereka berjaya dalam sesuatu bidang.

Bagi Abdul Aziz, dakwaan seperti itu juga tidak timbul kerana tindakan afirmatif di mana-mana pun bertujuan membetulkan kepincangan; khususnya yang berpunca dari sejarah dan kesilapan lampau. Bukan memberi kelebihan.

Menoleh ke belakang, beliau menyoal semula, mengapa baru tahun-tahun kebelakangan ini perihal Perlembagaan dan hak istimewa orang Melayu beria-ia dibangkitkan.

Juga mengapa pula kaum-kaum lain semakin kerap melaungkan pelbagai hak yang dikatakan juga menjadi hak mereka.

Secara berterus-terang beliau mengaitkannya dengan kemerosotan prestasi parti induk Melayu dalam pilihan raya umum lalu yang membawa kepada kebimbangan kedudukan orang Melayu akan terjejas.

Sedangkan beberapa perkara yang berkait rapat dengan Melayu seperti kepentingan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak begitu dipertahankan sebelum daripada tempoh tersebut.

Katanya, tindakan mempertahankan kedudukan orang Melayu dan Perlembagaan itu sendiri mesti dilihat dalam konteks negara dan bernegara. Soal kenapa ia dikekalkan tak perlu dijawab.

‘‘Yang penting Perlembagaan ini perlu dikekalkan kerana ia adalah tonggak pemerintahan; dokumen nilai dan jati diri negara.

‘‘Sampai kiamat isu tak puas hati ini tak akan selesai dan kita perlu dewasa menerimanya. Ini berlaku di semua negara. Di Amerika Syarikat mereka terpaksa berperang untuk menyelesaikan isu sama rata dan perhambaan. Mahukah, dan mampukah kita berbuat begitu?’’ soalnya.

Persoalan lain yang diajukan adakah tanpa perlembagaan kesemua ‘hak’ orang Melayu akan terhapus biarpun ada tindakan bersepadu yang kemudiannya akan ‘melayani’ semua kaum atas prinsip kesamarataan.

Katanya, apa yang tertera di dalam Perlembagaan bukan hak; ia sekadar kedudukan istimewa yang maksudnya kabur di sisi undang-undang.

‘‘Kalau kita baca betul-betul Perkara 153(1) ia sebenarnya ‘need-based’ dan bukan ‘race-based’ dan inilah sebenarnya yang kita boleh simpulkan kalau kita fahami Perkara 153 dalam konteks asal; yakni Perjanjian 1948, Perlembagaan 1957 dan 1963 dan seterusnya perkembangan sehingga sekarang,’’ katanya.

Mengenai sejauh mana perlunya kesamarataan dalam negara seperti Malaysia, beliau berpendirian bahawa prinsip atau hak itu perlu ada di mana-mana; hatta dalam keluarga.

‘‘Setakat mana? Itu kita tentukan mengikut keperluan dan keadaan semasa. Susah kita nak sebut macam mana,’’ katanya.

Apa yang pasti, memperkatakan tentang Perlembagaan dan peruntukan yang terkandung di dalamnya menuntut pemahaman, tolak ansur dan paling penting komitmen semua pihak untuk mengiyakan segala-gala yang telah diputuskan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Jika Perlembagaan menetapkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, maka serlahkanlah fakta bahawa Malaysia bukan negara sekular. Seperti mana terang dan jelas peruntukan yang menyebut bahawa bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dalam semua hal, maka usaha ke arah memartabatkan bahasa tersebut baik dalam sistem pendidikan, perundangan, ekonomi mahu pun kehidupan seharian mesti dilaksanakan secara serius.

Apabila pihak-pihak yang sepatutnya menjaga ‘kemuliaan kitab keramat’ itu tidak bersungguh-sungguh menghargai segala keistimewaan yang telah ditawarkan, maka akan ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan setiap inci kelemahan untuk melaungkan tuntutan yang cuba dihalalkan atas nama pembayar cukai.

Hakikatnya, orang Melayu tidak perlu gentar akan terhapusnya segala keistimewaan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan jika kerajaan sedia ada terbukti telah melakukan segala-galanya untuk memenuhi keperluan bangsa Melayu dan bukan Melayu.

Sebaliknya, jika peruntukan sedia ada hanya murni di atas kertas dan tersorok di celah-celah lipatan sejarah, maka apa gunanya segala keistimewaan lantaran ‘tuannya’ sendiri tidak mahu memberi penghargaan.




Friday 24 September 2010

:: Rampasan kerang di Pantai Remis ?




kerang dara... bukan benih kerang

Cubaan Seludup Benih Kerang Di Perak Ditumpaskan

LUMUT: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Perak sekali lagi membanteras cubaan menyeludup keluar benih kerang dengan merampas sebanyak 319 guni benih kerang seberat kira-kira 12,760 kilogram bernilai RM16,000 di Jalan Pantai Remis-Taiping dekat sini semalam.

Pegawai Pemerintahan Markas Operasi PGM Pangkalan Kampung Acheh, DSP Shaari Ariffin berkata seorang pemandu lori dan seorang kelindan turut diberkas.

Katanya, kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan dalam sekatan jalan pada kira-kira 4.30 petang semalam.

Bercakap kepada pemberita di sini, Shaari berkata lori berkenaan ditahan selepas pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam.

"Kedua-dua lelaki tersebut ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen sah berkaitan dengan muatan benih kerang yang mereka bawa dalam lori 10 tan itu," katanya. "Pemeriksaan awal mendapati terdapat 319 guni benih kerang dan setiap guni seberat kira-kira 40 kilogram dengan nilai benih kerang dianggarkan kira-kira RM16,000," kata Shaari.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Akta Perikanan Peraturan-peraturan Perikanan (Pemulihan dan Kaltura Kerang) 2002 iaitu kesalahan membawa benih kerang tanpa sebarang dokumen atau permit sah.

Shaari menyaran agar orang ramai dapat menyalurkan sebarang maklumat mengenai sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang yang berlaku di perairan negara. -BERNAMA


Thursday 23 September 2010

:: Amanah Saham 1Malaysia...6.38 sen seunit




PENGERUSI Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) bersama Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman menunjukkan jumlah agihan pendapatan Amanah Saham 1Malaysia sebanyak 6.38 sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2010 di Menara PNB di Kuala Lumpur, hari ini. - foto BERNAMA
Sep 23, 2010 2:58 pm


Sunday 19 September 2010

:: Perjanjian SABAH menyertai Malaysia ?



http://books.google.com.my/books?id=FhAgR6m-H_IC&pg=PR20&lpg=PR20&dq=perjanjian+penubuhan+malaysia&source=bl&ots=7QL0i0YX7y&sig=6wVCTqOTJ6YKpSEcMEW_DP9TuLA&hl=en&ei=FdaVTLCeA4PBcdqzoaQF&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=10&ved=0CEQQ6AEwCQ


Assallamualaikum semua dan salam sejahtera...

Haa.. malam nih Malaysia menyambut kemerdekaan. Tersadung jap minda aq dengan satu benda. Apakah dia? Tentang tarikh nih. 31 ogos 1957. Satu persoalan yang terdetik di minda aq ialah? Tarikh itu bersempena ape? Malaysia Merdeka? atau Tanah Melayu Merdeka? Sebab Malaysia mendapat nama setelah penggabungan 3 komponen, iaitu, tanah melayu, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.

Ngeh3... dah2... nih just satu persoalan jeh~ takde hard feeling, soft feeling takde... satu persoalan yang aq just nak korang fikirkan... wahaa! Okeh2.. sekarang meh aq nak share something new. Proses penubuhan Malaysia dan perjanjian Sabah menyertai Malaysia especially.

Aq terjumpa member aq upload pic di bawah nih... jom usha... kalau tak jelas... klik untuk besarkan.

wahaa! bace jangan tak bace... kalau korang tak bace memang rugi wor~ hehe

Dalam nih ade story tentang penubuhan Malaysia. Tentang penggabungan 3 komponen tau... Sebenarnya aq memang rase kepelikkan ini dah lame dah... Baru tersedar selepas bace artikel nih. Sebenarnya... Malaysia tertubuh selepas penggabungan 3 komponen iaitu
  • Tanah Melayu
  • Sabah
  • Sarawak
Bukan 14 Negeri. Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu adalah sama taraf iaitu komponen. Bukan Sabah dan Sarawak adalah negeri yang lain. Mungkin source pic nih tidak boleh rely 100% but kalau connect dengan pengetahuan sejarah yang aq pernah belajar, aq nak rely dengan source nih.

Percentage yang Sabah dan Sarawak terima sepatutnya 33.3% keseluruhannya. Tidak kira dari segi pembangunan, ekonomi, keagamaan. Sebab ape? sebab perjanjian tuh. Tapi, entah macamana Sabah dan Sarawak boleh jadi salah sebuah negeri di bawah nama Malaysia.

Adakah satu konspirasi tersembunyi? Haa... korang bace ke tak artikel nih dari awal sampai akhir? Okeh.. meh aq nak cakap sikit ek?

artikel ini hanyalah untuk pengetahuan am bagi aq dan aq nak share ape pendapat aq tentang kekeliruan aq nih. Aq tak layak untuk menentukan kesahihan atau kebenaran di sebalik artikel ini. Hanyalah untuk membuka minda korang sempena hari kemerdekaan ini. Siapa yang benar, siapa yang salah? itu aq sendiri tak tau. Believe what you want to believe.

p/s: tertambah 1 ilmu baru aq setelah bce artikel tuh. But? aq nak refer kesahihan kepada siapa? sekali lagi.... believe what i want to believe... wahaa!

Dari bilik cawangan Sabah dojo klasik
kaizen shinobi (o.O)y

http://www.kaizenshinobi.com/2010/08/perjanjian-sabah-menyertai-malaysia.html


:: Petua ISA: Cuci buah pinggang





Petua Nenek Gua... Cuci Buah Pinggang.

>> AHAD, SEPTEMBER 19, 2010

Ha..ha..ha... gua serious beb.... ini petua dari nenek gua, nenek gua email kat gua dari Switzerland, petua nak cuci buah pinggang, tapi satu jer... yang jadi problem masalahnya dia tulis omputih daaaa.... sesiapa yang pandai tolonglah translate untuk kawan2 yang dulunya makbapak suruh pergi sekolah diorang ponteng kat shopping kompleks, kedai game, kat bus stop layan couple, kat wilayah complex layan snooker... hahahah....

Gurau... gurau jugak beb... tapi petua kat bawah tu betul punya... insyallah semoga bermanfaat buat kita semua.... layannnn....


CLEAN YOUR KIDNEYS IN LESS THAN RM1.00

Years pass by and our kidneys are filtering the blood by removing salt, poison and any unwanted entering our body. With time, the salt accumulates and this needs to undergo cleaning treatments and how are we going to overcome this?

It is very easy, first take a bunch of parsley (MALLI Leaves) KOTHIMBIR (DHANIYA) and wash it clean.

Then cut it in small pieces and put it in a pot and pour clean water and boil it for ten minutes and let it cool down and then filter it and pour in a clean bottle and keep it inside refrigerator to cool.

Drink one glass daily and you will notice all salt and other accumulated poison coming out of your kidney by urination also you will be able to notice the difference which you never felt before.

Parsley is known as best cleaning treatment for kidneys and it is natural!

Sincerely from your's
Great..Great..Great Grandmother.... hahahaha....




Wednesday 8 September 2010

:: Pesanan KPN.. Tan Sri Musa Hassan




Senarai Pesanan Tan Sri Musa

8 September 2010

Majlis serah tugas ini adalah satu petunjuk bahawa saya akan melalui persaraan seperti yang diwar-warkan oleh Menteri Dalam Negeri (Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein) pada sidang akhbar baru-baru ini,” demikian mula ucapan Tan Sri Musa Tan Sri Hassan Ketua Polis Negara yang akan bersara dari jawatan itu pada 12 September ini.

Majlis serah dan terima tugas itu berlangsung di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman itu disaksikan oleh Ketua Setiausaha KDN Dato’ Sri Mahmood b. Adam dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang disebut-sebut sebagai pengganti Tan Sri Musa. Tidak ketinggalan ialah pegawai-pegawai tinggi PDRM dan juga ketua Polis Negeri seluruh negara.

“Saya yakin Tan Sri Ismail dapat berkhidmat dan saya yakin khidmat yang diberikan akan lebih baik. Bagaimanapun beliau memerlukan sokongan kerana beliau tentu tidak dapat bekerja sendirian. Jawatan Ketua Polis Negara satu jawatan yang berat. Dengan semangat yang jitu, ikhlas dalam tugas dan berserah kepada Allah , Insyaallah kita pasti akan berjaya. Itulah yang saya amalkan,” katanya.

Tan Sri Musa menambah orang awam memberi kritikan kerana Polis (PDRM) dilihat tidak menjalankan tugas dengan baik, dilihat tidak boleh dipercayai dan dilihat terlibat dalam rasuah. Selama ini beliau bersama Tan Sri Omar sentiasa memikirkan strategi terbaik untuk mengatasi perkara itu.

“Pesan saya kepada Tan Sri Ismail, teruskan lah perancangan dan setiap strategi yang telah dirancang sebelum ini. Banyak tenaga digunakan untuk memikirkan strategi itu. Dalam PDRM juga janganlah ada puak. Di bawah saya, saya telah memastikan agar kem berpuak-puak ini tidak wujud, sikap berpuak-puak hanya akan menghancurkan PDRM” katanya.

Menurut beliau lagi jawatan Ketua Polis Negara banyak cabaran. Tan Sri Ismail diharap cekal dan biar dikritik sekalipun beliau harus tegas dengan halatuju yang difikirkan baik.

Demi maruah PDRM, jangan menjadi peminta sedekah, PDRM tidak boleh meminta wang dari orang lain, PDRM ialah tempat untuk berkhidmat kepada orang ramai, PDRM wujud untuk menjaga keselamatan negara, PDRM wujud untuk memastikan kedaulatan Raja-raja Melayu,” katanya dengan tegas.

Pesan beliau lagi kepada Tan Sri Omar ialah membuat keputusan berlandaskan undang-undang, tegas dengan keputusan dan jangan berubah keputusan. “Do not act as a yes man, kita bertindak dan mengambil tindakan berlandaskan fakta. PDRM akan rosak jika kita ‘yes man’. Negara ini akan lingkup jika PDRM yes man,” katanya dengan penuh makna.

“Saya telah diperhatikan oleh masyarakat dan sekarang giliran Tan Sri Ismail pula. Buatlah kerja baik-baik. Biar mati bermandi darah demi untuk menjaga negara,” katanya.

Lewat ucapan terakhir beliau sebagai Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa berharap kenaikan pangkat Ketua-ketua Polis tidak ditangguhkan lagi.

–team berita ikdn



:: TS Musa Hassan serah tugas.. bersara.





KETUA Polis Negara ,Tan Sri Musa Hassan melambai kepada media selepas majlis tandatangan dokumen serah/terima tugas jawatan kepada Timbalan Ketua Polis Negara ,Tan Sri Ismail Omar yang turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Sri Mahmood Adam di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman. 8 Sept.
- Utusan/RASHID MAHFOF





Sunday 5 September 2010

:: Apa yang pelik pada perdu pokok ni ?


lihat perdunya.. renung dan telitikan..



besar pokok ni.. merimbun daunnya..


Saturday 4 September 2010

:: Kisah SUPP di Sarawak ?



Presiden SUPP enggan dedah hasil pertemuan dengan PM


2010/09/04

MIRI: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan, setakat ini enggan mendedahkan hasil pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini berhubung kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Beliau berkata, butiran pertemuan itu hanya akan didedahkan selepas berbincang dengan pemimpin utama SUPP yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Tidak boleh beritahu anda (apa yang berlaku pada pertemuan tersebut) sekarang, tetapi jangan bimbang, anda akan tahu juga tidak lama lagi," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-45 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sarawak di sini.
Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, bagaimanapun menyifatkan pertemuannya dengan Perdana Menteri sebagai "sangat baik dan berhasil".

SUPP, parti politik tertua Sarawak, menjadi perhatian beberapa minggu kebelakangan ini berikutan khabar angin yang menyatakan ia mahu meninggalkan BN Sarawak namun kekal sebagai parti komponen BN di peringkat persekutuan.

Ura-ura itu timbul selepas sesetengah anggota akar umbinya berpendirian tiada gunanya SUPP berada dalam BN Sarawak jika isu yang dihadapi masyarakat Cina di negeri itu masih tidak dapat diselesaikan.

Pada pilihan raya negeri lepas pada 2006, SUPP kalah lapan daripada 19 kerusi yang ditandinginya.

Parti tersebut turut gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu pada pilihan raya kecil baru-baru ini di kawasan yang dianggap kubu kuat SUPP sebelum ini.

- BERNAMA