Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Friday, 27 January 2012

:: 13 mei... ada cerita di sebaliknya ?


13 mei... ada cerita di sebaliknya?

memainkan isu 13 mei. bangkitkan mcm mana DAP (DAP ke?) mencincang dan memaki hamun org melayu whatsoever.

aku malas nak mention ttg apa kisah sebenar di sebalik 13 mei sebab dah banyak kali aku buat mcm tu - dan segalanya berbalik kpd konspirasi beberapa pemimpin UMNO (atau masa tu ex sebab kena pecat) utk merampas kuasa.

but tu bukan point aku kali ni.

cuba kita fikir - 13 mei hanya berlaku pada 1 hari. tidak ada susulan selepas itu. walaupun ganas, ianya tidak menyeluruh - hanya berlaku kat lembah kelang. kelantan langsung terputus kisah 13 mei - cina dan melayu sana tak tau apa2 pun. tapi dicanang seolah2 sejarah yg paling teruk dan dijadikan alasan utk menghentam DAP (dan kaum cina secara umum) seteruk2nya.

apsal depa tak hentam jepun? apsal depa tak hentam british? jepun menjarah negara ni selama 3 tahun dan dalam tempoh 3 tahun tu, berapa ramai org melayu, cina dan india yg mati dipancung kepala, anak gadis yg dirogol, kampung2 yg dibakar, serta ntah berapa juta lagi manusia kena pelempang jepun? tapi apa jadi hari ni? semua org TERMASUK PUAK2 UMNO itu mendewa2kan jepun - membeli dan menggunapakai barangan keluaran depa. menjalinkan hubungan dagangan dengan depa. tengok filem2 depa. anak2 kita dok nak jadi superhero depa. mahathir sendiri sampai suh kita contohi jepun menerusi gagasan "dasar pandang ke timur". mudahnya kita melupakan kekejaman jepun selama 3 tahun tu ek?

mcm mana lak dengan british? menjajah negara ni (zainal kling mesti marah aku) selama 200 tahun. tak tau berapa banyak pejuang Islam dan melayu dibunuh, dipenjara, anak gadis dan wanita dirogol dan dicabul. adat resam melayu dan sahsian Islam dilanggar sesuka ati mak bapak depa, dipecahkannya masyarakat supaya tidak bersatu padu, hina dan memperlekehkan serta melemahkan raja2 melayu seumpamanya. tapi apa jadi? undang2 depa negara kita junjung. budaya dan peradaban kita dihalakan ke arah sana. england menjadi tempat utama anak2 sekular (atau anak2 yg siqqah tapi dipaksa oleh kerajaan sekular) utk sambung belajar dan sebagainya. apakah dosa 200 tahun british terhadap negara kita ni dilupakan dengan mudah?

mcm mana masyarakat, esp UMNO, begitu mudah melupakan kesialan selama 3 tahun, 200 tahun tapi dalam masa yg sama memperbesar2kan "dosa 1 hari" seolah2 ITULAH DOSA YG MAHA BESAR YG TAK BOLEH DIAMPUN?

berhentilah menjadi hipokrit.





Saturday, 20 February 2010

:: Wan Muhammad Saman


Wan Muhammad Saman Wan Ismail, Menteri Besar Kedah yang pertama.

Monday, 30 November 2009

:: Raja Bersiong ?

Jejak Raja Bersiong

Oleh Mohd Azis Ngah dan Safuri Kamarudin
bminggu@bharian.com.my


Kota Aur di Gubir, Kedah dipercayai milik Raja Bersiong

Kewujudannya hanya berdasarkan cerita legenda, tiada bukti fizikal

BAGI peminat sastera rakyat dan cerita legenda, kisah kekejaman Raja Bersiong yang memakan darah manusia pastinya sering menarik perhatian. Bukan setakat kekejamannya, tetapi persoalannya ialah sama ada kisah itu benar-benar berlaku atau hanya cerita lisan yang diturun- temurunkan untuk hiburan bagi mengisi masa senggang.

Catatan Hikayat Merong Mahawangsa dan Sastera Rakyat Negeri Kedah menyatakan ia kisah legenda dan tiada sesiapa yang dapat membuktikan dengan tepat atau mempunyai bukti fizikal peristiwa itu memang berlaku.

Persoalannya, wujud beberapa nama tempat yang dikaitkan dengan peristiwa berkaitan Raja Bersiong. Nama daerah Baling, Mukim Siong dan Kota Aur di Kedah adalah nama popular yang dikaitkan dengan rentetan sejarah silam Raja Bersiong.

Jika ke Kampung Lalang, kira-kira 10 kilometer dari Pekan Baling, pengunjung akan melalui satu mercu tanda seakan-akan pintu gerbang berbentuk sepasang siung yang tumbuh menegak. Mercu tanda berdiri tegak di kiri dan kanan jalan sebenarnya dibina sebagai tanda ingatan kepada peristiwa Raja Bersiong.

Siapakah Raja Bersiong hinggakan industri perfileman negara juga berminat dan pernah menterjemahkan kisahnya ke dalam filem Melayu, lakonan seniman Ahmad Mahmud, Sarimah dan Nor Azizah pada 1968 serta drama tari bertajuk Raja Bersiong di Dewan Filharmonik Petronas.

'Raja Bersiong' lakonan Ahmad Mahmud dan Sarimah pernah difilemkan pada 1968 dan di bawah teraju utama, Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Cerita lisan mengatakan Raja Bersiong ialah gelaran kepada seorang Raja Kedah yang berpusat di Lembah Bujang. Nama sebenarnya ialah Raja Ong Maha Perita Deria iaitu raja keempat keturunan Merong Mahawangsa.

Penduduk Kampung Pokok Setol, Yahya Ramli, 72, berkata kisah Raja Bersiong diwarisi secara lisan dan generasi lama di situ juga tidak pernah tahu secara tepat mengenainya. Namun, mereka percaya ia memang ada kaitan dengan kewujudan kawasan berkenaan berdasarkan nama tempat.

“Itu cerita antah-berantah, kisah anak raja Kedah sebelum zaman Islam yang memakan hati dan darah manusia. Ada yang mengatakan ia keturunan Merong Mahawangsa di Langkasuka, ada yang kata mereka keturunan gergasi.

“Apabila rakyat memberontak, mereka lari ke Kota Aur di Gubir dan bina kubu di sana. Ketika dalam perjalanan itulah raja membuang siung yang tumbuh di mulutnya. Siung itu jatuh ke bendang dan tempat itu dinamakan Baling.

Pokok yang tumbuh dalam bangunan istana.

“Soalnya di mana kubur Raja Bersiong, itu yang tak boleh disahkan. Ada yang kata, selepas menetap di Kota Aur, raja itu lari ke Jitra, Kedah ikut Kuala Nerang, Pokok Sena, Nami, Naka yang bersempadan dengan Siam (Thailand),’ katanya.

Ditanya sama ada beliau tahu kewujudan sebuah istana lama di Jitra yang dikatakan milik Raja Bersiong, Yahya cukup tertarik dan katanya, jika itu benar, ia perlu diteliti, direkod dan dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.

“Saya sendiri sebenarnya cukup teringin dan sudah lama mencari siapa yang boleh menceritakan kisah Raja Bersiong dan apa buktinya. Mesti ada sesuatu yang boleh dibongkar,” katanya.

Kisah sama dikongsi rakannya, Wan Ibrahim Wan Ahmad, 72, seorang pesara askar Wataniah. Ibrahim berketurunan Pattani, Thailand yang mengatakan kesan tinggalan sejarah itu dipercayai wujud di satu tempat iaitu di Kubang Jong.

Kubang Jong mendapat nama sempena tempat Raja Bersiong bermain jong (sejenis perahu diraja) di sebuah kolam air yang terletak di Kampung Luak.

“Ketika masih bertugas dengan pasukan Askar Wataniah, saya pernah masuk ke Kota Aur di Gubir. Kota itu dipercayai milik Raja Bersiong yang dibina daripada buluh yang ditanam rapat. Jika gajah rempuh pun, ia tidak akan tumbang, binatang itu pun tidak akan melepasi deretan pagar buluh.

“Kota itu memang kukuh, kami cuma boleh menyelit masuk ke dalam kota melalui celah pokok buluh berduri. Saiz kawasan kota itu lebih besar daripada saiz padang bola. Itu cerita lama pada 1975 dan mungkin sekarang kota itu sudah tumbang atau pokok buluh pula tumbuh meliar,” katanya.

Imam Masjid Pokok Setol, Harun Abu Bakar, 84, berkata kisah mitos itu mempopularkan daerah Baling dan Jabatan Hutan Baling mengambil inisiatif membina replika sepasang siung di Kampung Lalang sebagai mercu tanda.

Katanya, replika itu dibina pada awal 80-an sempena lawatan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kekal sehingga kini.

“Agak pelik, tak ada satu pun kampung di sini dinamakan kampung siung, cuma wujud mukim Siong. Mungkin ia lebih sesuai untuk menggambarkan sesuatu yang lebih besar dan luas,” katanya.

Apa pun pendapat yang diutarakan, kesimpulannya penduduk di situ terutama generasi lama berbangga dengan nama tempat mereka yang diberi berdasarkan cerita mitos popular, cuma lebih baik jika diwujudkan satu papan kenyataan ringkas mengenai sejarah atau latar belakang tempat sebagai rujukan pelancong luar.

Antara 24 kampung di Mukim Siong

Kampung Bandar, Terbala, Kelian Dalam, Kota, Siput, Pokok Setol, Luar, Baru, Lalang, Carok Bunting, Kuala Kedua, Ulu Legong, Bechah Sawa, Memali, Carok Putih, Surau, Carok Semeliang, Weng Luar, Weng Dalam, Batu 60, Tanjung Paru, Seri Ketenga, Batu 8 dan Teluk Rambong.

Saturday, 17 October 2009

:: Bahtera Nabi Nuh 1 dijumpai ?


Wednesday, June 17, 2009

RAHSIA PENEMUAN BAHTERA NABI NUH (Part 1)

Gambar-Gambar yg didakwa Bahtera Nabi Noh diatas puncak sebuah gunung di timur turki...Wallahualam..











Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji yang terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun. Peninggalan sejarah yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. Pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu. Gambar2 itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dgn 'rahsia2' penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus2 orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud 'Gunung Kesengsaraan' atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa2 kerat saja yang berjaya, selebihnya hanyalah menjadi korban. Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mt. Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg 'mahaberharga' itu.Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yg masih menjadi tanda tanya,kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri.Hanya semata2 kerana gambar tersebut. Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati misteri. Soalnya sekarang, mengapakah 'kuasa2 besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera ?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar2 ada di puncak Mt. Ararat itu ? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai, kerana selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah Ark tu pun.Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar. Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka dah maju. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, para pengkaji dan scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam. Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer, Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang.

Mengikut para pendaki yang pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. "Noah Ark" itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, berbentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi. Ia telah dibina seluas 300 cubic X 50 cubic X 30 cubic. Untuk pengetahuan anda cubic itu adalah satu kiraan jarak panjang di antara siku dengan jari yang digunakan oleh orang2 zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki, 75 kaki lebar, 45 kaki tinggi. Ada juga para pengkaji berpendapat, "Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak untuk membinanya yang dianggarkan seberat 4,100 tan.

Kini terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan. Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168). The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, di manakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ? Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina di sebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu. Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki. Bersententangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit. Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu "Russia, Iran dan Turkey". Kedudukan Mt.Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Sehingga hari ini, CNN masih memaparkan perebutan sempadan antara tentera Turkey yang menentang Puak2 Guerilla Qurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey. Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu adalah sekitar 25 batu garis pusat. Garispusat kemuncaknya pula antara 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan jika tersilap langkah akan terjatuh ke dalam jurang Ahora. Gambar : Sebahagian Bahtera Nabi Nuh AS dilitupi salji. Sebuah 'anchor' purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat.

Sebuah 'batu nisan' yang didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut. Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mt.Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut. Dalam keadaan tergaman dan kagum, mereka telah mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur saiz 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam di dalam salji]. Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) telah meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan...

Wednesday, 23 September 2009

:: Kisah di tahun 1945 dan 1969 ?

Sunday, August 10, 2008

Peristiwa Yang Harus Jadi Pedoman: 16-30 Ogos 1945 dan 13 Mei 1969

AgendaDaily, April 27, 2005

Pengajaran dari dua peristiwa iaitu Pemerintahan Tanah Melayu selama empat belas hari oleh Pasukan Tentera MPAJA/Parti Kominis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga dan Peristiwa 13 Mei 1969.

Ramai di kalangan generasi muda bangsa kita yang kurang mengetahui kedua-dua peristiwa tersebut dan implikasi mereka dalam perkembangan sejarah negara amnya dan sejarah orang Melayu khasnya.

Peristiwa yang pertama ialah apabila Tentera Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA), satu pertubuhan Parti Kominis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga yang memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945 iaitu jangkamasa dari Tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16hb Ogos 1945 sehinggalah Tentera British sampai kembali ke Tanah Melayu menubuhkan Kerajaan Tentera British empat belas hari kemudiannya.


Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli pasukan polis yang ditubuhkan oleh Jepun untuk menjaga keamanan di bandar-bandar. Tentera Jepun memang anti kaum China .



Ini adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun di mana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun.

Sikap permusuhan ini jugalah yang menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran anti Jepun di China baru-baru ini. Oleh itu, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu.

Jadi, bila Tentera Jepun mengaku kalah, maka berkeliaranlah anggota Bintang Tiga ke kampung-kampung mencari bekas polis tersebut yang kebanyakannya orang Melayu. Di kampung di mana saya dilahirkan yaitu Kampong Sungei Manggis, Kalumpang terdapat cerita-cerita yang sampai kepada kami bagaimana anggota Bintang Tiga ini mencari dan membunuh mangsa-mangsa mereka.

Mereka akan dibawa ke tepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka akan dihentam dengan belakang cangkul dan ditanam ke dalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Sampai sanak saudara tidak tahu di mana mereka ditanam.

Boleh dikatakan perkara ini berleluasa di Selangor dan di negeri-negeri lain seluruh Tanah Melayu. Kita tidak tahu berapa banyak yang terbunuh dan cara-cara mereka dibunuh. Pakar-pakar sejarah perlu mengkaji peristiwa tersebut lebih terperinci kerana ia banyak mempengaruhi sejarah nasionalisme orang Melayu kemudiannya.

Oleh kerana yang membunuh ialah anggota Bintang Tiga yang kebanyakannya orang China dan mangsa mereka pula kebanyakannya orang Melayu, peristiwa tersebut telah bertukar menjadi pergaduhan antara kaum. Ramai orang Melayu yang bertindak balas terutamanya di Batu Pahat, Johor dan Sungei Manik, Teluk Intan, Perak.

Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu.

Bila kemudiannya pihak British cuba memperkenalkan konsep Malayan Union yang menghapuskan sistem Raja-raja Melayu, penghapusan hak istimewa orang Melayu, dan pemberian kerakyatan dan hak samarata kepada semua kaum, ianya telah mendapat tentangan yang hebat dari semua lapisan orang Melayu.

Mereka telah berarak dan menunjuk perasaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lalu akibatnya, lahirlah UMNO, parti yang menjadi tunjang Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini.

Peristiwa 13hb Mei 1969 pula adalah akibat dari perayaan dan sambutan kemenangan yang menggila dan berlebihan yang dilakukan oleh penyokong parti-parti pembangkang (Cina), apabila mereka menang banyak kerusi dalam Pilihanraya Umum 1969, terutama di Selangor di mana Perikatan dan pembangkang menang sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Penyokong-penyokong parti pembangkang seperti Gerakan, DAP, dan Socialists Front telah berkeliaran di Kuala Lumpur dengan lori, kereta dan motosikal sambil berteriak dan menjerit-jerit “Melayu bodoh!”, “Melayu balik kampung!”, “Melayu sudah hilang kuasa!”, dan sebagainya.


Mungkin dalam penyokong-penyokong pembangkang itu ada anasir subversif dan kongsi gelap yang cuba memprokasi orang Melayu supaya negara kucar-kacir.

Tindakan provokatif pembangkang itu tidak di biarkan begitu saja oleh orang Melayu di Kuala Lumpur di kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Keramat, Gombak dan Ampang.

Maka, berlakulah tindakbalas dan akhirnya menumpahkan darah di kalangan mereka yang tidak berdosa. Contohnya, orang yang membeli belah dan mereka yang menonton wayang di pawagam-pawagam di kawasan Chow Kit.

Kedua-dua peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan ekonomi orang Melayu. Peristiwa berdarah semasa Tanah Melayu diperintah selama empat belas hari oleh Bintang Tiga banyak membawa kesedaran kepada orang Melayu.

Ini kemudian menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu menentang Malayan Union. British yang cuba menghakiskan keistiwaan pribumi kepunyaan mereka. Dan ia membawa kepada kelahiran UMNO itu sendiri.

Sementara Peristiwa 13 Mei 1969 pula menyedarkan orang Melayu mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak diperjuangkan dengan lebih tegas sebelum itu.

Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa perintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Kemudiannya timbul konsep penubuhan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra atau “Bumiputra Commercial and Industial Community” (BCIC).

Dengan DEB banyaklah anak-anak Melayu yang di hantar keluar negeri melanjutkan pelajaran mereka dalam berbagai lapangan professional untuk membanyakkan Orang Melayu dalam berbagai bidang professional seperti peguam, doctor, arkitek dan sebagainya.

Kakitangan kerajaan lebih banyak terdiri dari orang Melayu. Sebelum itu kakitangan kerajaan banyak terdiri dari kaum lain.

Pokoknya kedua-dua peristiwa tersebut banyak meninggalkan kesan kepada orang Melayu dan ini haruslah disedari oleh generasi muda Melayu sebagai pertunjuk kepada mereka dalam meneruskan perjuangan bangsa.