
Feb 7, 11
1:03pm
setiap kejadian ada sebab musababnya. berlakunya sesuatu pastinya ada sebab yang menyebabkan berlakunya sesuatu itu dan mungkin kita adalah sebagai penyebabnya.
04 Februari, 2010 12:00 PM
Nasi Kandar Dengan Nama Jolokan "Nasi Ganja" Popular Di Ipoh
Solat Jumaat pertama aku di UK ialah di sebuah chapel kecil Hospital Carmerthen. Sudah dua kali aku berbuka puasa di gereja St. Mary. Sebelum aku pergi demonstasi Palestin di London tahun lalu, aku dan keluarga pergi ke forum tentang Palestin di Unitarian Church, Swansea. Jika berkesempatan, kami mungkin akan solat terawih tahun ini di St. Helen Church yang telah dibeli untuk dijadikan sebuah masjid.
Minggu hadapan, kawan aku Adli akan berbincang dengan ketua paderi Univesiti of Wales untuk menyusun program dialog dengan mereka. Ia tiada kena mengena isu di Malaysia. Masjid Universiti aku pun sebenarnya adalah asalnya sebuah bangunan Chapel. Mungkin mereka begitu liberal atau aku sendiri semakin liberal.
Dalam peperangan sekalipun, gereja adalah tempat yang dilarang untuk dimusnahkan. Ini sudah termaktub dalam adab berperang dan diistiharkan dalam Konvesyen Geneva tentang perang.
Walau bagaimanapun memberikan sumbangan setengah juta RM kepada gereja yang dibakar boleh menyemarakkan api yang masih belum padam. Persembahan berita tentang isu ini hanya akan meneruskan agenda yang masih belum tamat. Ada banyak perkara lain yang perlu diutamakan selain daripada penyelesaian dengan duit.
Posted by muhaimin sulam at 19:28
posted by hanipamaidin @ 12:30 AM 9 comments
Dalam soal nama Allah yang mahu diguna oleh penerbitan Kristian di negara ini sehingga isu tersebut dimahkamahkan, saya lebih suka dan bersetuju dengan pendapat bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.
Allah SWT sendiri tidak menghalang penggunaan nama itu disebut oleh agama lain tetapi kenapa kita pula sampai keras kepala sehingga berdemontrasi dan membuat kenyataan mengelirukan dan timbul pula eksklusif dalam agama.
Umno jangan rosakkan pemikiran orang Islam. Jangan punahkan Islam dengan pemikiran sempit kamu tentang Islam. Islam itu tidak ada hak eksklusif, ia hak semua manusia. Jangan pula kamu mahu elitkan Islam.
Cuma mungkin ada beberapa kebimbangan akibat daripada persoalan kerana perkataan Allah itu digunakan dalam penerbitan bahasa Melayu sahaja tetapi tidak dalam bahasa Inggeris. Jadi apa maksud dia?
Saya bertambah setuju dengan Dr Maza lebih baik orang Islam pertahan akidah daripada pertahan nama Allah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) lebih baik mendidik, memperjuangkan dan mempertahankan akidah umat Islam.
Perbetulkan akidah umat Islam yang terpesong akibat pemerintah sendiri tidak mahu kembali kepada kefahaman dan amalan Islam yang syumul dalam negara ini.
Berikut tulisan Dr Maza semasa isu guna nama Allah dibawa ke mahkamah lagi:
Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan
Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.
Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi inggerisnya?
Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.
Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.
Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.
Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?
Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.
Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.
Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.
Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia, Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).
Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian, Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).
Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.
Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.
Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.
Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).
Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.
Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!
Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut: “Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.
Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.
Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.
Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.
Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Surah al-Zumar ayat 3).
Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.
Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.
Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?
Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.
Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.
Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.
Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.
Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.
semalam aku dan Syarul ke sebuah penempatan dan kubu kuat Parti Komunis Malaya (PKM) yang terletak di sebuah perkampungan terpencil dalam Taman Negara Khao Nam Khang, Nathawi
Khao Nam Khang atau dalam bahasa Melayunya bermakna Muhibah terletak di selatan Thailand. Lokasinya ialah dua jam perjalanan dari bandar Hatyai
perjalanan kami ke tempat persembunyian bekas pengganas komunis itu menyusuri kampung-kampung tradisional, ladang getah sebelum memasuki kawasan hutan yang membawa kita ke kaki pergunungan
era 70-an dan 80-an dulu kalau korang datang ke sini alamatnya balik dengan kain kafan jelah, ini kerana banyak jerangkap samar dipasang di kawasan tersebut bagi melengahkan pergerakan pasukan keselamatan yang memburu mereka
tetapi sejak PKM meletakkan senjata pada tahun 1989, perkampungan ini mula dibuka dan dijadikan tempat tarikan pelancong
yang menariknya, di sini korang berpeluang untuk berbual dengan bekas-bekas anggota komunis yang kebanyakannya berasal dari Malaysia…namun sejak menyerah diri, mereka lebih senang untuk tinggal terus di perkampungan tersebut
mereka enggan pulang kerana takut disumbat dalam penjara, lagipun kerajaan Thailand dah bagi tanah untuk diaorang usahakan penanaman getah di sini, so saper taknak kan?
semua dalam tu gambar di atas adalah bekas komunis yang berasal dari Malaysia. Yang kiri sekali tu je bukan, dia bekas kadet polis je hahahaha
secara tak langsung juga diaorang jadi pemandu pelancong kat sini
di perkampungan ini juga korang boleh lihat bagaimana ‘kreatifnya’ pengganas-pengganas komunis ini menebuk sebuah gunung dengan tulang empat kerat mereka untuk dijadikan terowong-terowong rahsia yang menyimpan lebih seribu satu macam kegiatan dalam PKM
kami diberitahu, terowong Khao Nam Khang dibina pada 1971 dan siap dua tahun kemudian. Ia merupakan terowong tiga tingkat menempatkan 100 bilik, bilik mesyuarat, hospital dan kilang senjata, bilik menembak, dapur, bilik komunikasi dan dewan latihan
kalau korang perhatikan, persekitaran di luar terowong tidak ubah seperti hutan di Malaysia
keadaannya sejuk dan nyaman, pendek kata ia seolah-olah seperti hutan dara yang tidak pernah diterokai
panjang terowong berkenaan dianggarkan satu kilometer dan boleh menempatkan sebanyak 200 orang bekas pengganas komunis dalam satu masa, malah ia dipercayai terowong yang paling panjang di Thailand
kerja-kerja menggali terowong yang dikatakan boleh menembusi Betong yang bersempadanan dengan Pengkalan Hulu, Perak itu dilakukan oleh anggota Rejimen Ke-8, Ke-10 dan Ke-12 PKM
yang paling menakjubkan, mereka hanya menggunakan tukul besi dan pahat untuk menebuk permukaan batu-batuan granit yang keras dan menjadikannya terowong seperti yang ada sekarang
kami diberitahu juga, ketika zaman darurat, Rejimen Ke-10 dan Ke-12 dalam PKM mengetuai gerakan gerombolan di sempadan Hulu Perak berdekatan Betong di Thailand dan ia dikatakan diletakkan di bawah teraju Rashid Mydin
di samping sebuah pintu masuk utama di kaki bukit yang bertentangan dengan sebatang anak sungai, terowong itu juga mempunyai tidak kurang daripada 16 pintu masuk di sekitarnya
lubang-lubang rahsia untuk memasuki terowong itu banyak terdapat di atas bukit, di celah pokok, di bawah batu dan dalam belukar yang begitu rapi bentuk kedudukannya
garis pusat terowong itu hanya memuatkan saiz badan seorang lelaki bertubuh sederhana dan jika berselisih, salah seorang perlu mengeseng badan dengan berhati-hati untuk melepasinya
mula-mula aku ingat badan aku tak lepas, tapi rupanya muat juga
setiap pintu masuk ke dalam terowong itu mempunyai tidak kurang daripada 54 anak tangga dan semuanya akan bertemu dengan sebuah lorong utama yang seakan-akan lebuh raya, mengah dan berpeluh-peluh aku dibuatnya sheikh!
anak-anak tangga dalam terowong terlalu curam dan lebarnya pula terhad. Jika tersilap langkah seseorang itu boleh jatuh tersungkur dan mungkin akan mendapat risiko cedera parah
keadaan dalam terowong gelap dan hanya diterangi samar-samar cahaya lampu yang menerangi kawasan anak tangga malah ruang lain seperti bilik komander dan komrad dibiarkan bergelap
asalnya, terowong itu bukan sahaja menempatkan bilik untuk pengganas malah ia juga mempunyai bilik-bilik tamu, kilang senjata, bilik pembedahan dan bilik untuk tetamu agung seperti Chin Peng yang sering ke situ bertemu anggota PKM
cerita banyak tak guna, kalau berminat, buatlah rombongan Cik Kiah ke sini
yang penting, kita bukan nak agungkan komunis-komunis ni, tetapi ia sebenarnya memberi keinsafan pada kita bahawa kita jangan sekali-kali menggadaikan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini
harganya bukan murah, ia adalah dari keringat dan airmata…argh emosi pulak aku…
from → Uncategorized
–8 JANUARI 2010–
Kami mengutuk tindakan pihak tertentu yang menyerang 3 gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Serangan tersebut adalah satu perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban.
Perbuatan seperti itu tiada tempat dalam mana-mana negara pun di atas dunia ini. Kami percaya ianya berpunca dari politik amarah yang sempit, ditambah dengan unsur provokasi jahat yang semakin menular dan runtuhnya rasa saling hormat menghormati dalam negara kita yang tercinta ini. Setiap rakyat dalam negara ini, tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan etnik seharusnya dapat menikmati keamanan spiritual dan fizikal mereka. Seharusnya sebarang perbezaan pendapat dan pandangan tidak terus dilebarkan. Kami yakin sebarang perselisihan dapat diselesaikan dengan menumpukan usaha untuk membawa semua pihak ke meja rundingan.
Oleh yang demikian, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan tegas meminta supaya individu atau mana-mana kumpulan yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan sebegini agar dihukum dengan setimpalnya.
YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum PKR
YAB LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP
YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Saya mengecam tindakan pihak tertentu yang menyerang beberapa gereja di sekitar lembah klang. Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras al Quran. Agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah peribadatan penganut agama lain.
Sehingga kini saya difahamkan sebanyak tiga gereja dijadikan sasaran serangan. Manakala itu aras bawah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati telah hangus terbakar akibat dari siri serangan tersebut. Saya menyatakan rasa syukur kerana serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan jangan sesekali terjerumus ke dalam api kebencian. Sebarang tindakan tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit. Saya mempunyai keyakinan kita rakyat Malaysia akan menyelesaikan isu ini tanpa diiringi sebarang konflik. Inshaallah usaha kita untuk mengekalkan keamanan diberkati jua.
ANWAR IBRAHIM Continue reading ‘Kecaman Terhadap Serangan Ke Atas Rumah Peribadatan’
Hari ini seperti yang diketahui, akan ada perhimpunan aman, di beberapa tempat di Kuala Lumpur, anjuran pelbagai pihak. Perhimpunan tersebut diadakan bertujuan membantah keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang beragama Kristian.
Secara prinsip nya saya tidak menghalang sebarang usaha untuk berhimpun secara aman kerana ianya sebahagian dari hak asasi yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Malahan adalah sangat bertepatan dengan hasrat Pakatan Rakyat, demi membina sebuah masyarakat yang bertanggungjawab dan negara demokratik, hak untuk berhimpun serta menyatakan pendirian ini tidak dihalang.
Namun beberapa hari kebelakangan, kita lihat sikap bermuka-muka pimpinan kerajaan apabila isu penggunaan kalimah Allah ini mulai hangat diperdebatkan. Drama ini berteraskan watak yang mahu menampilkan diri sebagai jagoan umat Islam. Tidak salah mahu mempertahankan Islam. Setiap muslim mahu membela agamanya. Akan tetapi yang salah apabila isu ini digunakan untuk meraih laba politik. Yang salahnya apabila api perkauman lebih marak membakar diri ketimbang wacana matang memahami pokok persoalan.
Jika benar mahu membela orang Islam dan Melayu, banteras rasuah dengan iltizam yang jitu, basmi kemiskinan kerana umat Melayu-Islam adalah dari kalangan mereka yang masih mundur, pastikan pengagihan kekayaan yang adil kepada semua demi meninggikan syiar Islam dan perlihatkan keindahan keadilan Islam.
Mengapa perbincangan dan rundingan dibelakangkan dan membiarkan laungan retorika perkauman menghantui tindakan? Sebagai da’i, umat Islam mestilah merangka serta melakukan sesuatu berdasarkan hujah. Kita jangan tenggelam dalam kekaburan sentimen. Kekuatan hujah memberi keyakinan sekaligus memangkin kemantapan usaha dakwah yang berpanjangan.
ANWAR IBRAHIM