Thursday 24 September 2009

:: Iklan... tafsiran kita


Papan iklan terpampang di segenap ceruk rantau... yang besar... yang kecil... biasanya bermesej. Namun... kekadang persepsi khalayak berbeza apabila mentafsir mesej yang disampaikan. Apa2pun yang penting ialah... mesej cuba disampaikan... dan adalah sedikit sumber rezeki kepada beberapa pihak yang berkaitan.

:: Otak sebakul

Jumaat, September 25, 2009

Pilih orang yang tidak ada lelah


Hari bertambah dekat. Pada 29hb ini, kedua-dua belah pihak akan mengumumkan calun masing-masing.

Semuanya strategi dan taktik bergantung kepada calun yang mahu diletak BN. Dengan terbelakang 1-7, BN pasti mahu menang untuk mendekatkan jarak. Kemenangan boleh menaikkan kembali semangat juang UMNO.

Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh pula sudah suarakan mahu calun yang menggambarkan perubahan dalam UMNO. Ada kata lain dari calun tertentu, agak susah untuk menang. Apa yang dikatakan Dr M dan Ku Li ada betulnya. Orang lama cakap mesti dihormati.

Dalam hal memilih calun, ana ada suatu cerita. Cerita ini betul berlaku tetapi nama dan tempat tidak diceritakan. Ia berlaku dalam pemilihan jawatan parti di peringkat bahagian.

Kisahnya dua kawan ini tidak dapat mencapai satu formula pengagihan jawatan di sebuah Bahagian maka mereka bersetuju bertanding secara gentleman. Seorang ni kita namakan Haji Leman dan seorang lagi Haji Baharom.

Kempen punya kempen, Haji Baharom congak keadaan cuma 50:50 dan kawasan yang mereka belum terokai hanya kawasan Haji Leman. Mestilah dia kuat di situ. Kena dapat kempen di situ. Kalau Haji Leman ada, sampai kiamat orang kampung tak keluar dengar Haji Baharom kempen. Masa tidak lama lagi. Pasti kalah nampaknya.

Tapi orang politik ni. Akal sebakul. Haji Baharom dan pasukannya memikirkan macam mana untuk dapat masuk kempen situ. Akhirnya mereka dapat satu akal.

Semua orang tahu Haji Leman ni orangnya lelah. Makan sikit pulut habih cungaplah dia dan sakit seminggu. Ada satu Majlis tu budak-budak Haji Baharom dapat selitkan semua makanan pulut pada meja Haji Leman. Dihidangkan lemang, tapai pulut, kueh-kueh pulut dan air ais.

Boleh tidak boleh, Haji Leman terpaksalah makan dan minum apa yang dihidangkan tuan rumah. Padahal dia makan seketul lemang, satu biji kueh dan seteguk air. Habis malam tu dah tercungap-cungap dia.

Berzikir-zikir dia dalam lelahnya. "Allahu Allahu ... adoi ... Allahu ..."

Haji Baharom mula masuk kempen. Melihat Haji Leman nampak berdiam aja, orang kawasan Haji Leman pun sedia keluar mendengar kempen Haji Baharom.

Orang-orang Haji Leman pergi mengadu padanya, "Haji, Haji, Haji Baharom dah masuk kempen kek tompek Haji. Takkan diam ajo. Tak buek apo-apo"

"Nak buek macam mano. Den sakit. Allahu Allahu ..."

Haji Leman sedar dia akan kalah dan telah diakali dengan pulut. Orang dulu-dulu gentlemen, Haji Leman hanya tersenyum. Dengan sporting, dia talipon Haji Baharom mengucapkan tahniah, "Tahniahlah Baharom. Panda ekau ngakal den."

Haji Baharom hanya menjawab, "Terima kasih. Tak ... Kalau ekau tak sakit, den tak boleh monang."

Nak hampir Bagan Pinang, harap-harap tak pilih calun yang ada lelah. Kalau calun lelah, pastikan tidak pula termakan pulut.


Wednesday 23 September 2009

:: King Bhumibol Adulyadej

News Asia-Pacific

Thai king receives hospital care

King Bhumibol Adulyadej has been admitted
to Siriraj hospital in Bangkok [AFP]

King Bhumibol Adulyadej, Thailand's revered king and the world's longest-reigning monarch, is receiving treatment in hospital after being admitted with a fever and fatigue, hospital sources said.

The 81-year-old king went to a Bangkok hospital on Saturday night to receive an intravenous saline drip and antibiotics, the royal household bureau said in a statement on Sunday night.

Dozens of Thais went to Siriraj hospital on Monday to sign a book sending their best wishes for the king to get well soon, a witness said.

Some left flowers for the elderly monarch.

A hospital source, speaking on condition of anonymity, confirmed that King Bhumibol was still being treated at Siriraj but said the royal household was expected to release further details later.

The household statement on Sunday said that the king had "fever, fatigue and loss of appetite. The medical team invited him to go to Siriraj hospital to find the cause and get medical treatment."

"His Majesty has been given intravenous fluids and been provided with antibiotics," it added.

Unifying figure

Abhisit Vejjajiva, the Thai prime minister, said on Sunday that he was aware the king had gone to hospital but insisted it was only for a check-up, adding: "His Majesty's condition is not a problem."

King Bhumibol has long projected an image as the only unifying figure in a nation that has seen 23 prime ministers, 17 constitutions and several coups during his 63-year reign.

While remaining a constitutional monarch, he waded into politics during the 1970s and in 1992, when he ordered military dictatorships to end bloody crackdowns.

Thai children are taught that respect for the king, patriotism and religious devotion are closely intertwined, giving him an almost divine status in Thailand's Buddhist society.

But the monarchy is also protected by strict laws under which anyone who insults the royal family can be jailed for up to 15 years.

Last month the king issued the latest in a series of warnings, saying the country could "collapse" if Thailand's feuding political factions do not unite.

Source: Agencies

:: Kisah di tahun 1945 dan 1969 ?

Sunday, August 10, 2008

Peristiwa Yang Harus Jadi Pedoman: 16-30 Ogos 1945 dan 13 Mei 1969

AgendaDaily, April 27, 2005

Pengajaran dari dua peristiwa iaitu Pemerintahan Tanah Melayu selama empat belas hari oleh Pasukan Tentera MPAJA/Parti Kominis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga dan Peristiwa 13 Mei 1969.

Ramai di kalangan generasi muda bangsa kita yang kurang mengetahui kedua-dua peristiwa tersebut dan implikasi mereka dalam perkembangan sejarah negara amnya dan sejarah orang Melayu khasnya.

Peristiwa yang pertama ialah apabila Tentera Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA), satu pertubuhan Parti Kominis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga yang memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945 iaitu jangkamasa dari Tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16hb Ogos 1945 sehinggalah Tentera British sampai kembali ke Tanah Melayu menubuhkan Kerajaan Tentera British empat belas hari kemudiannya.


Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli pasukan polis yang ditubuhkan oleh Jepun untuk menjaga keamanan di bandar-bandar. Tentera Jepun memang anti kaum China .



Ini adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun di mana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun.

Sikap permusuhan ini jugalah yang menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran anti Jepun di China baru-baru ini. Oleh itu, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu.

Jadi, bila Tentera Jepun mengaku kalah, maka berkeliaranlah anggota Bintang Tiga ke kampung-kampung mencari bekas polis tersebut yang kebanyakannya orang Melayu. Di kampung di mana saya dilahirkan yaitu Kampong Sungei Manggis, Kalumpang terdapat cerita-cerita yang sampai kepada kami bagaimana anggota Bintang Tiga ini mencari dan membunuh mangsa-mangsa mereka.

Mereka akan dibawa ke tepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka akan dihentam dengan belakang cangkul dan ditanam ke dalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Sampai sanak saudara tidak tahu di mana mereka ditanam.

Boleh dikatakan perkara ini berleluasa di Selangor dan di negeri-negeri lain seluruh Tanah Melayu. Kita tidak tahu berapa banyak yang terbunuh dan cara-cara mereka dibunuh. Pakar-pakar sejarah perlu mengkaji peristiwa tersebut lebih terperinci kerana ia banyak mempengaruhi sejarah nasionalisme orang Melayu kemudiannya.

Oleh kerana yang membunuh ialah anggota Bintang Tiga yang kebanyakannya orang China dan mangsa mereka pula kebanyakannya orang Melayu, peristiwa tersebut telah bertukar menjadi pergaduhan antara kaum. Ramai orang Melayu yang bertindak balas terutamanya di Batu Pahat, Johor dan Sungei Manik, Teluk Intan, Perak.

Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu.

Bila kemudiannya pihak British cuba memperkenalkan konsep Malayan Union yang menghapuskan sistem Raja-raja Melayu, penghapusan hak istimewa orang Melayu, dan pemberian kerakyatan dan hak samarata kepada semua kaum, ianya telah mendapat tentangan yang hebat dari semua lapisan orang Melayu.

Mereka telah berarak dan menunjuk perasaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lalu akibatnya, lahirlah UMNO, parti yang menjadi tunjang Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini.

Peristiwa 13hb Mei 1969 pula adalah akibat dari perayaan dan sambutan kemenangan yang menggila dan berlebihan yang dilakukan oleh penyokong parti-parti pembangkang (Cina), apabila mereka menang banyak kerusi dalam Pilihanraya Umum 1969, terutama di Selangor di mana Perikatan dan pembangkang menang sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Penyokong-penyokong parti pembangkang seperti Gerakan, DAP, dan Socialists Front telah berkeliaran di Kuala Lumpur dengan lori, kereta dan motosikal sambil berteriak dan menjerit-jerit “Melayu bodoh!”, “Melayu balik kampung!”, “Melayu sudah hilang kuasa!”, dan sebagainya.


Mungkin dalam penyokong-penyokong pembangkang itu ada anasir subversif dan kongsi gelap yang cuba memprokasi orang Melayu supaya negara kucar-kacir.

Tindakan provokatif pembangkang itu tidak di biarkan begitu saja oleh orang Melayu di Kuala Lumpur di kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Keramat, Gombak dan Ampang.

Maka, berlakulah tindakbalas dan akhirnya menumpahkan darah di kalangan mereka yang tidak berdosa. Contohnya, orang yang membeli belah dan mereka yang menonton wayang di pawagam-pawagam di kawasan Chow Kit.

Kedua-dua peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan ekonomi orang Melayu. Peristiwa berdarah semasa Tanah Melayu diperintah selama empat belas hari oleh Bintang Tiga banyak membawa kesedaran kepada orang Melayu.

Ini kemudian menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu menentang Malayan Union. British yang cuba menghakiskan keistiwaan pribumi kepunyaan mereka. Dan ia membawa kepada kelahiran UMNO itu sendiri.

Sementara Peristiwa 13 Mei 1969 pula menyedarkan orang Melayu mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak diperjuangkan dengan lebih tegas sebelum itu.

Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa perintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Kemudiannya timbul konsep penubuhan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra atau “Bumiputra Commercial and Industial Community” (BCIC).

Dengan DEB banyaklah anak-anak Melayu yang di hantar keluar negeri melanjutkan pelajaran mereka dalam berbagai lapangan professional untuk membanyakkan Orang Melayu dalam berbagai bidang professional seperti peguam, doctor, arkitek dan sebagainya.

Kakitangan kerajaan lebih banyak terdiri dari orang Melayu. Sebelum itu kakitangan kerajaan banyak terdiri dari kaum lain.

Pokoknya kedua-dua peristiwa tersebut banyak meninggalkan kesan kepada orang Melayu dan ini haruslah disedari oleh generasi muda Melayu sebagai pertunjuk kepada mereka dalam meneruskan perjuangan bangsa.


Tuesday 22 September 2009

:: Bagan Pinang difokus orang

Antara saranan Mahathir dan selera rakyat.
Posted on Wednesday, September 23 @ 13:24:34 MYT by Paktam
Oleh jinbukitridan
"
Tun Dr Mahathir sebagai pengasas kepada umno (baru) mengingatkan agar calon yang bakal bertanding bagi pihak mereka di Bagan Pinang mestilah bebas daripada salahlaku rasuah atau istilah ‘politik wang’ oleh umno. Memandangkan dalam beberapa siri Pilihanraya kecil yang lepas BN hanya mampu mendalamkan kubur sendiri berbanding mencuri hati rakyat dengan calon yang tidak diyakini maka ada benarnya saranan itu.

Namun yang boleh dipersoalkan ialah adakah pemimpin umno sekarang 'segan' dengan saranannya itu. Jika pemilihan MT umno yang lepas menjadi perbandingan tidak mustahil cakap Tun hanyalah seperti anjing menyalak bukit. Kita lihat selepas pemilihan tersebut si polan yang telah disabitkan bersalah oleh lembaga disiplin parti mereka sendiripun masih mendapat tempat dan dikekalkan sebagai pemimpin walaupun dibantah keras oleh Tun. Adakah sudah tidak ada orang yang lebih bersih di kalangan mereka untuk menjadi pemimpin?

Begitu juga ada di kalangan bekas ‘anak buahnya’ sendiri yang cuba mengusirnya daripada umno sedikit masa dahulu. Ini menunjukkan tahap ke’segan’an pemimpin umno terhadap Tun tidaklah setinggi mana. Rakyat sudah maklum itu dan mereka lebih memahaminya.

Dari satu sudut yang lain media ( baca pencacai ) seakan ingin mengalih perhatian rakyat daripada melihat kelemahan gabungan BN secara total yang gagal mentadbir negara dengan baik setelah lebih 50 tahun hanya kepada kelemahan calon. Mereka menganggap barangkali jika calon yang mereka pilih itu ‘bersih’ maka selesailah masalah mereka dan rakyat akan berpusu-pusu ke pangkuan mereka. Mereka silap!

Barangkali Tun Mahathir juga berfikiran begitu. Beliau seakan masih menganggap umno dan BN terus releven untuk memimpin negara menjadi negara maju menjelang 2020 sekurang-kurangnya. Kita tentunya tertarik dengan kenyataan Samy Vellu yang mengulas kemenangannya dalam pemilihan MIC baru-baru ini. “Ramai menyalahkan saya, kata rakyat menyampah dengan saya, tetapi mereka sebenarnya tidak sukakan BN, bukan saya”. Nampaknya hanya Samy yang berpijak di bumi nyata sedangkan komponen BN yang lain masih berculakan selera pengundi era 80-an. Zaman sudah berubah , datanglah sesiapapun menjadi calon umno/BN namun rakyat tetap akan menolak mereka secara total.

Jika Pilihanraya kecil di Bagan Pinang dibukakan seluas-luasnya ruang demokrasi dan parti yang bertanding diadukan di atas padang yang sama rata tidak mustahil calon umno bakal kehilangan deposit! Hanya kaum kerabat calon serta pencadangnya sahaja yang barangkali akan mengundi umno. Tidak timbul lagi isu peribadi atau rasuah calon yang menjadi penentu. Berita lain di sini!

"

Sunday 20 September 2009

:: Ong Tee Keat vs Chua Soi Lek

20 September, 2009 16:34 PM

Jangan Benarkan MCA Jadi Alat Perjuangan Presiden- Chua

PUTRAJAYA, 20 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini menyeru anggota MCA, khususnya para perwakilannya, supaya bersatu demi kepentingan parti dan tidak menjadikan parti sebagai alat untuk perjuangan presiden MCA sahaja.

"Jangan benarkan parti menjadi alat untuk perjuangan presiden MCA sahaja. Ia ini adalah parti untuk semua ahli-ahli MCA dan biarlah perwakilan MCA menentukan nasib pemimpin dan hala tuju parti," katanya kepada pemberita di rumah terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana, di sini pada Sabtu.

Mengenai keputusan Jawatankuasa Pusat (CC) MCA mengantung keanggotaan beliau selama empat tahun, bekas timbalan presiden parti itu berkata:" Adakah mereka cuba katakan yang CC lebih besar kuasanya daripada mesyuarat agung luar biasa (EGM)."

MCA akan mengadakan EGM pada 10 Okt bagi membincangkan beberapa keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti kebelakangan ini termasuk pemecatan Dr Chua sebagai timbalan presiden parti oleh Majlis Presiden pada 26 Ogos ekoran skandal seks beliau pada tahun lepas.

"Saya menyerahkan kepada kebijaksanaan perwakilan-perwakilan MCA yang akan hadir dalam EGM ini, dan saya yakin mereka akan buat keputusan yang bijak demi kepentingan parti," kata Dr Chua.

Ditanya sama ada beliau akan menubuhkan parti baru, Dr Chua sekali lagi menafikan spekulasi yang telah tersebar luas itu.

"Tidak pernah terlintas untuk memulakan sebuah parti baru. Menubuhkan parti baru merupakan cerita karut yang diada-adakan oleh presiden untuk mencemarkan nama saya," katanya.

Beliau menggelar presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai "ibu segala pembohongan".

-- BERNAMA

:: Cerita di Lumut ?

Cerita Benar Dari Perak

Paparan yang akan korang tengok nanti ialah mengenai pendedahan satu salahguna wang rakyat dan juga sikap pemimpin UMNO ni yang meletakkan satu standard yang amat hina kepada semua anggota TLDM yang tinggal di kuaters TLDM di Lumut. Kisahnya bermula disini.


Kuih Raya yang berlebelkan nama Zambry


Bungkusan ini telah ditinggalkan begitu sahaja
dihadapan rumah setiap penghuni blok


Gambar diatas merupakan barangan yang diberikan oleh zambry kepada semua pegawai-pegawai dan penghuni Blok C Kuaters TLDM Lumut.


Apa yang menambah marah beberapa dari mereka ialah sikap pemberi sumbangan ini yang seolah-olah satu menampakan ia sebagai satu penghinaan moral kepada anggota TLDM kerana di buat dan dilayan seperti mereka ini kurang mampu dan mengharapkan bantuan dari UBN.

Cara bagaimana barangan ini yang hanya ditinggalkan dikaki hadapan pintu Kuaters itu juga dianggap sebagai satu tindakan yang memalukan dan kurang sopan.

IA juga boleh dinyatakan dan dianggap sebagai RASUAH POLITIK yang cuba di berikan oleh pihak UBN kepada mereka memandangkan Pilihanraya yang lepas Zambry yang bertanding untuk kerusi Dun Pangkor menang dengan undi POS dari anggota TLDM yang ada dan juga berkemungkinan untuk cuba MEMBELI undi bagi menghadapi pilihanraya Negeri yang akan tiba pada bila-bila masa sahaja.Barangan yang ditinggalkan juga disifatkan sebagai tiada keikhlasan kerana ada darinya telah terbuka dari bungkusan terlebih dahulu.

Dibawah ini sya nyatakan jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan bagi agenda ini..:

Anggaran kos setiap rumah dianggarkan sebanyak RM 70.00

Anggaran keseluruhan mengikut jumlah Blok adalah seperti berikut :
Blok A : RM 70.00 x 100 pintu x 39 Blok = RM 273,000.00
Blok B & C : RM 70.00 x 6 pintu x 35 Blok = RM 14,700.00
Banglo Pegawai Kanan TLDM : RM 70.00 x 30 Blok = RM 2,100.00
Kos Keseluruhan dianggarkan sebanyak RM 289,800.00

Tarikh pengagihan ini ialah pada 5 & 6 September 2009 sekitar jam 2200 hingga 0100 pagi.Disini juga timbul satu persoalan mengapa ia diberikan pada waktu ketika semua penghuni Blok ini sedang tidur dan mengapa waktu malam menjadi pilihan dan juga SIAPA yang ditugaskan untuk menghantarnya?

Sepatutnya pengagihan ini tidak perlu diberikan kepada anggota TLDM memandangkan mereka mempunya gaji dan pendapatan yang tetap.Seharusnya ia diberikan kepada Rakyat yang lebih memerlukan yang mana lebih ramai lagi RAKYAT yang perlu DIDAHULUKAN oleh UBN...!! Ada hanya segelintir sahaja penduduk dikawasan Kg berhampiran yang menerima Bantuan dan yang lain hanya diabaikan.

Jika benar Zambry nak bagi sumbangan pada agensi kerajaan yang ada kenapa hanya TLDM sahaja? Adakah kerana nak MENGUTAMAKAN undinya disana maka RAKYAT yang perlu DIDAHULUKAN kini DIABAIKAN..!!!


Keseluruhan kos yang digunakan duit siapa agak-agaknya..???

Sumber: http://anakcucunabiadam.blogspot.com/

Baca Seterusnya...

Friday 18 September 2009

:: Menteri Besar Perak

Friday, September 18, 2009

MENJELANG SHAWAL...DATO GHAZALI JAWI


Menteri Besar kali pertama

Tunku Abdul Rahman telah melantik beliau sebagai Menteri Besar Perak setelah Tunku berkrisis dengan Menteri Besar Perak Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab. Tunku Abdul Rahman memang tidak berapa sehaluan dengan Abdul Wahab sejak sama-sama belajar di London lagi.

Ghazali Jawi yang pulang dari Mesir telah dilantik sebagai Senator. Dia dilantik untuk jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Sentiausaha Agung UMNO. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1964, Ghazali Jawi bertanding di Parlimen Kuala Kangsar dan dilantik Menteri Tanah dan Galian. Kemudian memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Semasa menjadi Menteri Besar, beliau dikatakan pernah ditangkap oleh polis kerana rasuah pada 1960 . Kes itu tergantung atau dibuang tetapi Raja / Sultan Idris Shah selaku Raja di Hilir tidak berkenan kepadanya. Beliau telah dihantar menjadi Duta di Mesir. UMNO Perak terbahagi dua iaitu golongan menyokong Ghazali Jawi dan golongan yang menyokong Haji Kamaruddin Md Isa.Antara yang menyokong Kamarudin Md Isa ialah ketua pemuda UMNO Perak, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

Penyokong Ghazali Jawi termasuklah Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri dan Tun Abdul Razak sendiri. (Tan Sri) Ishak Tadin selaku pegawai kerajaan negeri telah dihantar oleh Tun Abdul Razak memujuk Sultan Idris Shah agar menerima Ghazali Jawi untuk tempoh 2 tahun sahaja.

Menteri Besar kali kedua

Setelah mendengar nasihat Ishak Tadin, akhirnya Sultan setuju melantik Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak kali kedua pada 4 September 1974. Majlis angkat sumpah diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan.Pada tahun 1976, Sultan mahu janji 2 tahun ditunaikan. Tetapi Ghazali Jawi terus memegang jawatan Menteri Besar Perak sehingga 1977. Sultan enggan menandatangani sebarang keputusan mesyuarat Exco negeri Perak.Rancangan pembangunan tanah di Perak tergendala beberapa ketika sedangkan urusan tanah melibatkan kerajaan negeri.

Pemuda UMNO mengadakan rapat umum mempertahankan tindakan Ghazali Jawi. Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan Ghazali Jawi berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden Umno memandangkan Ghazali Jawi merupakah seorang ahli UMNO.

Di Pulau Pangkor, Sultan Idris masih murka dan bernazar tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB dan untuk beberapa ketika baginda tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjambang sebagai menzahirkan kemurkaan baginda. Ghazali meletakkan jawatan hanya setelah dinasihati oleh Presiden UMNO ketika itu iaitu Tun Hussein Onn pada 1977. Surat perletakan jawatan dihantar kepada sultan.[1] Dato Sri Wan Mohamed Wan Teh telah mendapat perkenan Sultan untuk menjadi Menteri Besar.

sumber: wikipedia

Semoga Roh Allahyarham ditempatkan di dalam golongan orang-orang berIman..


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Perak
1 Ogos 1957 - 16 April 1960 (kali pertama)
Penyandang Kemudian
Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz Shaari bin Shafie


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Perak
4 Sep 1974 - 1 Okt 1977 (kali ke-2)
Penyandang Kemudian
Kamaruddin bin Mohd Isa Wan Mohamed bin Wan Teh

:: Ron95 vs Ron97

September 7, 2009

Adakah Anda Sudah Mengisi Minyak "Murah" Anda Selepas 1 September?

Lupakan seketika mengenai pegangan politik dan fikirkan diri kita dari sudut yang paling rendah tetapi paling berkuasa, maksud aku, kita sebagai rakyat. Kita sudah sedia maklum mengenai kenaikan harga minyak yang cuba ditutup oleh kerajaan kita. Kepada sesiapa yang masih belum paham mengenai kenapa aku kata minyak naik, fahami ini :

1. Kerajaan memperkenalkan satu gred minyak baru iaitu minyak Ron95 yang mempunyai kualiti gred rendah sedikit berbanding minyak "normal" sebelum ini iaitu Ron97.

2. Minyak Ron95 diperkenalkan dengan sebab untuk menjadi alternatif murah kepada rakyat. Tetapi...harganya naik 5 sen berbanding minyak Ron97 yang digunapakai sebelum ini. Alternatif murah, harga naik pulak. Satu liter Rm1.80.

3. Minyak Ron97 dinaikkan taraf sebagai minyak premium dengan harga Rm2.05 satu liter. Apa yang premium nya jika sebelum ini kita lebih gemar mengisi minyak Ron97,kan?

Jadi, aku sure ramai yang tak sedar lagi pasal ini. Sebab banyak confusion yang terhasil. Sekarang ini, jika anda mengisi minyak menggunakan berwarna kuning, anda mengisi minyak Ron95. Jika anda mengisi minyak menggunakan pam hijau, anda mengisi minyak Ron97. Tetapi sedarkah anda, anda sedang membayar harga yang lebih 5 sen berbanding sebelum ini untuk minyak yang grednya lebih rendah berbanding yang digunakan selama ini?

Apa risikonya RON95 kepada kereta anda?

Kita ambik contoh kereta Proton. Kebanyakan kereta Proton disarankan menggunakan Ron97 untuk kereta dan ini termaktub dalam manual Proton, TETAPI Proton sendiri menjelaskan kebanyakan model2 lama seperti Iswara, Wira dan Satria yang tidak menggunakan Fuel Injection System (masih bergantung dengan karburetor) akan mengalami "engine knocking" akibat daripada kesan penggunaan minyak Ron95. Kebanyakan kereta diengineer supaya mampu menggunakan RON88 atau paling minimum Ron92 (minyak merah sebelum ni).

Jadi, jika anda dengar bunyi enjin kereta/motor anda kasar selepas menggunakan ROn95, besar kemungkinan minyak bergred 95 itulah penyebabnya. Jadi, anda tidak ada pilihan lain jika anda ingin memastikan kesihatan enjin anda terbela. Sila gunakan Minyak pam hijau Ron97 dengan bayaran Rm2.05 seliter. Bayar lah lebih sket,ya?

Tak puas hati sebab kenapa anda kena bayar lebih?
Tanya lah dekat kerajaan.

Yang paling menyedihkan, kita mengeluarkan duit yang lebih 5 sen untuk membeli sesuatu yang lebih rendah nilainya berbanding sebelum ini.

Pengiraan secara mudah :

Harga Sebelum 1 Sept 2009
Full tank 40 liter
Ron97 = RM70.00 (1 liter Rm1.75)

Harga Selepas 1 Sept 2009
Full tank 40 liter
Ron97 = Rm82.00 (1 liter Rm2.05)
Ron95 = Rm72.00 (1 liter Rm1.80)

Jadi,tengok sila rujuk manual kereta untuk menyemak sama ada kereta anda sesuai atau tidak untuk minyak 95 atau anda adalah antara golongan yang tidak bernasib baik terpaksa membeli minyak 97 dengan harga yang lebih tinggi. Aku? Aku takde problem. Motor aku motor tua.Teknologi Jepun yang terbukti kebal.

1MALAYSIA, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Bacaan Lanjut
Paul Tan Enquiry to Proton
Repons Pengguna Minyak Ron95


20 komen

:: Perbicaraan dilengahkan ?

Siapa yang sebenarnya melengahkan perbicaraan Anwar?

Usaha pihak pendakwaan (DPP) melengah-lengahkan kes pendakwaan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tindakan yang zalim. Sewaktu Anwar dituduh di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Puan Komathy, pihak pembelaan dan Mahkamah telah siap bersedia untuk perbicaraan. Namun pihak pendakwa mengemukakan sijil di bawah S. 418A, bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi atas alasan yang remeh.

Pihak DPP memberi dalih bodoh, kononnya Anwar adalah seorang yang berprofil tinggi, atas tujuan menjaga keselamatan awam (sedangkan kedua-dua Mahkamah terletak di Kompleks Mahkamah Jalan Duta) serta kes ini melibatkan isu-isu teknikal seperti DNA. Meskipun, yang hendak dijaga hanyalah keselamatan kerajaan Barisan Nasional dan undang-undang tidak pernah memberikan layanan yang berbeza atas dasar profil individu. Tambahan pula, Mahkamah Sesyen lebih berpengalaman dalam mengendalikan hal-hal teknikal. Misalnya sebahagian besar kes-kes melibatkan jenayah seksual didengar di Mahkamah Sesyen dan bukan di Mahkamah Tinggi.

Keputusan DPP untuk memindahkan kes ini datang dari Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, orang yang terlibat dalam konspirasi kes pendakwaan terdahulu. Malah Gani Patail juga berdepan dengan tuduhan jenayah memalsukan keterangan. Hal ini diperakui oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim merangkap pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar 1998. Gani Patail telah memalsukan keterangan untuk menutup insiden mata lebam Anwar. Cukup jelas tujuan perpindahan mahkamah ini berniat jahat.

Sudah tentu Anwar akan mengarahkan peguam-peguam beliau untuk mendapat satu perbicaraan yang lebih adil dan membuat permohonan membatalkan sijil S.418A.

Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Komathy telah bersetuju dengan hujahan pembelaan ini. Beliau telah membuat perintah mahkamah menolak keabsahan Sijil S.418A . Ini kerana ia ditandatangani oleh Tan Sri Gani Patail, orang yang tidak harus terlibat dalam pendakwaan ini.

Tindakan pihak pendakwaan merayu kepada Mahkamah tinggi menunjukkan pihak mereka cuba melengah-lengahkan kes ini.

Kemudiannya, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan hanya Peguam Negara yang berkuasa menandatangani sijil S.418A . Anwar dan pasukan peguam beliau terpaksa menerima keputusan dan hadir ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh bicara dan sekali lagi kedua-dua pihak telah bersetuju dengan tarikh-tarikh tersebut.

Walaubagaimanapun pihak DPP telah dengan sengaja melengah-lengahkan penyerahan dokumen-dokumen kepada pihak pembelaan.

Penyerahan dokumen menjadi wajib dibawah prosedur Kanun Keseksaan. Tetapi pihak DPP hanya menghantar sebahagian dokumen saja. Malah pihak pembelaan telah menulis beberapa kali kepada pihak Pendakwaan untuk menyerahkan kesemua dokumen yang perlu. Namun mereka enggan berbuat demikian.

Motif tindakan tidak profesional pihak pendakwaan ini cukup diragui. Anwar tidak harus duduk diam tanpa jaminan hak beliau untuk mendapatkan satu perbicaraan yang adil dicabar.

Justeru menjadi amat wajar, bilamana para peguam Anwar terpaksa memohon kepada Mahkamah untuk tidak menyerahkan kesemua dokumen yang perlu bagi penyediaan pembelaan. Ini adalah tindakan yang waras dilakukan oleh mana-mana tertuduh untuk menjamin keadilannya.

Apabila permohonan penyerahan dokumen ditetapkan untuk pendengaran, Peguam Kanan Tuan Haji Sulaiman yang mengetuai pasukan peguam Anwar menarik diri kerana beliau telah jatuh sakit. Beliau dimasukkan ke hospital. Tetapi Hakim tidak membenarkan Anwar menangguhkan kes untuk mendapatkan Peguam Kanan yang baru. Ketua Pendakwaan, Datuk Yusof Zainal Abiden sendiri telah mengesahkan dengan Hospital Kuala Lumpur bahawa Tuan Hj Sulaiman memang sakit.

Menuduh Tuan Hj Sulaiman dengan sengaja menarik diri merupakan suatu fitnah yang kejam dan zalim kerana beliau telah dirawat diwad hospital selama 2 minggu!
Para peguam dalam pasuan pembelaan tanpa melengahkan masa terpaksa meneruskan permohonan tersebut.

Menjadi kebiasaan, selalunya Mahkamah akan membenarkan penangguhan kepada pembelaan atas sebab yang munasabah seperti Peguam sakit. Anehnya, Anwar mendapat layanan yang berbeza.

Hakim Mahkamah Tinggi pula bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan dan memerintahkan pihak pendakwa untuk menyerahkan dokumen yang dipohon. Tetapi pihak Pendakwa enggan berbuat demikian. Malah pihak DPP membuat rayuan memohon untuk menggantung keputusan Mahkamah sehingga selesai keputusan di Mahkamah Rayuan. Kini Rayuan bakal didengar pada 23 Oktober 2009. Bahawasanya, pihak pendakwaanlah yang menangguhkan perbicaraan.

Keengganan pihak pendakwa menyerahkan dokumen-dokumen kepada pembelaan menunjukkan ada sesuatu perkara yang ditakuti dan ingin disembunyikan.

Pihak pendakwaan tidak menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembelaan. Walhal, menjadi suatu amalan biasa di dalam mana-mana kes perbicaraan jenayah yang lain. Anwar Ibrahim tidak harus duduk diam dan menunggu sehingga satu lagi sabitan dibuat terhadap beliau. Pertuduhan ini hanyalah ulang tayang peristiwa dan konspirasi paling jahat ke atas beliau.

Di sini mari kita perhatikan individu-individu yang jelas mempunyai motif politik dalam membuat fitnah yang kononnya Anwar melengah-lengah kes ini :-

- Peguam Hasnal Rezua Marican sebenarnya telah memberi pandangan tidak profesional kepada Utusan dengan hasad prasangka keji terhadap Anwar. Hasnal, bekas ketua pemuda Umno Selayang, merupakan seorang ahli UMNO yang setia aktif. Hasnal sendiri pernah meminta penangguhan bagi pihak anakguam-anakguam beliau bagi kes-kes yang diwakili beliau. Beliau juga merupakan peguam bagi Ezam yang telah beberapa kali memohon penangguhan bagi kes-kes perhimpunan haram Ezam dari Mahkamah. Kes-kes tersebut ditangguh selama 10 tahun!

- Tan Sri Abu Zahar Ujang, Presiden Persatuan Peguam Muslim, merangkap Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) – kedua-dua Persatuan yang pro-UMNO dan anti-Anwar ini tidak memberi pandangan secara waras tapi penuh dengan syak wasangka dan tidak adil. Peliknya Presiden persatuan-persatuan ini tidak pula mempersoalkan kelewatan pertuduhan Qazaf terhadap Saiful di Mahkamah Syariah. Sehingga ke hari ini, ia langsung tidak dipedulikan. Mereka tidak mempercayai proses perundangan Syariah di Malaysia yang membenarkan Anwar membuat aduan fitnah di Mahkamah Syarie. Tan Sri Abu Zahar Ujang juga adalah ahli Lembaga Disiplin UMNO dan merupakan bekas calon UMNO.

- Lokman Noor Adam dan Roslan Kassim, bekas ahli PKR yang membelot daripada perjuangan reformasi. Kedua mereka menghadapi pertuduhan menyertai perhimpunan haram di Mahkamah Majistret. Mereka paling kerap tidak hadir ke Mahkamah tanpa alasan yang munasabah. Malah mereka selalu meminta penangguhan. Mereka tergolong dalam kelompok orang yang pernah keluar UMNO lantas merangkak balik kepada UMNO dan menyalak kerana duit!

- Chandra Muzaffar, seorang yang menyamar menjadi kononnya intelektual, bermuka-muka dan bersifat lalang. Komen-komen beliau hanya menjurus kepada satu tujuan khusus untuk menyerang Anwar, dengan mendapat imbuhan lumayan, seperti kurniaan jawatan pengerusi penaung Yayasan 1 Malaysia.

Akhirnya ulasan Profesor Salleh Buang, seorang pakar perundangan dibuat sembarangan tanpa hati-hati meneliti fakta. Beliau ikut menuduh Anwar membuat helah melengah-lengahkan kes dengan membuat permohonan ala peguam-peguam di Amerika. Undang-undang di Malaysia sendiri membenarkan mana-mana tertuduh membuat pelbagai permohonan untuk menjamin hak beliau. Tidak perlulah merujuk kepada Amerika bagi tujuan ini. Misalan, permohonan mendapatkan dokumen sangat jelas dan termaktub di dalam Kanun Prosedur Jenayah, iaitu Seksyen 5, 51, 51A. Perlembagaan Persekutuan menjamin seseorang tertuduh itu berhak mendapat perbicaraan yang adil.

Biarpun tidak ada bukti jolokan (penetrasi) langsung ke dalam dubur Saiful, (dan ini berdasarkan sekurang-kurangnya laporan 4 doktor termasuk 3 dari HKL!) – suatu elemen wajib yang harus wujud untuk mendakwa kesalahan, pihak DPP tetap meneruskan kes ini. Sepatutnya kes ini wajib dibuang saja. Pihak yang dituduh wajib menikmati hak untuk mendapatkan kesemua dokumen bagi penyediaan pembelaan.

Akhbar Utusan sebagai lidah UMNO tambah mengapi-apikan fitnah kononnya Anwar sengaja melengahkan kes pertuduhan. Hakikatnya pertuduhan ini adalah suatu konspirasi jahat untuk memastikan Anwar merengkok semula ke dalam penjara Sungai Buloh. Malah Utusan dalam laporan bertarikh 8 September 2009 memanipulasikan kenyataan Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Md. Ismail. Kedua-dua mereka hanya memberi pandangan umum berkenaan proses Mahkamah yang adil sebagaimana termakutub dalam Perlembagaan Persekutuan serta Mahkamah tidak akan menangguh tanpa alasan. Mereka langsung tidak menyentuh kes Anwar dan tidak memberi apa-apa komen terhadap kes beliau.

Kita sedang menyaksikan, sekali lagi peristiwa konspirasi jahat untuk menjatuhkan Anwar yang menjadi ancaman terhadap kerakusan kuasa kerajaan Barisan Nasional!

17 September 2009

Tagged as: , ,

:: Bangang ?

Friday, 18 September 2009

19 Orang Bangang

Antara ciri-ciri orang yang tak cerdik @ bangang ialah:

1) Malas puasa tapi nak raya macam orang lain.

2) Malas solat tapi nak dapat ganjaran syurga juga.

4) Malas berjuang untuk agama Allah tapi bila mencapai kemenangan dia dulu yang minta habuan

5)Suka buat amalan ahli neraka seperti tak solat,minum arak,berjudi,berzina,rasuah,pecah amanah,makan duit anak yatim, tapi bila dikatakan bakal ahli Neraka dia melenting

6)Tidak suka memberi tapi selalu mengharapkan pemberian orang

7)Selalu mengeluh"kenapalah hidup aku susah" tapi tidak berbuat apa-apa untuk memperbaki
hidupnya.

8)Setiap hari memohon dijauhkan dari azab Allah tapi lepas tu selamba je buat dosa

8)Dia menganggap dosa-dosanya hanya sebesar lalat tetapi tanpa dia sedari sebenarnya dosa- dosanya sebesar gunung.

9)Suka melaga-lagakan orang

10)Selalu berlebih-lebihan apabila bertengkar

11)Suka bercakap perkataan kesat

12)Tidak menghormati orang yang lebih tua,guru,atau alim ulama'

13)Menganggap hanya pendapat dia saja yang betul orang lain semua salah

14)Sombong dengan harta,ilmu atau pangkat yang ada padanya sedangkan semua itu pemberian Allah bukan miliknya.

15)Sanggup menjatuhkan orang lain untuk kepentingan diri

16)Menyalahgunakan segala kemudahan,pangkat,harta,pengaruh atau apa saja untuk kepentingan diri.

17)Mengamalkan prinsip,Biarlah orang lain susah asalkan aku senang.

18)Sanggup menggadaikan agama dengan harta benda dunia

19)Tidak pernah menyumbangkan apa-apa pada orang lain,tapi selalu mengharapkan pertolongan orang apabila ditimpa kesusahan

-ijoks2009-
Sekadar peringatan bersama,Semoga kita tidak termasuk dalam salah satu golongan tersebut
Wasalam...

:: Anak raja bergaduh?

Nizar: Cerita Anak Raja Gaduh Pun Nak Kecoh...

Daripada letak gambar kerabat raja,
lebih baik layan gambar mata Puteri ni,
sejuk mata memandang.


Raja-Raja Melayu dulu ada Daulat asalnya dari seorang Panglima, Alim-Ulamak atau La**** dan seorang Pemerintah yang bijaksana. Menjadi penaung kepada Rakyat, tempat mengadu hal dan masalah.

Anak Raja sekarang pulak, sudahlah hidup bermewah-mewah, makan tanggung berak cangkung, sekarang ni bergaduh sampai masuk mahkamah dan saman menyaman pun nak kecuh masuk suratkhabar.

Tak ada manfaatnya kisah Anak Raja bergaduh ni kepada rakyat, tak ada faedahnya..., diorang dah tetap kaya dengan cara kehidupan kebaratan dan senang lenang.

So..., mampuih pi la kat depa, toksah buat menyemak dalam suratkhabar dan media.

Isa: Raja adil Raja Di Hormati, Raja Gopal boleh blah...

:: Proton murah di luar negara ?

Monday, September 14, 2009

1Malaysia Kena Tipu Dek Proton...

Kenapa Proton tak jual harga macam dekat Arab Saudi..?

Apa istimewanya orang Arab?

Kata "Rakyat didahulukan" … Kenapa orang Arab lebih diutamakan? Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu... Hahaha...

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100

Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600

Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94


Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje


Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje

Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje…


Tu dah siap masuk tambang kapal pulak tu…

Haaaa… Ini baru harga Proton…
Kalau aku tunjuk harga kereta bukan Proton,
ada yang sakit jantung nanti…

"1Malaysia - Rakyat DiHULUkan, KeUNTUNGan DiuTAMAKkan..!"

118 comments ShareTh

:: Tauke arak

Monday, September 14, 2009

Tokey Beer adalah anak Tokoh UMNO

Anak sulong kepada Tun Mahathir Mohamad, Mirzan Mahathir telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah San Miguel Corp, sebuat syarikat gergasi pengeluar minuman yang diHARAMkan bagi penganut agama Islam

Arak adalah HARAM di sisi Islam. Minuman inilah yang diperdagangkan oleh syarikat kepunyaan anak Mahathir, bekas presiden umno masih menjadi pujaan para pemimpin UMNO.

KUALA LUMPUR, Sept 10 — Mirzan Mahathir, the eldest son of Tun Dr Mahathir Mohamad was recently appointed to the board of San Miguel Corp, the biggest food and beverage conglomerate in the Philippines and the owner of San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Corp told the Philippines stock exchange last week about Mirzan’s appointment which is to represent the interests of Q-Tech Alliance Holdings Inc on the board.

Q-Tech, a Manila-based investment company in which Mirzan has a stake in, recently acquired a 19.9 per cent share in San Miguel Corp for 39.61 billion pesos (RM2.9 billion).

It bought the stake from Japan’s Kirin Holdings, which used the funds to help finance the acquisition of a 43 per cent stake in San Miguel Brewery Inc.

With this latest corporate exercise, San Miguel Corp still maintains a 51 per cent stake in San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Brewery controls 95 per cent of the Philippine beer market. The company has made San Miguel Beer for more than a century. The beer is brewed in the Philippines, China, Indonesia, Vietnam, Thailand and Malaysia, and is sold in 60 markets worldwide, according to the company’s Web site.

San Miguel Corp has been selling its food and beverage assets since 2007 to expand into the mining, infrastructure and property industries.

Mirzan’s involvement in the deal, while a sound investment decision, has raised some eyebrows among Malaysia’s conservative Muslim community.

Since news of Q-Tech’s acquisition of San Miguel Corp shares began circulating here, a number of news blogs have used it to attack Dr Mahathir’s Muslim credentials.

Mirzan’s corporate forays have not been without controversy.

He once controlled Konsortium Perkapalan Bhd when Dr Mahathir was prime minister, but was forced to sell its shipping assets to Malaysia International Shipping Corporation (MISC), in what critics said then was a bailout.

:: Raja Melayu bergaduh?

Thursday, September 17, 2009

Perangai Buruk Raja Melayu

KUALA LUMPUR: Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar tengah hari Rabu menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim yang didakwa menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.

"Selepas 11 bulan, Raja Muda Johor dan pengawal peribadinya belum lagi didakwa di mahkamah untuk menghadapi tuduhan mencederakan saya dengan sepucuk pistol.

"Mereka juga belum didakwa menculik dan menahan tanpa kerelaan saya," katanya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja'afar.

Tunku Dara Naquiah adalah puteri kepada Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kedua-dua Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Abdul Rahman juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Abdul Rahman adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan potret baginda menghiasi kesemua mata wang kertas negara.

Isu berhubung insiden ini hanya muncul sekarang kerana difahamkan kedua-dua belah pihak cuba menyelesaikannya melalui peguam masing-masing.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 26 Oktober 2008 dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau kecewa kerana selepas laporan polis dibuat, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga ke hari ini.

"Apa yang boleh saya simpulkan ialah tiadanya tindakan diambil untuk mendakwa pihak yang telah mencedera dan menahan saya tanpa kerelaan. Polis pernah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara adil tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Saya juga dijamin semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang dan penyerangnya akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dakwaan. Bagaimanapun, saya telah dan terkejut tiada apa-apa tindakan diambil sehinggalah ke saat ini," katanya.

Mengulas lanjut, Tuanku Nadzimuddin memberitahu, beliau berada di Kelab Heritage Mansion dengan teman wanitanya (kini telah pun menjadi isterinya) untuk menemui kawan-kawan mereka.

Menurutnya, ketika berada di situ, kawan-kawannya telah diserang oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka adalah pengawal peribadi Raja Muda Johor.

"Dua kawan saya cedera. Pengawal kelab menghentikan serangan tersebut. Kami beredar meninggalkan kelab tersebut. Saya dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenali mendakwa Raja Muda Johor ingin berjumpa dengan saya di Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail untuk meminta maaf.

"Saya bersama dengan teman wanita dan kawan-kawan saya termasuk yang cedera pergi ke situ," ujarnya.

Tuanku Nadzimuddin berkata, mereka tunggu di lobi hotel tersebut sebelum beliau diculik di lif hotel Crowne Plaza Mutiara dan diacukan dengan pistol.

"Apabila berada dalam lif, Raja Muda Johor telah memukul saya di muka dan kepala dengan sepucuk pistol. Raja Muda Johor juga menghalakan pistol itu ke kepala saya. Kawan saya yang berada di lif pula dipukul sehingga pengsan.

"Apabila lif itu berhenti di tingkat 25, kami dipaksa memasuki sebuah bilik. Saya melihat kawan saya itu ditarik masuk ke satu bilik dan dibiarkan pengsan di atas lantai," katanya.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, mereka ditawan di dalam bilik tersebut oleh pengawal-pengawal pribadi Raja Muda Johor sehinggalah bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar ditemani ayahanda saudaranya, Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tunku Jaa'far menyelamatkan mereka bersama empat pegawai polis.

Ketika 'gerakan menyelamat' itu dilakukan, Tuanku Nadzimuddin berkata, Raja Muda Johor telah pun meninggalkan hotel berkenaan.
Sumber - Mstar

Thursday 17 September 2009

:: Malaysia wujud pada 1937 ?

Malaysia wujud pada September 1937

Sep 13th, 2009 | By webmaster | Category: Rahmat Haron, Team PerakExpress

Rahmat Haron

Sejarah merupakan suatu bidang ilmu pengetahuan yang mendidik kita untuk belajar dari masa lalu. Mengulangi kesilapan masa lalu atau mengelakkannya, membuat kesalahan yang baru atau melahirkan kebenaran. Segalanya tergantung kepada kita, sejauh mana kita mendalami sejarah, menggali, mengkaji serta membanding-bandingkan sumbernya.

m1Tarikh 16 September nanti, dimaknakan kita sebagai mengingati harapan suatu pembaharuan dan pencerahan dalam pemerintahan Malaysia. Harapan yang menjadi gagasan betapa Malaysia perlu berubah menjadi lebih demokratik, kehakiman bebas, pilihanraya bersih, rasuah dihapus, adil tanpa kezaliman, bahagia alam dijaga, rakyat damai hidup bersama dan hak-hak asasi setiap warganya dihargai.

Malaysia yang ada hari ini, tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebuah projek kolonial Inggeris dan Amerika Syarikat (A.S). Jika United Malay National Organization alat penjajah Inggeris, maka suka atau tidak, Malaysia yang ada pada hari ini memang merupakan gagasan asing penjajahan bentuk baru empayar Amerika Syarikat untuk menggantikan empayar Inggeris pada awal abad ke 20.

Malaysia adalah hasrat Nusantara Melayu Raya yang gagal untuk menjadi kenyataan. Malaysia juga adalah Singapura dan Pulau Batu Puteh yang terlepas ke tangan PAP dan Lee Kuan Yew. Pada tarikh 16 September 1963 itu, Malaysia adalah Brunei yang gagal dijajah dengan cara baru oleh A.S, sebaliknya memilih kekal di bawah naungan Inggeris sehinggalah merdeka pada tahun 1984.

Penubuhan Malaysia adalah penindasan terhadap Parti Buruh dan Parti Rakyat (Barisan Sosialis) di Singapura serta Tanah Melayu (atau dirujuk Inggeris sebagai Malaya). Biarpun Barisan Sosialis memenangi Pilihanraya Majlis Tempatan untuk memilih ahli Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun 1964.

Namun, itulah kali terakhir pilihanraya majlis tempatan diadakan, sebelum diharamkan kerajaan gerombolan Umno-Perikatan, pada tahun yang sama. Hampir kesemua Ahli Parlimen dan Adun Barisan Sosialis yang dipilih rakyat di tahan dibawah ISA. Malah ketua-ketua cawangan Parti Buruh dan ranting Parti Rakyat juga turut ditahan.

Negara pada waktu itu melakukan keganasan terhadap warganya dengan sewenang-wenangnya atas nama keselamatan dalam negeri. Waktu itu, tidak ada internet, tidak ada faks, tidak ada sms, tidak ada telefon bimbit. Jadi masyarakat dapat ditakut-takutkan dengan mudah kerana maklumat disekat dan pembohongan disebar luaskan pemerintah.

m2Sepanjang tahun-tahun 60 an dan 70an, ribuan pimpinan dan anggota Barisan Sosialis ditahan tanpa bicara dibawah ISA, atas alasan komunis. Saya berpeluang mengenali seorang insan yang merengkok selama lapan tahun dalam tahanan tanpa bicara ISA itu. Sewaktu dia ditahan, dia masih lagi seorang kanak-kanak berumur 14 tahun. Namanya Chong Ton Sin. Bayangkan, seorang kanak-kanak bawah umur itu membesar dan menghabiskan keseluruhan usia mudanya dibalik tembok dan jeriji besi kem tahanan tanpa bicara.

Di Singapura misalnya, Said Zahari ditahan tanpa bicara oleh Lee Kuan Yew selama 17 tahun, hanya setelah beberapa jam di lantik sebagai Ketua Umum Parti Rakyat Singapura. Tokoh-tokoh kiri Singapura seperti Said Zahari dan Lim Chin Siong beranggapan, “Singapura dari segi sejarahnya sudah menjadi sebahagian dari Tanah Melayu, maka tidak timbul soal Singapura masuk Malaysia.” Begitu juga orang seperti Presiden Pas, Dr. Burhanudin Al-Helmy yang ditahan kerana menolak gagasan Malaysia sebagai projek penjajahan bentuk baru (sering disebut neo-kolonialisme) oleh pemenang perang dunia ke-2, empayar baru Amerika Syarikat.

Berbalik kepada penubuhan Malaysia, ia merupakan perancangan licik kejam agen perisikan Amerika Syarikat C.I.A bersama Jenderal Suharto, untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden Sukarno. Bermula dengan konfrontasi Malaysia - Indonesia, ia berakhir dengan pembunuhan beramai-ramai (genocide) hampir satu juta nyawa rakyat Indonesia dalam suatu rampasan kuasa berdarah Jenderal Suharto, pada tahun 1965-66 atas alasan memerangi ‘komunisme’.

Malaysia penting untuk membuktikan teori domino, suatu teori bodoh yang mengkhayalkan setelah Vietnam menjadi negara komunis, satu demi satu negara-negara Asia Tenggara akan menjadi negara komunis. Teori yang dikritik kewajaran ilmiah dan kewarasannya dalam buku Meniti Lautan Gelora, tulisan Said Zahari, bekas pengarang akhbar Utusan Melayu itu.m3

Kini di zaman langit maklumat dan pengetahuan terbuka luas, di abad ke 21 ini, kita semua telah tahu bahawa lagu Negaraku adalah irama Memula Moon. Atau bendera Jalur Gemilang merupakan ciplakan dari bendera Amerika Syarikat. Negara Liberia juga berkongsi jalur bendera yang sama seperti kita. Ini kerana Liberia merupakan negara yang dibentuk A.S buat bekas-bekas hamba abdi yang ingin pulang ke benua itu.

Malaysia sebagai hasrat A.S juga dapat kita rujuk pada buku ilmiah, “Malaysia: a study in direct and indirect rules,” karangan Rupert Emerson, profesor dari Universiti Havard merangkap penasihat dasar luar A.S. Buku yang terbit pada tahun 1937, dengan nada simpati dan kununnya mengkritik pentadbiran Inggeris itu, menjadi bukti betapa Malaysia, hanyalah gagasan asing tanpa akar tuntutan kemerdekaan masyarakat di sini.

Tahun 1937, kala rakyat di Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura belum lagi mengenal kata Malaysia. Di kala wilayahnya hanya dikenal sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu, Negeri-negeri Selat, Borneo - Sabah, Sarawak dan Brunei. Pada tahun 1937, kata Malaysia hanya di kenal, disebut, dibincang hanya dikalangan pemikir, pembuat dasar dan intelektual Amerika Syarikat saja.

Bagi Kesatuan Melayu Muda, pertubuhan politik yang pertama memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, mereka menngemukakan gagasan Melayu Raya. Memanglah Malaysia yang dihasratkan A.S itu masih tetap merupakan negara yang merdeka dari penjajahan Inggeris. Tetapi, ianya ibarat keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

m4Kita telah hidup terlalu lama dalam penjajahan, apapun bentuknya. Kita tidak boleh balik ke masa lalu. Kita boleh memilih pada hari ini, menjernihkan fikiran untuk bebas merdeka daripada penjajahan United Malay National Organization. Kita perlu belajar menjadi Malaysia yang baru dari semua kegagalannya.

Belajarlah dari sejarah, sila baca, rujuk, cari dan kaji buku dan dokumen penting ini:

  1. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rules. Rupert Emerson. Terbitan Macmillan, New York, tahun 1937.

  2. Meniti Lautan Gelora, memoir politik Said Zahari. Terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, Utusan Publications & Distributors , 2001

  3. Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office Washington, 2001. (klik capaian http://www.state.gov/r/pa/ho/frus/johnsonlb/xxvi/)

Tags: