Oleh: Labu Labi
Kali ini aku nak sentuh sikit soal Chin Peng. Bukan aku nak menyokong Chin Peng atau Komunis. Aku pun benci dengan Komunis, kerana Islam tetap Islam. Tapi aku nak berkongsi pendapat dengan pembaca semua.
Sebelum kita bercakap soal Chin Peng dan Komunis, mari kita lihat sejarah awal Malaysia. Yang nama asalnya Tanah Melayu atau dikenali oleh British sebagai Malaya.
Sebelum dari apa yang disebut sebagai merdeka, oleh kita, Tanah Melayu sememang nya telah mendeka. Tetapi kemudiannya dijajah oleh pelbagai bangsa. Ini semua orang tau. Selama beratus tahun dijajah dan dimamah hasil bumi dan keringat penduduk tempatan Tanah Melayu.
Siapa kah yang terjajah sebenarnya. Adakah rakyat negara ini atau pemimpinnya. Sekali imbas, seperti keseluruhan sistem dijajah. Tetapi sekiranya kita meneliti dengan lebeh teliti, kita akan dapati, yang terjajah sebenarnya, adalah mereka yang digelar pejuang dan rakyat bawahan.
Ketika Portugis datang, siapakah yang memerintah, nampak macam portugis. Kemudiannya, bila datang British, nampak macam British yang memerintah. Kemudiannya, bila Jepun pulak datang, serupa juga. Bila yang terakhirnya British sekali lagi datang, kita dapat melihat keadaan yang sama. Itu secara mata kasar, dan secara tersurat.
Apa sebenarnya berlaku, disebalik yang tersurat itu ?
Mari kita teliti dengan lebeh mendalam sikit. Tak perlu dikupas secara ilmiah. Cukup dengan congakan bodoh kita.
Ketika semua yang kita sebut sebagai penjajah itu datang, adakah mereka sebenarnya yang berkuasa ? Maksudnya secara mutlak.
Tidak. Mereka hanya berkuasa di peringkat atasan. Mereka tidak menjadikan negara ini negara mereka. Mereka hanya menguasai tempat tempat penting, serta menentukan dari segi dasarnya sahaja.
Sebelum dari itu, adakah mereka ini faham, dengan mendalam selok belok negara ini ?
Tidak, mereka hanya tahu di beberapa kawasan tertentu sahaja, sekadar cukup untuk mereka menyerang dan mentadbir sahaja.
Habis, mengapa kita katakan Tanah Melayu terjajah, sedangkan ianya tidak secara menyeluruh ?
Disini lah kita telah di manipulasi oleh media, serta berita yang disebarkan melalui orang orang tertentu, yang bertindak sebagai ‘orang upahan’ atau lebeh dikenali sebagai ‘talibarut’ penjajah.
Siapakah mereka itu ?
Mereka adalah pemimpin, yang bersekongkol dengan penjajah itu sendiri, demi kepentingan peribadi mereka. Mereka inilah yang senantiasa menguasai pentadbiran, hingga sekarang ini. Sebenarnya mereka inilah yang dikenali sebagai ‘petualang negara’. Sayangnya, mereka ini diangkat dan disanjung sebagai ‘pejuang’ negara.
Mari kita lihat sejarah ringkas, perjalanan ‘hidup’ negara kita. Tanah Melayu dan seterusnya dikenali sebagai Malaysia. Ketika ‘lanun lanun’ ‘Portugis, British, dan Jepun’ tiba dan dikatakan menjajah, siapakah yang membuka jalan untuk mereka berkuasa ? Kemudiannya siapakah yang bersekongkol dengan mereka untuk terus berkuasa ? Tentunya anak tempatan, penduduk bumi Tanah Melayu kan ? Siapakah yang menjadi mata dan telinga atau lebeh dikenali ‘talibarut’ lanun lanun tersebut ? pastinya anak tempatan yang lebeh lanun dari penjajah itu sendiri. Kerana anak tempatan sahaja yang mengetahui selok belok tempat mereka. Siapakah yang memimpin lanun lanun itu untuk menguasai negara ini ? Pastinya anak tempatan sendiri.
Persoalannya sekarang, siapakah anak tempatan yang membantu lanun lanun itu untuk melanun dinegara ini ? adakah kah Pak Ngah Lamat yang buat kebun di Ulu Jelebu ? atau Tok Ki San yang mengerjakan sawah dikaki gunung, di Weng ? Pastinya tidak.
Habis siapa kah mereka itu ? akibat dari soalan ini, kalau diteliti dan diamati, pastinya orang yang berkedudukan serta berkebolehan. Kalau tidak, penjajah tidak akan mengangkat mereka sebagai ‘talibarut’ di ‘kedudukan yang tinggi’. Sekadar talibarut untuk dapat kan maklumat mudah, itu memang le budak kampong yang ‘ngok’ je, dah cukup.
Semua penjajah tahu, yang paling berkuasa di Tanah Melayu adalah pemimpin yang di sanjung oleh penduduk. Oleh itu mereka akan mengangkat golongan ini sebagai ‘talibarut’ mereka, yang akan mengusai seluruh sistem di negara ini. Melalui mereka inilah, negara dapat dikuasai. Kita tengok sejarah yang paling hampir dengan kita, ketika British datang kali pertama sebelum Jepun. Bukan British zaman Portugis, tetapi British zaman Jepun.
Sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu, British menguasai sepenuhnya pentadbiran negara. Adakah keseluruhan Tanah Melayu dipenuhi oleh orang Inggeris ? dari sekecik kecik tempat hingga sebesar besar tempat. Dibandar atau kampong. Tidak. Beritish hanya menguasai dibeberapa tempat yang strategik sahaja. Selebehnya siapa yang berkuasa. Anak tempatan.
Siapakah mereka ini ? Mamat kampong Basong ke ? dak. Kulop Lodin kampong Sayong ke ? dak.
Habis siapa ? Raja raja dan Pembesar yang sanggup bersekongkol dengan British demi kuasa dan kepentingan diri. Mana mana Raja atau Pembesar yang tak bersetuju dengan British akan ditangkap dan dihumban jauh jauh.
Bagaimana British lakukan semua ini ? Ugut dan Upah. Sesiapa yang termakan Ugut dan Upah, maka jadilah mereka ini ‘talibarut’ yang boleh melanun, lebeh lanun dari British itu sendiri. Orang jenis ini, memang dibela oleh ‘lanun lanun British’ tersebut. Kerana Menguntungkan mereka. ‘Win-win situation’.
Kemudian, bila Jepun datang. Mereka ini tetap diangkat menjadi ‘talibarut’ peringkat tinggi.
Kemudian dari itu, bila datang semula British, sekali lagi mereka diangkat ditempat yang tinggi. Malah diberikan lebeh lagi keistimewaan, kerana berjaya mengembalikan British dikedudukan sebagai penjajah. Adakah puak puak ini menentang British ? tidak. Mengapa ? kerana di zaman siapapun mereka tetap senang dan mewah.
Kenapa mereka dianggap sebagai pejuang negara ? kerana kita sebagai rakyat telah di manupulasikan pemikiran oleh propaganda media dan ‘talibarut’. Mereka telah mencanangkan bahawa mereka lah sebenarnya menjaga ketenteraman serta keamanan negara dari ‘petualang’ yang cuba menggugat keamanan negara. Siapa juga yang menentang mereka di ‘cop’ sebagai ‘petualang’. Baik dizaman manapun.
Ini jelas, siapakah Mat Kilau, Datuk Gajah, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela. Siapakah Abu Bakar Al Baqir, Rashid Maidin, Chin Peng, Shamsiah Fakeh, Ahmad Bostamam, Ishak Hj Muhammad. Banyak lagi nama nama yang dianggap sebagai ‘petualang’ negara. Mereka ini ditangkap dan dipisahkan dari masyarakat.
Mengapa ? kerana mereka adalah golongan yang menentang penjajahan. Ingin menghalau penjajah dengan menggunakan semangat perjuangan yang tulin.
Kini kita lihat pulak, siapakah Dato On jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan nama nama yang seangkatan dengan nya. Mereka ini adalah ‘pejuang’ negara. Siapakah mereka semasa British memerentah. Penentang British ? Tidak, mereka adalah ketua kerajaan dalam pentadbiran British.
Mengapa terjadi begitu ? kerana mereka ini golongan yang bersedia berkerjasam dengan British. Apabila tekanan terlalu kuat dikenakan keatas British, oleh orang orang yang dianggap ‘petualang’. British akhirnya, bersedia melepaskan Tanah Melayu dari tangan mereka, tetapi dengan syarat syarat yang ketat. Semua yang menentang syarat syarat tersebut ditahan dan dihumban jauh jauh dari masyrakat. Akhirnya Malaysia ‘merdeka’ dengan menerima syarat syarat tersebut.
Adakah Malaysia benar benar merdeka ?
Masing masing dengan persepsi tersendiri. Termasuk aku, ada persepsi aku sendiri. Namun, bagi aku, sejarah telah berlalu.
Apa yang nak aku paparkan ialah, mengapa kita mengambil peluang dari kesusahan orang lain ? Sebabnya mudah, demi kepentingan diri sendiri. Asalkan kita senang, peduli orang lain.
Tajuk dari utusan malaysia online bertarikh 25 November 2009 bertajuk ‘Chin Peng tidak dimaaf kan’ begitu tertarik untuk diamati dan diteliti begitu juga yang bertarikh 3 Disember 2009 bertajuk ‘Ambil kira perasaan rakyat – Dr. Mahathir’ . Dua kenyataan yang berbeza. Yang satu nampak lebeh lembut, mungkin terlibat terus dalam perjanjian yang ditandatangi ‘di Hatyai’ Thailand, sedangkan yang satu bersikap keras, tiada tolak ansor langsung.
Mudah dalam berjanji tetapi, bila kepentingan peribadi timbul, janji hanya mainan ‘mata pena’ dan dibibir sahaja.
Sebelum menutup tulisan ini, aku nak bertanya pembaca semua, siapa yang ‘membunuh’, ‘menangkap’ dan ‘melebelkan’ ulama sebagai ‘penjenayah dan petualang’ negara ? siapa yang menghina Agama Islam, hingga menjadi begitu hina dimata masyarakat umum kini ? Siapa kah yang menentang rakyat sendiri, apabila timbul isu yang membabitkan rakyat terbanyak ? siapakah yang ‘mengupah’ rakyat, supaya bergaduh sesama rakyat ? dan akhirnya, siapakah yang memanipulasikan suasana supaya sentiasa nampak ‘tegang’ dan terancam ?
Fikir dan bertindak lah sesuai dengan Fitrah kita sebagai manusia.
Dalam kelompok manusia ada haiwan. Tapi dalam kelompok haiwan tiada manusia. Oleh itu sentiasalah duduk didalam kelompok manusia yang bergelar manusia. Jangan menjadi haiwan dalam kelompok manusia. Lebeh lebeh lagi jangan berada dalam kelompok haiwan.