Saturday 31 July 2010

:: Petanda PRU13 semakin hampir ?

Home » Amin Iskandar, News

PRU 13 semakin hampir?

29 July 2010

Oleh Amin Iskandar

Bekas menteri pengangkutan dan presiden MCA, Tun Ling Liong Sik hari ini didakwa berkenaan dengan skandal projek PKFZ.

“Ling didakwa menipu kerajaan dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.
Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.”

Sehubungan itu, beliau dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bekas menteri pengangkutan itu juga berikan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin ditetapkan pada RM1 juta”. Petikan laporan Malaysiakini.

Dahulu bekas Menteri Tanah, Kasitah Gaddam dan Eric Chia pernah didakwa diatas pertuduhan rasuah. Selepas pendakwaan itu, pilihanraya umum 2004 berlangsung.

Parti pemerintah menang besar pada ketika itu kerana imej bersih Abdullah Badawi dan kerajaan beliau dlihat memerangi rasuah tanpa mengira siapa pelakunya.

Lama kelamaan, kedua-dua Kasitah Gaddam dan Eric Chia dibebaskan kerana dikatakan tidak ada bukti yang kukuh.

Apakah hari ini skrip lama dimainkan semula? Ling Liong Sik didakwa diatas skandal rasuah dan penyelewengan besar PKFZ.

Tidak lama sebelum ini, Ong Tee Keat, bekas menteri pengangkutan yang memulakan pembongkaran skandal PKFZ dijatuhkan dari MCA di atas sokongan pimpinan tertinggi negara.

Percayakah kita Ling Liong Sik akan benar-benar dijatuhkan hukuman? Tunggu dan lihat. Yang paling nyata adalah PRU 13 akan datang tidak lama lagi.

Kepada yang ingin bertanding, bersiap-siaplah. Kepada yang seronok jadi ahli parlimen, Adun atau memegang jawatan tertinggi dalam negeri, berjaga-jagalah.

Keseronokkan itu tidak akan terlalu lama kerana tidak lama lagi harus bertanding semula.



No comments:

Post a Comment