Tuesday, 27 September 2011

:: HUDUD : TS Muhyiddin - belum sesuai dilaksanakan ?



Hukum Hudud Masih Belum Sesuai Dilaksanakan Di Negara Ini



PUTRAJAYA, 23 Sept – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan,Malaysiamasih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin Pas.

“Pendirian kita bahawa diMalaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga, di sini, Khamis.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berhasrat untuk terus melaksanakan hukum Hudud di Kelantan biarpun ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Muhyiddin berkata penjelasan dan pemahaman hukum itu perlu diperluaskan terlebih dahulu bagi memastikan semua rakyat di negara ini benar-benar memahami hukum tersebut.

“Saya sebagai seorang Islam saya tidak tolak hukum hudud. Itu sudah menjadi satu kenyataan dari segi hukum syarak tapi dari pelaksanaan itu menjadi pokok perbahasan hari ini. Kalau Nik Aziz kata nak laksanakan di Kelantan, itu soal dia,” katanya.


http://umno-online.com/?p=45864