Monday, 17 August 2009

:: Bukan Dato' Onn - 2

Kepada Yang Bukan Dato’ Onn… Siri Politik Melayu (2)

Aug 17th, 2009 | By webmaster | Category: Hasmi Hashim, Team PerakExpress

OLEH Hasmi bin Hashim

Kalau lelaki-lelaki berselempang merah yang bersatu sepertinya sebuah rejimen tentara meneruskan serangan ke bandar Pengaram, dikhuatiri keluarga Dato’ Onn anak-beranak habis dibunuh—barangkali dibakar hidup-hidup di rumah mereka oleh segelintir Cina yang dipercayai Komunis, yang, mengepung sejak dini hari.

Sepuluh batu di belakang, di Pekan Semerah, sudah ‘banjir’ pekan sebatang itu dengan apa yang saya dengar sebagai “darah Cina.”

Cek Ijam ada di sana, kala Dato’ Onn merayu agar jangan diteruskan niat membunuh segala Cina di Bandar Pengaram.

Salleh pun muncul tiba-tiba, dari celah-celah, apabila berlangsung proses yang seperti sebuah negosiasi dan rundingan dengan Dato’ Onn. Ketika Salleh muncul, Cek Ijam mendengar seketika. Kemudian dia ‘mengundur’, melangkah agak ke belakang daripada tegaknya mula-mula yang tak jauh daripada di mana Dato’ Onn berdiri—sementara dialah yang dikatakan mengepalai secara rahsia ‘perang’ itu.

Sejak itu, Salleh mula diangkat sebagai jagoan Melayu Semerah; Melayu Batu Pahat.

Nama Salleh disebut sebagai “Panglima.”

Nama Cek Ijam tersorok. Tak pernah terdengar, sehinggalah umur saya 32 tahun… begitu lama bukan? ~ Tapi, tugas membawakan sesuatu yang benar, takkan pernah punya tarikh hujungnya.

“Tak boleh putus air sembahyang sepanjang bertempur,” kata Cikgu Baharum. Disensengkannya lengan baju, kiri-kanan.

“Kalau putus?”

“Kalau putus, terjun dalam parit dan niat ambil air sembahyang semula…” jelasnya lagi. Sepanjang jalan menuju bandar Batu Pahat dari Semerah, dilintangi parit-parit seperti anak sungai setiap sebatang. Ada juga yang agak besar seperti di kampung saya sendiri, Parit Kuda, yang tak sampai sebatu jauhnya dari paya bakau dan Selat Melaka. Begitulah di setiap kampung di daerah kami dipisah-pisahkan oleh parit-parit. Satu kampung: satu parit.

Tak boleh buat apa-apa yang salah dan berdosa. Misalnya? “Misalnya mencuri,” Cikgu meneruskan cerita.

Ada… ada seorang kawannya yang teringin sangat hendak makan durian. Ada buah yang mereka nampak tepi jalan yang bukan milik mereka.

“Diambilnya buah durian itu,” tambah Cikgu, “dikopek dan dijamah…’jangan-jangan kata aku’.”

“Apa jadi?”

Saya sebenarnya sudah mendengar akibat buruk yang dikatakan balasan ‘tunai’ Tuhan. Tak tunggu-tunggu. Di situ juga ditimpa bencana.

“Dia jamah seulas… bukan seulas sangat, tapi hanya secebis dan hanya di hujung bibirnya dirasa durian itu…”

“Apa jadi?”

“Manis bukan main, kata kawan aku…”

“Apa jadi?” saya mendesak.

“Apa jadi? Tummm!”

“Berdentum bunyi tembakan… peluru lintas kena bibir. Depan mata. Aku nampak. Bibirnya berdarah, luka,” cerita Cikgu Baharum lagi.

Kawannya luka pada bibir… bibir yang tadinya menjamah durian yang bukan miliknya, yang bukan lagi manisnya. Dia telah dianggap mencuri… mengambil yang bukan haknya.

Berdentum dada saya mendengar dan membayangkan bagaimana peluru itu melintasi tak jauh daripada di mana Cikgu Baharum berdiri.

Memang, ada yang mati—ada kes di mana lelaki Selempang Merah terbunuh ditusuk peluru Komunis.

“Dia curi basikal ketika kami menyerang di Pekan Parit Jawa beberapa hari sebelum itu… disorokkannya basikal itu dalam semak. Bila-bila, katanya, dia hendak datang dan ambil semula—tak siapa tahu. Tapi tak sempat. Mati ditembak tak lama selepas itu,” tegas Cikgu dengan biji matanya sedikit berair, merah.

“Hei orang-orang Semerah!” ~ suara Dato’ Onn, yang, seakan terus berkumandang.

Memang berderau sebab mengetahu tentang rahsia Ayat Ampat. Juga daripada mana asal-usulnya. Bukan seperti segala cerita yang terdengar sebelum ini, termasuk yang kadang-kala terdengar di dalam mensyuarat agung Umno cawangan—ada yang menyatakan punca ‘ilmu’ Panglima Salleh adalah daripada isterinya.

Isterinya itu perempuan Tanah Seberang—dari Sumatera kata sesetengah orang tua-tua. Tak boleh jijak tanah. Pantang! Kalau turun ke tanah, perlu berlapik kain merah… Kalau tidak, segala ilmu Salleh pun jadi tawar.

Saya lebih yakin, Ayat Ampat itu datangnya daripada Cek Ijam. Usulnya, Tok Janggut.

Saya lebih percaya ayat itu ayat pemberani untuk tujuan bertempur. Saya lebih percaya segala kebesaran Tuhan daripada segala yang misteri dan tak terjawab dek karena ‘politik-kekuasaan’ manusia yang mahu menggunakan kisah “Perang Banjar” (atau “Perang Parang Panjang”) itu sebagai modal dakyah menyelimuti parti yang penuh dengan busung kebaculan. Berabad-abad.

Saya kata pemimpin Umno bacul. Saya kata, mereka tak pernah berani berhadapan dengan orang yang berkuasa untuk menyetakan kebenaran. Anwar difitnah pada 1998. Mereka lari dari Anwar, walaupun di kalangan orang yang paling rapat dan ‘menjual’ nama Anwar sebelumnya. Mereka tak pernah berani bercakap benar di depan Dr Mahathir Mohammad, sehingga ke sudah… walaupun mereka tahu betapa segala kerosokan ini dilakukan oleh Dr Mahathir ketika itu. Mereka asyik, terus menjilat…

Alih-alih, ada yang coba menghimpun orang-orang Melayu di seluruh daerah Batu Pahat dan serata Johor petang Jumaat, 14 Ogos 2009 lalu. Mereka war-warkan yang akan turun 5 ribu orang. Yang datang, hanya sekitar 500 orang.

Mereka coba membakar dada orang Melayu konon dengan tuduhan ‘durhaka’ kepada Sultan Melayu dan ‘pengkhianat bangsa’. Mereka coba mengumpan kononnya perhimpunan itu juga bertujuan memperingati usaha Dato’ Onn menghimpun orang Melayu demi menuntut kemerdekaan.

Mereka lakukan semua ini tanpa pernah menjawab, siapa yang ‘menggadai’ Temasek ke luar Tanah Melayu… sehingga tak diketahui anak-anak hari ini, dari mana asalnya nama “Teluk Belanga”? Usman Awang, dalam puisinya “Melayu Johor”, yang serangkap begini bunyinya:

Melayu Johor
Telah terlalu banyak kita kehilangan
Sawah ladang bertukar tangan
Pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
Yang tinggal hanyalah pakaian
Sedarah sedaging hampir hilang
Yang ada hanyalah setulang
Selat Teberau kian sempit
Hati rindu jauh tergamit.

Ya..! Siapa pula yang cuai dalam tugas sehingga Malaysia terlepas Pulau Batu Puteh? Lagi, misalnya siapa yang memungut wang ringgit orang Johor, termasuk di kalangan Melayu miskin untuk dimasukkan ke dalam sebuah saham amanah negeri (Amanah Saham Johor:ASJ), yang kemudiannya merudum rugi? Rugi sehingga begitu ramai rakyat yang muflis dan bankrup. Tergadai tanah dan harta benda. Tergadai rumah dan bertabrakan keluarga.

Saya tidak menafikan betapa Dato’ Onn adalah antara manusia yang tentunya mengerti akan makna sebuah kesatuan nusa bangsa—betapa gusarnya hati beliau apabila ahli keluarganya dikepung puak pengganas dan pelampau hari itu.

“Tolonglah! Jangan menyerang sehingga ke Bandar Pengaram… keluarga saya sudah dikepung!” laungnya.

Aduhai, sampai bilakah mampu mereka memesong dan menyembunyikan kenyataan ini? Justeru memang ada beda antara “mencintai bangsa sendiri,” dengan orang “menanamkan kebencian ke atas orang lain.”

Tulis Usman sebagai sirih penangguh cerita:

Anak Johor
Luka di Tanjung Putri
Parutnya di Parit Raja
Muka biar berseri
Mulut biar berbahasa
.

[bersambung…]

Saturday, 15 August 2009

:: MSK : Matlamat dan Hala Tuju

Neophilia: Matlamat dan hala tuju

Aug 15th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana

Sedangkan bakteria tahu arah dan halatuju.

Pada tahun 1975, seorang ahli biologi dari Universiti Massachusetts membuat satu kajian tentang kehidupan mikroskopik di Cape Cod. Dia mendapati sejenis mikrob disitu memiliki satu tabit. Tak kira walau kemana mikroskop diletakkan, bakteria-bakteria tersebut akan bergerak kesatu arah. Utara.

Beberapa tahun kemudian, kajian yang dibuat di Brazil dan new Zealand juga mendapati perkara yang sama. Kajian menggunakan electron micrograph menunjukkan bahawa setiap mikrob ini mempunyai sejenis mikrokristal bermagnet.

Siput-siput juga mempunyai bahan-bahan magnetik didalam badan mereka yang dipanggil pyrrhotite.Burung merpati mempunyai sejenis bahan magnetik yang terletak diantara otak dan kulit kepala mereka yang dipanggil ferritin, sejenis protein yang mampu menyimpan Ferrum (iron, Fe)

Dikawasan sekitar hidung manusia juga mempunyai Fe yang banyak. Malah kalau kita berdiri, hidung merupakan anggota yang paling terkehadapan, kecuali sekarang, ramai yang perut dihadapan. Dan hidung kita sebenarnya menjadi penunjuk arah. Gelombang magnet menghantar isyarat keotak untuk memberitahu kita kemana arah yang hendak dituju.

Kajian di Universiti Manchester mendapati, kebanyakan daripada kita mampu menunjukkan arah mata angin, walaupun ditutup mata. Walaubagaimanapun, kemampuan kita terganggu apabila kita memakai topi keledar.

Semasa Captain Cook belayar di Lautan Pasifik, beliau bertemu dengan seorang padri Polynesia yang bernama Tupaia. Padri ini mampu mengetahui arah mata angin walaupun belayar sejauh 10,000 kilometer dari tempat tinggalnya di Raiatea. Tetapi, peristiwa ini berlaku pada abad ke 18. Pada masa itu, persekitaran magnetik kita masih belum tercemar.

Kemajuan teknologi sejak 50 tahun kebelakangan ini mengubah kemampuan makhluk dibumi ini. Atmosfera kita dicemari dengan begitu banyak gelombang magnetik. Sama ada dari jamtangan, radia mengeluarkan gelombang magnetik. Keretapi elektrik, kabel elektrik bervoltan tinggi, semuanya mengeluarkan gelombang magnetik.

Kemana saja kita pergi, kita dikelilingi gelombang magnetik, dari ketuhar mikrowave, pintu automatik ataupun telefon bimbit. Apakah kesan gelombang magnetik ini kepada kita?

Satu kajian dibuat di University of Lund, Sweden terhadap sejenis burung pied flycatcher (Ficedula hypoleuca), iaitu sejenis burung yang berhijrah untuk mengelak musim sejuk.

Burung-burung dewasa akan berhijrah lebih awal, manakala anak-anak burung yang baru menetas akan mengekori beberapa minggu kemudian apabila bulu mereka sudah tumbuh sepenuhnya. Apa yang menarik ialah, anak-anak burung ini akan terbang sejauh 6,000 kilometer ke Afrika Barat untuk bersama dengan ibu bapa mereka yang berhijrah lebih awal, ketempat yang tidak pernah mereka lawati.

Para saintis Sweden mendapati, amat mudah untuk mengelirukan burung-burung ini. Mereka meletakkan anak-anak burung yang baru lahir ini kedalam satu kotak dimana satu magnet besar diletakkan kearah timur. Apabila tiba musim luruh, ketika mana burung-burung ini mula berhijrah, burung-burung ini tidak terbang ke Afrika Barat, sebaliknya terbang kearah Atlantik Utara dan mati kesejukan, kerana magnet semulajadi didalam badan mereka telah dimanipulasi dengan menunjukkan arah yang berbeza.

Apa yang boleh kita pelajari?

Kita juga akan sesat seperti burung pied flycatcher apabila pemikiran kita dipesongkan. Dan kemungkinan kita juga akan mati apabila pemikiran kita diubahsuai oleh orang lain. Dan halatuju kita mudah saja dipesongkan dengan menimbulkan persekitaran yang bertujuan untuk memesongkan matlamat kita.

Pakatan Rakyat ditubuhkan secara tiba-tiba. Tidak ada perancangan tentang apakah matlamat dan idealisma. Tujuan utama ialah untuk menubuhkan kerajaan setelah Umno tumbang.Malah, hanya itulah saja matlamat Pakatan Rakyat sebelum pilihanraya…untuk menumbangkan Umno.

Matlamat tersebut tercapai dilima buah negeri. Tetapi apabila Pakatan Rakyat memerintah, satu matlamat baru tidak dicipta. Sebaliknya masing-masing membawa hala tuju masing-masing. Pas dengan cara Pas. DAP dengancara DAP. Dan PKR dengan cara PKR.

Apabila tidak ada satu matlamat yang dipersetujui, maka mudah bagi Umno memesongkan tumpuan. Isu demi isu dicipta untuk mengalih tumpuan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Dan ramai yang terkeliru, seperti anak-anak burung Pied Flycatcher.

Media memainkan isu-isu yang dicampur dengan pembohongan dan manipulasi. Setiap hari kita terdedah kepada ribuan maklumat-maklumat yang tidak kita perlukan tetapi itu yang disogokkan. Kita sedang menghadapi pencemaran maklumat. Tetapi siapa yang mampu menapis dan menerima hanya maklumat-maklumat yang sah? Terpulang kepada siapa yang menggunakan akal atau tidak.

Pakatan Rakyat memerlukan satu halatuju yang dipersetujui bersama. Pakatan Rakyat memerlukan satu dasar besar yang menjadi matlamat jangka panjang. Pakatan Rakyat tidak perlu berfikir bagaimana untuk menumbangkan Umno lagi, kerana itu akan berlaku bila-bila masa. Tetapi apa yang perlu difikirkan sekarang ialah bagaimana hendak mengisi kemenangan.

Satu hala tuju yang baru perlu dipersetujui dan dan perjelaskan kepada semua kempimpinan, supaya mereka tidak mudah dikelirukan oleh percubaan-percubaan untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat.

Pemimpin Pakatan Rakyat perlu mengetahui, apakah agenda besar kita. Supaya mereka tidak mudah terperangkap dengan isu-isu sensasi yang hanya digunakan untuk mencari kepentingan sendiri.

Pemimpin Pas perlu menunjukkan kepimpinan bahawa slogan ‘Pas for All” itu benar-benar menjadi amalan. Pemimpin DAP juga perlu mengamalkan apa yang di perjuangkan selama ini. dan pemimpin PKR juga perlu mempraktikkan, apa itu ‘Keadilan untuk Semua.”

(Semua fakta-fakta didalam siri Neophilia ini dipetik daripada buah buku karya Lyall Watson, seorang pengkaji tingkahlaku binatang, dalam buku bertajuk Neophilia: A new tradition)

Friday, 14 August 2009

:: MSK : Sound Trouble

Neophilia: Sound Trouble

Aug 14th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana

Kita memilih untuk mendengar apa yang kita mahu dengar. Dan dalam proses ini, kita memperkecilkan keupayaan kita untuk mendengar. Dan akhirnya, kita jadi pekak kerana kita yang memekakkan telinga.

Kita mendengar melalui bunyi (sound). Bagi kebanyakan manusia, telinga mereka hanya mampu mendengar bunyi dalam jarak 20-20,000 Hertz. Ini normal.

Kanak-kanak diperingkat usia 3-5 tahun sering bercakap sendirian. kalau diperhatikan percakapannya, seolah-olah dia sedang berbual dengan seseorang. Ini bukan luarbiasa…kerana kita dilahirkan dengan kemampuan untuk mendengar bunyi dibawah 20 hertz dan lebih tinggi dari 20 kilohertz.

Gelombang bunyi yang bergerak dibawah 20 hertz dipanggil infra-sound manakala diluar 20 kilohertz dipanggil ultra-sound.

Binatang mampu mendengar dalam jarak 0.1 hertz hingga 40,ooo hertz tetapi manusia hanya mampu mendengar diantara 20-20,ooohertz. Mengapa Tuhan menjadikan binatang lebih hebat dari manusia? Bukan salah Tuhan, tetapi salah manusia sendiri kerana tidak mahu menggunakan akal.

Bagi manusia yang menggunakan akal, kehidupan mereka lebih bebas…sebebas binatang. Dan bagi manusia yang tidak mahu menggunakan akal, mereka juga seperti binatang…tetapi seperti binatang ternak.

Professor Pierre Gavraud dari Marseilles merupakan seorang jurutera yang berjaya tetapi hampir-hampir maut semasa menjalankan kajian tentang bunyi.

Pada tahun 1965, Gavraud mengalami sakit kepala yang berulang-ulang. Anehnya, dia sering kesakitan, apabila berada dipejabatnya. Dia cuba mencari kalau-kalau ada bahan-bahan toksik didalam pejabatnya tetapi tiada. Dia hampir-hampir kecewa dan bersandar kedinding kepejabatnya.

Tiba-tiba dia merasa satu gegaran yang amat perlahan pada dinding tersebut. Dia kemudian mendapati bahawa gegaran tersebut diakibatkan oleh unit pendingin hawa yang dipasang diatas bangunan tersebut.

Gavraud menjadi tertarik dengan penemuan ini dan menjalankan kajian. Dia mendapati gegaran pada bangunan tersebut mengeluarkan bunyi yang yang tidak dapat didengar oleh telinga manusia. Pada tahap 7 hertz.

Dia mencuba untuk membuat satu alat yang boleh mengeluarkan infrasound. Bentuknya sama seperti wisel polis tetapi bersaiz besar. Dua meter panjang dan disambungkan dengan mesin air compressor. Ketika mencuba untuk melakukan ujian, tiga orang pembantunya tiba-tiba mati. Semasa post-mortem, didapati organ dalaman pembantu-pembantunya hancur walaupun secara fizikal, semuanya seperti sedia ada.

Gavraud melakukan ujian untuk kali kedua dibawah pemerhatian tentera. Mesin yang dipanggil Seven Frequency Machine itu diletakkan didalam sebuah bangunan kosong dan Gavraud bersama beberapa pegawai tentera berlindung didalam sebuah bunker.

Apabila suis ditekan, tidak ada bunyi kedengaran tetapi bangunan tersebut runtuh. Professor Gavraud hilang selepas itu, dan mesin tersebut juga hilang ketangan tentera.

Infrasound kemudiannya menjadi senjata utama tentera Perancis. Ia menjadi satu asas mengapa kapalselam Perancis begitu diminati…termasuk Altantuya.

Binatang mempunyai kemampuan untuk mendengar infrasound. Manusia juga mempunyai kemampuan untuk mendengar infrasound. Tetapi binatang menggunakan kemampuan tersebut untuk hidup manakala manusia tidak memperdulikan kelebihan yang dikurniakan.

Mereka yang menggunakan kelebihan untuk mendengar infrasound akan dianggap gila. Kita melihat orang gila bercakap sendirian. Kita ketawakan mereka, tetapi pernahkah kita mengkaji, apakah yang didengarnya atau dengan siapa dia berkomunikasi dan dalam frekuensi bunyi apakah dia berkomunikasi.

Gempa bumi yang berlaku di Jepun dan China mengakibatkan ratusan ribu manusia terkorban. Termasuk binatang ternakan. Tetapi binatang liar terselamat!! Gempa bumi pada tahun 1923 mengakibatkan kematian seramai 142,000 orang, manakala pada tahun 1977 mengakibatkan kematian seramai 242,000 orang. Tsunami pada tahun 2004 pula mengorbankan seramai lebih 300,000 orang. Tetapi binatang liar terselamat!

Binatang liar terselamat kerana mereka menggunakan anugerah yang diberikan Tuhan kepada mereka , tetapi manusia terkorban kerana tidak mahu menggunakan anugerah yang diberikan.

Kita juga perlu menjadi manusia liar, bukan manusia ternakan. Kalau hidup kita bergantung kepada makanan yang diberikan oleh tuan kita, kita juga akan menjadi binatang ternakan. Tidak mampu menggunakan kelebihan yang dianugerah Illahi, sebaliknya hanya mengharapkan belas ihsan sesama manusia. Apabila tongkat ditarik balik, kita kesesatan.

Ultrasound pula adalah frekuensi diluar jarak pendengaran biasa manusia. Diluar tahap 20 Khz. Manusia jarang berkomunikasi dalam frekuensi ini sebaliknya binatang seperti kelawar tidak memerlukan mata untuk melihat, sebaliknya dapat menangkap serangga yang begitu halus diudara hanya dengan mendengar bunyi. Kelawar melihat dengan telinga. Dan telinganya begitu halus berbanding manusia, tetapi dapat mendengar 1000 kali lebih baik dari manusia.

Tuhan mencipta dua telinga, dua mata dan satu mulut. Tetapi kita hanya menggunakan mulut untuk berkomunikasi. Bagaimana agaknya kalau kita mempunyai dua mulut? Mungkin kita mampu berceramah 24 jam sehari.

Pada tahun 1972, seorang zoologist sedang menjalankan kajian tentang ultrasound yang dikeluarkan oleh kelawar. Tetapi pada hari tersebut, tidak ada seeokr pun kelawar berterbangan tetapi dia masih dapat mendengar bunyi yang dikeluarkan diluar frekuensi 20 Khz.

Dia tidak menjumpai apa-apa, dan meninggalkan kawasan tersebut dengan memikirkan…apakah batu yang bercakap?

Institute of Archeology, Oxford University seterusnya membuat kajian berdasarkan teori zoologist ini, dan mendapati batu-batu dikawasan tersebut mengeluarkan bunyi dalam frekuensi ultrasound.

Setiap makhluk didunia ini mengeluarkan bunyi, setiap makhluk didunia ini berkomunikasi. Cuba berjalan seorang diri didalam hutan, dan kita akan mendengar bermacam-macam bunyi. Dari 0.1 Hertz hinggalah 40 Khz. Kita dengar bunyi air, sedangkan tidak ada sungai. Kita dengar bunyi yang tidak dapat diterangkan, kita kata bunyi hantu.

Apakah yang telah kita lakukan untuk mengoptimumkan penggunaan bunyi untuk komunikasi? Kebanyakan kita masih Neophobic. Kebanyakan kita masih terkongkong dengan frekuensi tertentu.

Kita masih menyalahkan Perak Fm kerana tidak meyiarkan berita Pakatan Rakyat. Apakah maklumat itu hanya boleh disampaikan melalui frekuensi 95.5 Mhz?

Kita masih mengharapkan Sinar Fm..apakah lagu-lagu hanya boleh disampaikan melalui 104.9 Mhz?

Parti Komunis Malaya yang beroperasi 50 tahun dulu lebih Neophilic dari Pakatan Rakyat hari ini. PKM tidak pernah merungut tentang radio, kerana mereka mampu melakukannya sendiri.

Itu 50 tahun dulu. Pada masa itu, ruang angkasa kita masih belum dicemar. Sekarang…ruang udara kita dicemari dengan pelbagai frekuensi. Terdapat beratus, mungkin sudah mencapai ribu, stesyen-stesyen radio diMalaysia. (Boleh dilihat disini)

Pakatan Rakyat tidak memerlukan stesyen radio untuk berkomunikasi. Dan Pakatan Rakyat tidak perlu mengeluarkan bunyi untuk berkomunikasi. Cukup sekiranya Pakatan Rakyat mendengar bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh stesyen radio rakyat.

Rakyat sudah tidak mahu mendengar Radio Malaysia. Berapa kerat yang mendengar Perak Fm? Apakah rakyat mahu mendengar radio PR?

Rakyat mahu Pakatan Rakyat mendengar radio mereka. Hutan-hutan mengeluarkan bunyi dibawah 20hz, minta diselamatkan dari pembalakan. Rakyat-rakyat bersuara pada frekuensi 120 Mhz meminta pembelaan. Para seniman bersuara pada frekuensi 95 Mhz, memohon perhatian. Adakah siapa yang mendengar?

Bunyi adalah alat komunikasi. Dari petikan gitar Nikbinjidan atau Mei Chern. Dari lagu-lagu nyanyian Meor Pestajiwa dan Amin Black. Dari komedi Isham Rais dan Kulup Sakah. Sajak panjang dari Rahmat Haron. Sajak pendek dari Samad Said. Terpancar bunyi-bunyi yang membawa mesej. Mereka membawa mesej dari frekuensi yang berbeza dari yang biasa kedengaran dipentas-pentas ceramah. Mereka membawa mesej yang yang berbeza dari burung-burung belatok di Angkasapuri. Adakah sesiapa yang mahu mendengar?

Sebaliknya, pemimpin Pakatan Rakyat mahukan segala makhluk dibumi Malaysia ini mendengar bunyi-bunyian didalam frekuensi mereka sahaja. Rrekuensi Raihan, Rabbani, nasyid, qasidah dan ceramah. Frekuensi-frekuensi lain dianggap haram…tidak bermoral.

Bunyi adalah alat untuk memahami. Apakah kita memahami bunyi?

:: Bukan Dato' Onn - 1

Kepada Yang Bukan Dato’ Onn… Siri Selempang Merah (1)

Aug 14th, 2009 | By webmaster | Category: Hasmi Hashim, Team PerakExpress

OLEH Hasmi bin Hashim

Sebelum ahli-ahli Umno akar umbi itu turun ke Dataran Pengaram petang ini, dan melaungkan “Anwar pengkhianat bangsa!”, saya perlu ceritakan tentang inspirasi perjuangan Dato’ Onn Jaafar—nama yang selalu diingatkan kepada saya sejak kecil. Sebuah sisi sejarah yang barangkali tidak ahli-ahli Umno itu tahu, selain kepatuhan melulu kepada pemimpin-pemimpin yang mahu meneruskan angkara murka.

Petang itu, Dato’ Onn bersama beberapa pengikutnya menahan pasukan lelaki Melayu yang kemudiannya dikenali sebagai “Selempang Merah” daripada meneruskan niatkan ke bandar Pengaram. Kata orang tua-tua, habis sudah orang-orang Cina dibunuh dalam amukan itu—“Perang Parang Banjar”. Peristiwa itu juga dikenali sebagai “Perang Banjar.”

“Hai orang-orang Semerah!” laung Dato’ Onn apabila melihat pasukan Selempang Merah sudah ramai berkumpul di hadapannya.

“Hai orang-orang Semerah, tak usahlah diteruskan untuk menyerang bandar Pengaram…” kata Dato’ Onn lagi.

Mereka memang menuju ke Batu Pahat, untuk membunuh segala Cina—sebagai satu tugas balas dendam kepada pengganas Komunis yang sebelumnya dikatakan telah membunuh orang-orang kampung; orang-orang Melayu.

“Keluarga saya sudah dikepung…”

Rupa-rupanya di Batu Pahat, di kediaman Pegawai Daerah (Dato’ Onn ketika itu adalah pegawai daerah Batu Pahat), sepasukan orang-orang Cina—ada juga yang menyatakannya sebagai pengikut Komunis—telah mengepung keluarga Dato’ Onn. Mereka dikatakan mengugut agar Dato’ Onn bertemu dan menahan “orang-orang Semerah” daripada meneruskan niat menyerang dan membunuh segala Cina di Batu Pahat.

Rundingan pun berlangsung. Sejak kecil saya mendengar nama seperti Panglima Salleh, atau Kyai Salleh. Dia adalah orang yang sama, walaupun ada panggilan “Penglima”, ada panggilan “kyai”. Orang tidak menyebutkan nama Chek Jam. Ada yang memanggilnya dengan nama Cek Ijam. Dia juga orang yang sama, walaupun panggilannya berbeza.

Ada tiga watak penting di sana. Dato’ Onn. Ada Salleh, dan ada Ijam.

Memang di kalangan pemimpin Umno, baik di Batu Pahat, baik di Parit Sulong mahupun di serata daerah berdekatan, mereka selalu mendendangkan nama Panglima Salleh sebagai pejuang—yang membangkitkan semangat orang-orang Melayu agar menuntut bela. Agar, dikatakan, membela nasib bangsa.

Orang melupakan nama Chek Jam—seorang alim, kaum Banjar. Hanya sebelum Pilihanraya Umum lalu, apabila saya menyelusuri rumah orang tua-tua meminta restu untuk bertanding sebagai calon Keadilan bagi kawasan Semerah, barulah terbuka cerita. Cerita tentang Chek Jam.

Orang alim ini pernah berguru dengan Tok Janggut, di Kelantan. Dia jualah yang mengajarkan apa yang dikenali sebagai “ayat empat”: empat yang Quran bagi tujuan perang. Menimbulkan rasa yakin diri, kalau ayat itu dibacakan. Memang ada cerita yang menyatakan bahawa dengan amalan Ayat Empat, maka pengamalnya akan kebal! Wallahu-alam

Sejak di zaman kanak-kanak, apabila saya mendengar cerita orang tua-tua bagaimana keberanian ‘tentera’ Selempang Merah, saya terkagum. Kadang, tercetus di dalam hati saya, saya mahu menjadi pejuang dan penglima gagah berani berperang sepertimana datuk nenek moyang kami.

Setiap sejarah begitu akan, lazimnya, bercampur dengan tokok tambah asam garam pemanis cerita…

Misteri daripada Panglima Salleh mendapatkan Ayat Empat terjawab oleh seorang tua—namanya Cikgu Baharum. Dia orang Pas pertama di Semerah. Orang yang bekorban begitu banyak untuk menghidupkan Pas. Hari ini pun, setiap petang, dia selalu minum kopi di warong Hashim, di Pasar Pekan Semerah.

Semangatnya tak pernah luntur, walaupun umurnya lebih 70. Sewaktu dia bercerita dan ‘membongkarkan’ cerita tentang Chek Jam, saya tidak dapat membayangkan bagaimana dia siap berdiri-diri, melakonkan gaya Dato’ Onn ketika berucap di hadapan orang-orang Semerah agar tidak terus mara ke Pengaram.

Yang utama, persoalan lama yang membuntui fikiran saya terlerai—dari mana lelaki-lelaki berselempang merah itu mendapatkan ayat pemberani, iaitu Ayat Empat.

“Dari Chek Jam, dan dia dapat daripada Tok Janggut sewaktu berguru agama di Kelantan,” begitu jelasnya. Begitu munasabah, dan tidak mungkin daripada orang lain. Tetapi…

Tetapi Chek Jam mati. Dia dibunuh ketika sembahyang subuh di surau. Ada perbalahan di sana.

“Berita dia,” kata Chek Jam sepertimana diceritakan kembali Cikgu Baharum, “kalau dia nak kalahkan dan bunuh aku, cocok di tapak kaki aku!”

Cikgu Baharum bangun daripada kerusi. Saya masih duduk. Masih mahu mendengar. Katanya, waktu Perang banjar itu tercetus, umurnya baru 16 tahun. Dia sendiri dapat membunuh beberapa orang. Saya juga mendengar, ada anak-anak kecil yang turut dibunuh, karena anak-anak bayi Melayu juga dibunuh… di lambung di di tadah dengan pisau bronet di hujung senapang Komunis.

Kata Cikgu Baharum, “Islam sebenarnya tidak mengizinkan di dalam keadaan apapun, termasuk perang, untuk kita membunuh anak-anak kecil.” Dia sedikit tunduk kali ini. Wajahnya merenung jauh ke luar tingkap. Ada perasaan yang dalam yang dia simpan.

Cikgu Baharum juga mengenang-ngenang kawan-kawannya yang lain, barangkali yang telah melakukan salah dan dosa di dalam Perang Banjar.

“Kau tanyalah Cina-Cina tua di pekan, mereka memanggil perang itu sebagai ‘Perang Banjar’… bukannya ‘Perang Parang Panjang’ macam yang kita tahu sekarang!”

“Kenapa?” tanya saya.

“Sebab Chek Jam itu orang Banjar…” jelasnya lagi.

Maknanya bukan orang Jawa, dan bukan juga orang Melayu biasa yang mengajarkan ilmu perang—sepertimana yang sering dibangga-bangga oleh segelintir pemimpin Umno peringkat daerah. Perang berkenaan, nampaknya sudah menjadi tidak lebih daripada laksana dakyah dan propaganda Umno sekian lama, untuk mengukuhkan parti dan mengikat sokongan orang-orang Melayu.

Cikgu Baharum kembali duduk. Saya di dekatnya. Hampir maghrib.

Kelakuannya seperti riak yang terbayang di mata saya—seperti Dato’ Onn yang baru sahaja selesai bercakap di hadapan orang-orang Melayu. Orang Semerah…

[bersambung…]

Tags:

Thursday, 13 August 2009

:: MSK : Nonsense

Neophilia: Nonsense

Aug 13th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana

Setiap saat, kita dihujani dengan beribu juta ‘impulses’ dari segenap pelusuk dunia. Baik dari gelombang kosmik, gelombang pendek seperti X-ray yang menusuk kebadan kita, gelombang radio dan gelombang cahaya.

Kebanyakanya tidak relevan kepada kita. Kadang-kadang kita tidak memerlukannya. Kita cuma bertindak balas kepada apa yang kita mahu, bukan apa yang disogokkan. Ini adalah sifat semula jadi manusia. Kita hanya bertindak balas melalui lima deria yang kita miliki. Sentuh, rasa, lihat, dengar, hidu.

Tetapi ini hanyalah sebahagian kecil kemampuan manusia. Kemampuan manusia sebenarnya jauh lebih luas, tetapi kita sering memperkecilkan kebolehan kita. Akibatnya, kita terperosok kedalam penjara yang kita sendiri cipta.

Kita hanya menggunakan mata untuk melihat dalam jarak yang sempit… 375 hingga 775 nanometer. Apa yang kita nampak hanyalah warna-warna merah hingga ungu. Mengapa tidak kita lebarkan daripada 370 hingga 780 nanometer supaya kita boleh melihat infra-merah dan ultra-ungu? Kerana otak kita sudah diasuh dari kecil supaya melihat hanya dari 375 hingga 775 nanometer.

Kanak-kanak dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh orang dewasa, tetapi orang dewasa mengajar kanak-kanak supaya jangan mempercayaai apa yang dilihat oleh kanak-kanak tersebut. Maka timbulah istilah hantu, jin, pelesit…untuk memprogramkan minda kanak-kanak itu supaya hanya melihat apa yang dilihat oleh orang tua.

Dan apabila kanak-kanak ini dewasa, maka program yang sudah terbina didalam mindanya, digunakan kepada kanak-kanak lain. Akibatnya, manusia hanya melihat dalam sudut yang sempit.

Apabila kita masuk kedalam bilik yang sunyi, dimana yang berbunyi hanyalah detik jam. Kita boleh mendengar setiap detik jam berjalan. tetapi lama kelamaan, kita tidak lagi mendengar bunyi detik jam, sebaliknya mendengar bunyi-bunyi lain. Malah, detikan jam sudah tidak lagi kedengaran, dan kita cuma sedar apabila bunyi jam berubah apabila jam mengeluarkan bunyi yang berlainan.

Mengapa kita kadang-kadang mendengar bunyi detik jam, dan ada masanya hilang dari pendengaran? Kerana minda kita diasuh supaya hanya mendengar apa yang kita mahu.

Kita mendengar dan melihat bukan sahaja dengan mata dan telinga, tetapi juga dengan otak kita. Didalam otak, kita menyusun semuanya mengikut kategori dan susunan.

Otak kanak-kanak bermula dengan kosong. Dia tidak tahu daun itu hijau…tetapi kita yang memprogramkan mindanya dengan mengatakan daun itu hijau. Dia tidak tau api itu panas, tetapi kita yang memberitahunya..api itu panas. Minda kita diprogramkan oleh orang lain.

Bayangkan, seorang kanak-kanak…bangun tidor dan terus keluar rumah. Dia nampak pokok-pokok menghijau, dia merasakan keindahan kabus waktu pagi, dia merasakan angin berhembus, air mengalir dari sungai, binatang melintas dihadapannya. Dan bila dia balik, ibunya bertanya..”kamu pergi kemana?” dan anaknya menjawab, “keluar”. Adakah ibunya berpuashati dengan jawapan ini? Sudah tentu tidak. Ibu mahukan satu jawapan yang memuaskan hatinya lantas anak pun menjawab, “pergi kutip durian.”

Anak ini tahu, tidak ada perkataan yang dapat menceritakan betapa indahnya alam dan dia tidak mampu menceritakan apa yang dilihatnya. Tetapi apakah itu jawapan yang diperlukan oleh ibunya? Tidak. Ibu hanya mahukan jawapan yang dia mahu dengar. Kita memilih untuk mendengar apa yang kita mahu.

Nature on its own is colourless, soundless and scentless. It makes no sense. Until it has been sensed, it is nonsense.

Apa yang disebut diatas diatas bukanlah penemuan baru. Kelemahan manusia ini sudahpun dieksploit oleh pemimpin-pemimpin politik, para diktator ataupun para penakluk dunia.

Mereka yang berfikir diluar kotak, mudah saja menakluk minda dan pemikiran orang lain yang enggan keluar dari kepompong pemikiran lapuk.

Begitu banyak ilmu dan maklumat yang boleh diperolehi didunia ini. Sama banyak dengan gelombang cahaya dan gelombang bunyi, tetapi manusia memilih apa yang dia mahu dan apa yang disogokkan.

Pemimpin menggunakan TV3 dan Utusan untuk menyogok berita-berita yang hanya menceritakan kebaikan mereka, manakala berita-berita negatif disorokkan. Sebahagian besar rakyat percaya bulat-bulat apa yang disogokkan kerana pemikiran mereka sudah diprogramkan untuk menerima hanya berita-berita dari sumber yang ’sah’. Mereka menolak dan menyifatkan berita-berita dari sumber lain kerana ianya tidak ’sah’.

Ini berlaku bukan sahaja dikalangan orang Umno, malah berlaku juga didalam Pakatan Rakyat. Orang Pas hanya mempercayaai Harakah. Orang PKR hanya mempercayaai Suara Keadilan. Sumber-sumber lain adalah bohong!

Orang-orang Umno hanya mempercayaai apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka. Kadangkala tidak masuk akal, tetapi mereka mempercayaai juga kerana mereka tidak menggunakan akal, sebaliknya melihat dan mendengar apa yang mereka mahu. Minda mereka telah diprogram sejak kecil untuk menerima hanya dari pemimpin Umno.

Orang Pas juga ditanamkan minda mereka supaya wala’ kepada pemimpin. Apa saja cakap pemimpin, wajib dituruti. Kadang-kadang tidak masuk akal, tetapi oleh kerana mereka dididik dan ditarbiyah supaya menerima saja keputusan pemimpin, mereka tidak menggunakan akal.

Ada orang PKR yang begitu taksub kepada Anwar. Sehinggakan apa saja kata Anwar dianggap wahyu.

Jangan hanya menggunakan mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar. Kita sebenarnya tidak perlu menggunakan mata untuk melihat ataupun telinga untuk mendengar.

Anjing dapat melihat apa yang kita tak dapat lihat. Burung hantu dapat melihat walaupun matanya rabun.

Kelawar dapat mendengar seribu kali lebih baik dari kita walaupun telinganya terlalu kecil. Gajah tidak dapat mendengar dengan baik walaupun mempunyai telinga yang cukup besar. Kalau hanya menggunakan deria yang ada, kita terlalu kerdil berbanding binatang.

Tetapi manusia mempunyai bakat yang terpendam. Setiap manusia memiliki synaesthesia, untuk melihat sesuatu menerusi perspektif yang berbeza. Kita mampu melihat, mendengar, merasa, menghidu, dan menyentuh perkara-perkara baru tanpa menggunakan pancaindera kita.

Apa yang perlu ialah menggunakan akal secukupnya. Manusia hanya menggunakan tidak sampai 10% dari kemampuan akal sebenarnya. Kerana kita mengharapkan, orang lain memikirkan untuk kita.

Wednesday, 12 August 2009

:: MSK : Mengenali Diri

Neophilia: Mengenali Diri

Aug 12th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana

2.00 petang: Sessi 3: Mengenali diri

Tepat jam 2.00 petang, tak ada sorang pun masuk kedalam dewan. mungkin masa yang diperuntukkan tak cukup. Ada yang nak hisap rokok, ada yang nak letak kepala, ada yang nak solat.

Aku pun tak minat nak bagi ceramah. Aku letak kertas kat atas meja…depa nak baca…bacalah. Tak mau baca pun tak apa.

Kesedaran.

Kita kena berada diluar untuk membolehkan kita menilai keindahan atau kekuatan kita.

Pulau yang cantik hanya dapat dilihat bila kita berada ditanah besar. Hutan yang aman hanya dapat dilihat dari jauh. Nelayan lebih mengetahui tentang laut dari ikan. Sedangkan dia tinggal didaratan.

Kematangan manusia adalah kerana kemampuan kita menggunakan akal fikiran dengan sempurna…sebagai alat untuk memahami. Bukan sahaja tentang dunia, malah tentang satu sama lain. Kita mampu melihat diri sendiri dan mampu meletakkan diri kita sebagai orang lain. Kita sedar tentang apa yang kita lakukan.

Kesedaran (consciousness) itu merupakan kunci utama. Kita tidak boleh menjadi manusia sekiranya tiada kesedaran. Ia sangat penting tetapi amat sukar untuk menerang atau memahami apa itu kesedaran. Siapa yang mempunyainya…dan siapa yang tidak mempunyainya.

Salah satu cara untuk mengetahuinya ialah dengan melihat cermin.

Apabila anak-anak berumur 1-2 tahun melihat cermin, terdapat satu perubahan sikap…apa yang dipanggil ’self-directed’. Dia tahu bahawa itu adalah imejnya. Kalau dia melihat sesuatu terdapat dimukanya pada cermin tersebut, dia akan meraba mukanya. Ini menunjukkan dia sedar, bahawa wajah yang terdapat didalam cermin itu adalah imejnya.

Berlainan dengan anjing atau kucing. Mereka tidak ada kesedaran. Bila melihat wajah mereka dicermin, mereka menganggap itu adalah sesuatu yang lain. Anjing akan menyalak dan kucing akan mencium seolah-olah imej mereka didalam cermin itu sesuatu makhluk yang lain.

Ini bukanlah ukuran kecerdikan (intelligent) diantara manusia dan binatang…tetapi tahap kesedaran yang dimiliki. Tidak banyak perbezaan secara fizikal diantara imej manusia dengan binatang, tetapi persepsi yang lahir dari pemikiran manusia dan binatang amat jauh berbeza.

Disebuah zoo di Santa Barbara. California…seorang ahli saikologi bernama David Premack melakukan ujian terhadap seekor orang utan bernama Sarah. Dia menayangkan video yang menunjukkan seseorang sedang kesejukan didalam lokap. Disebelah orang utan tersebut diletakkan beberapa barang. Diantaranya selimut dan kunci. Dan orang utan ini dapat memilih barang yang betul ketika memberi respons terhadap video yang dilihatnya. Tetapi Sarah hanya dapat memberikan respons yang betul apabila orang yang didalam video tersebut orang yang dikenalinya sahaja.

Premack membuat kesimpulan bahawa Sarah mempunyai kemampuan untuk berfikir dan merasakan apa yang dirasakan oleh orang lain. Melalui respons yang diberikan, Sarah seolah-olah berkata, ” Aku faham masalah kamu dan aku dapat merasakan masalah kamu.”

Manusia juga begitu. Ada manusia yang tidak mempunyai kesedaran seperti anjing dan kucing. Manusia jenis ini melihat manusia lain itu sebagai makhluk asing.

Ada juga manusia mempunyai tahap kesedaran seperti orang utan. Dia cuma respons kepada orang yang dikenalinya sahaja. Ada juga manusia seperti serigala, hanya baik kepada kumpulannya sahaja, tetapi menganggap semua binatang lain sebagai musuhnya.

Dan apabila lebih ramai manusia tidak dapat menggunakan kesedaran mereka dengan baik. Maka terjadilah peperangan, kebuluran, kemiskinan, diskriminasi, permusuhan….kerana kita tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh pihak lain. Kita lebih teruk dari binatang.

Binatang tidak mempunyai kawan. Mereka tidak boleh bekerja bersama-sama. Mereka tidak boleh berkahwin dan kekal seperti manusia. Tetapi anehnya, semakin manusia memiliki tahap kecerdikan yang tinggi, makin rendah tahap kesedaran kita.

Apa yang perlu diubah?

Bagaimana dinosaur boleh terhapus? Kerana semut dan lebah .

Kalau dinosaur, yang dianggap sebagai raja segala binatang boleh terhapus, tak kan Barisan Nasional yang ciput pun tak boleh dihapuskan? Kalau dinosaur boleh tewas kepada semut dan lebah, tak kan parti kecil tak boleh dihapuskan oleh manusia yang mengaku cerdik?

Asas utama dalam peperangan ialah perpaduan dan persefahaman.

150 juta tahun lalu, dunia dipenuhi oleh hanya beberapa jenis tumbuhan dan binatang. Bagaimana dinosaur terjadi, itu cerita lain tetapi yang menarik ialah bagaimana dinosaur boleh pupus dari muka bumi ini.

Mengapa tak ada diantara ulama-ulama yang mengkaji tentang dinosaur? Mungkin kerana tak ada surah didalam Al-Quran yang bercakap tentang dinosaur.

Kehidupan dibumi ini terbahagi kepada beberapa kelas. Kaum bangsawan, golongan pertengahan dan kelas bawahan. Baik binatang atau manusia…sama saja.

Dinosaur terlalu kuat sehingga tidak ada binatang lain yang mampu mengalahkan mereka. Banyak binatang-binatang seperti gajah terpaksa melarikan diri ataupun mati dimakan dinosaur. Lama kelamaan, wujud jurang diantara kelas. Tidak ada kelas pertengahan. Yang ada hanya kelas dinosaur dan serangga-serangga yang tidak diminati oleh dinosaur.

Ada serangga opportunis dan ada serangga spesialis. Serangga spesialis, penghisap darah seronok dengan kehadiran dinosaur kerana mereka boleh hinggap dibelakang dinosaur menghisap darah. Tetapi ada serangga reformis yang cuba menghapuskan dinosaur. Mereka mahukan dunia yang penuh dengan diversiti dan harmoni. Dan mereka ini kreatif. Mereka tidak menentang dinosaur, tetapi cuba mengubah ekologi.

Serangga-serangga ini ialah semut dan lebah. Merekalah penyebab kepupusan dinosaur.

Keunikan serangga-serangga ini ialah kerana sistem sosial mereka yang cukup baik. Semut dan lebah menjadi pemangkin kepada perubahan kerana mereka membantu melakukan pendebungaan. Lebah dan semut membawa polen-polen dari bunga-bunga yang berlainan dan mengahwinkan mereka untuk mencipta hibrid-hibrid yang baru. Semut membantu lebah dengan memakan fungus atau kulat-kulat untuk memastikan bunga-bunga menjadi buah. Buah akan mengeluarkan biji dan biji akan menjadi benih.

Semut dan lebah melakukan ini untuk beberapa ribu tahun, manakala dinosaur yang semakin kehilangan sumber makanan terpaksa bertarung sesama sendiri. Akhirnya mereka pupus bukan kerana serangan dari luar, tetapi akibat persengketaan sesama sendiri.

Umno juga begitu. Mereka merasakan mereka terlalu gagah. Golongan pertengahan cuba dihapuskan dengan pelbagai sekatan. Golongan cendekiawan melarikan diri kenegara lain, golongan korporat melabur dinegara lain, kerana semua yang ada dinegara ini cuba dimonopoli oleh golongan Umno sahaja. Pembangkang cuba dihapuskan dengan pelbagai diskriminasi. Tak usah harap nak dapat projek kalau bukan ahli Umno.

Umno cuba mewujudkan monokultur dimana semua rakyat dinegara ini hanya perlu tunduk kepada mereka. Mereka tidak mahukan diversiti kerana merasakan diversiti itu mengancam mereka.

Umno sudah menjadi terlalu kuat. Mereka menguasai hampir semua jentera kerajaan. Polis, Tentera, Kehakiman, malah Raja-Raja Melayu juga terpaksa mengikut telunjuk mereka. Umno telah mewujudkan kelas bangsawan dan menghapuskan kelas pertengahan.

Yang ada sekarang hanyalah kelas bawahan. Rakyat.

Rakyat tidak perlu melawan Umno. Biarkan dia mati dengan bergaduh sesama sendiri. Terengganu boleh dijadikan contoh.

Apa yang penting ialah rakyat perlu bersatu. Tak usah pedulikan Hasan Ali. Biarkan Ronnie Liu. Mampuih pi dengan Jeff Ooi. Mereka ini adalah gajah dan seladang yang akan mati dibaham dinosaur. Singa tidak akan berani menyerang rusa yang berkumpulan. Singa hanya menyerang rusa yang bersendirian.

Bagi tumpuan kepada sesama rakyat. Jadi macam semut dan lebah. Jangan semua nak jadi pemimpin sampai tak ada sapa nak buat kerja. Semut dan lebah lebih banyak bekerja dari bercakap. Tak nampak pun mereka bersembang atau berceramah, tapi setiap kali berjumpa sesama mereka, mereka akan tunduk hormat, bersalam sebelum meneruskan perjalanan.

Itu yang perlu kita lakukan. Jumpa setiap rakyat, tunduk hormat…bersalam. Sudah cukup untuk mengambil hati rakyat.Tapi kalau datang nak tayang kereta, mahu dilayan macam Queen..tak payah pun tak apa.

Evolusi untuk menghapuskan BN tidak memerlukan beribu tahun sebagaimana semut dan lebah mencipta evolusi untuk menghapuskan dinosaur. Pas sudah memulakannya lebih 50 tahun lalu. DAP juga begitu. PKR bermula 10 tahun lalu. Tetapi kita masih gagal menumbangkan Umno kerana kita mengaku cerdik…tetapi sebenarnya bodoh.

Ramai pemimpin Pakatan Rakyat tidak boleh diharap kerana mementingkan diri sendiri. Mereka pentingkan kelompok sendiri.Mereka tidak mau menjadi semut dan lebah….mungkin kerana mereka merasakan bahawa mereka sudah menjadi kelas pertengahan.

Tuesday, 11 August 2009

:: MSK : Memahami Alam Sekeliling

Neophilia: Memahami Alam Sekeliling

Aug 11th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana

11.00 pagi: Sessi 2: Neophilia - Memahami Alam Sekeliling.

Tepat jam 11.00 pagi, aku kena sambung sessi ke 2…tapi yang ada kat depan aku tak sampai setengah! Yang lain pi mana? Tak mau masuk ka? Mampuih pi la kat hangpa. Mungkin depa dah buat keputusan…cabuuuut!!

Tapi tak pa, sebab aku dah kata…kalau ada lima orang pun tak apa, janji yang ada kualiti.

“Terima kasih saudara-saudara kerana masuk balik kedalam dewan ini. yang lain tu biaq pi la.

Apa yang ‘baru’ dalam dunia ini?

Tak ada satu pun yang baru, sebaliknya…apa yang ada didunia ini adalah perkara yang sama sejak lima billion tahun yang lalu. Udara yang kita hirup hari ini adalah udara yang sama pernah dihirup oleh Confucius, Coppernicus, Einstein, Altantuya.

Tanah yang kita pijak ini adalah tanah yang sama pernah dipijak oleh Nabi Adam, Jesus Christ, Gautama Buddha, Lincoln dan Tunku. Dan air yang kita minum, adalah air yang sama pernah diminum oleh manusia zaman neolitik dulu.

Semuanya dikitar semula. Recycle!

Kita diperangkap oleh satu paten tenaga yang dikuasai oleh tiga undang-undang fizik yang dipanggil Laws of Thermodynamics. Kalau tak tau apa dia Laws of Thermodynamics…pi tanya Lebai Google. Jangan nanti bila dah jadi ADUN, orang cakap pasal biodiversity, hangpa tak tau apa dia.

Kehidupan kita dikuasai oleh undang-undang fizik. E=mc2. Kita percaya kepada undang-undang ini…malah kita bangga mendapat ijazah dengan mempelajari undang-undang ini. Tetapi dalam masa yang sama, kehidupan kita dibumi ini sentiasa saja bercanggah dengan undang-undang sains yang kita pelajari.

Mengikut Laws of Thermodynamics, bumi ini sepatutnya sudah sampai kepenghujung. Kalau mengikut lojik saintifik, bumi yang dipenuhi duapertiga daripadanya air masin, atmosfera yang dipenuhi dengan karbon dioksida, bercampur dengan oksigen yang senang saja memulakan kebakaran..tidak sesuai untuk apa saja kehidupan, sepatutnya bumi ini sudah lama mati.

Tetapi ini tidak berlaku, sebaliknya kita masih lagi hidup dengan sempurna.Angin masih lagi bertiup, atmosfera kita masih lagi dipenuhi dengan nitrogen dan oksigen…tidak pernah habis walaupun kehidupan bertambah.

Order grows out of anarchy!.

Kehidupan kita dinegara ini sepatutnya sudah lama hancur. Kalau ikut Laws of Barisan Nasional, kita semua sudah lama mati kerana bergaduh. Kita semua sudah mati kerana tak makan. Dan kita semua sudah lama mati kerana tak ada Umno.

Kerana mengikut Laws of Barisan Nasional, Kalau tak ada Umno, rakyat makan ubi kayu. Kalau ikut Umno, rusuhan kaum akan berlaku. Kalau tak ada Umno, ekonomi negara akan hancur.

Tetapi ini tidak berlaku! Kita masih hidup kerana menentang Laws of Barisan Nasional. Tidak ada rusuhan kaum, sebaliknya kita menjadi rapat kerana menentang Laws of Barisan Nasional. Dan kita merasa bangga kerana kita tidak dikongkong oleh pemikiran Barisan Nasional.”

Audiens didepan aku dah mula mengantuk. Baru pukul sebelas setengah pagi, dah mengantuk. Rupanya ramai jugak spesis Pak Lah dalam PKR. Sementara itu, sorang-sorang baru masuk kedalam dewan. Semuanya bau rokok. Kalau macam ni la depa nak jadi Ahli Parlimen…baik tak payah.

Aku kena potong banyak lagi contoh-contoh saintifik tentang ekologi, biodiversity dan sebagainya. Kalau aku sambung…nanti semua terlena.

“Saudara, selepas tujuh minggu selepas seorang ibu itu disahkan positif mengandung, otak embryo didalam kandungan ibu tersebut mengalami satu proses yang dipanggil “population explosion”. Sel-sel didalam otak embryo tersebut bertambah secara perlahan dalam masa tujuh minggu pertama, tetapi pertambahan berikutnya sangat drastik.

Dalam masa lima minggu berikutnya, sel-sel didalam otak bayi tersebut akan mencapai sebanyak 10 billion sel. Dan tiba-tiba proses ini terhenti, bersedia untuk perkembangan yang berlainan. Dalam minggu-minggu berikutnya, sel-sel otak didalam embryo tersebut mula mencuba mengenali apa yang diluar rahim. Ini bukan mitos…sebaliknya orang-orang Melayu dulu kala mula melakukan pelbagai istiadat untuk ibu yang mengandung, demi kesejahteraan anak yang dikandung. Banyak pantang larang dikenakan kerana apa yang dilakukan oleh ibu…akan dipelajari oleh anak yang didalam kandungan.

Anak yang didalam kandungan sudah mula meneroka dunia luar ketia ia masih lagi dalam kandungan. Anak yang didalam kandungan sudah mula berinteraksi dengan dunia luar!

Kehidupan manusia diatas bumi juga berkembang hampir sama dengan perkembangan sel-sel didalam otak embryo. Semasa zaman Neolitik, dijangkakan terdapat hanya 20 juta manusia dibumi ini. Ia mengambil masa 10,000 tahun untuk menjadikan jumlahnya 40 juta. Kemudian ia mengambil masa 5,000 tahun lagi untuk menjadikan 80 juta.

Jarak masa yang diperlukan untuk menambah bilangan manusia semakin lama semakin pendek sehinggalah bilangan manusia mencapai 1 billion pada tahun 1840. 2 billion pada tahun 1930. 4 billion pada tahun 1976 dan mengikut jangkaan saintis, jumlah penduduk dunia akan mencecah 10 billion pada tahun 2095.

Dalam masa yang sama, proses ‘inter-connection’ bermula dibumi. Pada tahun 1976, terdapat 200 juta telefon diseluruh dunia. Satu sistem komunikasi yang hampir sama rumitnya dengan otak manusia. Hari ini, selepas 30 tahun kemudian, hampir setiap manusia mempunyai ‘inter-connection’ dengan manusia lain. Dan setiap peralatan komunikasi ini mengeluarkan ’signal’ diatmosfera kita.

‘Signal’ yang kita pancarkan ini, sama dengan denyutan jantung anak didalam kandungan. Apakah tidak mungkin, ada ‘makhluk’ diluar sedang memerhatikan kita? Sama seperti doktor menggunakan ‘ultrasound’ untuk memerhatikan anak didalam kandungan.

Contoh-contoh yang saya berikan adalah bukti, bahawa dunia ini bergerak mengikut putaran yang telah ditetapkan. Ada yang menamatkan putaran sebulan sekali, ada yang setahun sekali, sepuluh tahun sekali dan ada yang seribu tahun sekali.

Begitu juga dengan politik kita. Pas mengambil masa begitu lama untuk mendapat 100,000 ahli, dari tahun 1951 hinggalah 1987. Keahlian Pas bertambah kepada 400,000 pada tahun 1990. Tetapi ahli Pas melonjak kepada 700,000 pada tahun 1998 dan naik kepada satu juta pada 2008.

Dan sekarang, keahlian Pas akan mula beransur perlahan kerana Pas sedang memasuki proses seterusnya, sama seperti proses bayi didalam kandungan.”

Lagi lama aku bercakap….lagi ramai yang menguap. Boring!! Patut la masa ceramah depa tak suka cakap pasai fakta dan angka…rupanya membosankan. Penonton mahukan hiburan…bukan cakap-cakap saintifik.

Rehat lima minit…sapa-sapa yang nak hisap rokok…boleh keluar sekejap. Fuh!!! Masing-masing berebut keluar ikut pintu. Nasib baik tak ada tingkap.

Cukup lima minit…depa tak masuk jugak. Macam tu lah manusia. bagi sepuluh minit…depa nak 20 minit. Bagi 20 minit…depa nak 40 minit.

“Saudara… apabila Alexander Fleming meninggalkan sampel Staphylococcus tanpa ditutup selama beberapa hari, ia dilakukan secara tidak sengaja. Apabila kulat-kulat Penicillium terbentuk diatas sampel tersebut..ia juga terjadi secara tidak sengaja.

Tetapi apabila Fleming mendapati kulat-kulat tersebut menghalang pertumbuhan bakteria Staphylococcus, Fleming mula menyelidik. Dan kejayaan Fleming menemui Penicillin bukan secara tidak sengaja.

Benar dia menemui Penicillium secara tidak sengaja, tetapi beliau berjaya menggunakan peluang yang diberikan kepadanya, untuk menghasilkan sesuatu yang berguna kepada manusia. Dan dia berjaya kerana berfikir dengan minda terbuka. Dan peluang yang diperolehinya, digunakan sepenuhnya. Dia seorang opportunis.

Fleming berjaya mendapat Anugerah Nobel kerana kejayaanya. Bukan kerana penemuan yang terjadi secara tidak sengaja, tetapi kerana usahanya menggunakan peluang yang diperolehinya.

Pembangkang menang besar dilima negeri secara tidak sengaja. Tidak ada sesiapa yang dapat menjangkakan kemenangan yang begitu besar. Malah ramai yang tidak mahu bertanding, kerana menjangkakan akan kalah.

Pakatan Rakyat tercipta secara tidak sengaja. Ia terjadi apabila timbul keperluan untuk menubuhkan kerajaan. Ia terjadi setelah rakyat menolak Barisan Nasional.

Siapa diantara Saudara-Saudara disini yang mahu menjadi Alexander Fleming? Siapa diantara Saudara-Saudara disini yang mahu menggunakan peluang yang diberikan untuk menghasilkan sesuatu yang berguna untuk manusia? dan siapa diantara saudara yang mahu menerima anugerah kerana kejayaan diatas usaha saudara?

Ataupun saudara hanya mahu menjadi seperti singa, hanya menunggu habuan didepan mata, tanpa usaha. Menjadi Raja Rimba, melalui kesilapan dan kelemahan orang lain.

1.00 tengahari: Makan tengahari.

2.00 petang: Sessi 3: Mengenali diri

Friday, 7 August 2009

:: Malaysia: Web filter plan

News Asia-Pacific

Malaysia defends web filter plan

Raja Petra, a Malaysian blogger, was arrested over comments he posted on his website [EPA]

The Malaysian government has defended the establishment of an internet filter, amid criticism it may be used to stifle politicial dissent in the country.

A senior official with the National Security Council (NSC) confirmed reports that the coalition government was considering imposing controls - effectively scrapping a 1996 guarantee that it would not censor the internet.

He told the AFP news agency on Friday: "We need to maintain racial harmony. We cannot have full-blown democracy like in the United States.

"It is to keep out pornographic materials and bloggers who inflame racial sentiments.

"This country must survive."

Hundreds march

He dismissed suggestions the proposal echoed China's aborted "Green Dam" project, aimed at introducing internet filtering software on all new computers sold in the country.

The proposal comes after anti-government protests last week in which nearly 600 people marched on the streets of the capital Kuala Lumpur demanding an end to a controversial security law.

An unnamed source told Reuters news agency: "They [the government] are looking to tweak the technical and legal details of implementing this internet filter, setting the stage for its implementation late this year or next year."

The country's opposition has described the move as a "horror of horrors" that would destroy the relative freedom of the internet in Malaysia, where the mainstream press is tightly controlled.

The memory of deadly racial racial riots in 1969 is still strong in Malaysia, and the need to preserve peace between majority Muslim Malays, and the minority ethnic Chinese and Indians, is commonly invoked by the government.

Tight controls

In July, China indefinitely postponed its controversial plan requiring all computers sold in the country to have specially designed internet filtering software installed.

The Malaysian government had promised in 1996 not to censor the web [AFP]
China said the Green Dam software was designed to block internet pornography and protect children, but the policy drew flak from industry and human rights groups as well as foreign governments.

They said it distorted fair market competition and could be used to tighten Beijing's grip on political dissent.

Malaysia's lively blogosphere has been a thorn in the side of the Barisan Nasional government, which has ruled for more than half-a-century, but was dealt its worst ever results in elections a year ago.

Internet news portals and blogs, which escape tight controls on the mainstream media, were credited as a key element in the swing towards the opposition which heavily used new media to communicate its ideas.

Source: Agencies

:: MSK : Intro

Neophilia: Intro

Aug 7th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, Rencana

Oleh: MSK

Tarikh: 2 September 2010

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Tropicana Merchant Square

Fuziah Salleh minta aku bagi ceramah motivasi kepada bakal-bakal calon PKR untuk pilihanraya umum akan datang. Pasai apa Fuziah Salleh panggil aku…aku pun tak tau. Aku bukan tau tentang Covey atau Naisbitt macam Haji Mail. Aku bukan tau pasai Umar Ibn Aziz atau Harun Al-Rashid macam Mustafa Kamil Ayub. Aku cuma tau sikit-sikit pasai binatang, pasai alam.Tak ada sijil, tak ada degree.

“Haaa…tu la pasai aku panggil hang” kata Kak G. Aku tak pernah panggil Fuziah Salleh dengan gelaran YB… leceh. Aku lebih seronok panggil dia Kak G. Nanti panggil Gee saja, takut laki dia marah pulak. Lembu punya susu, ghee dapat nama.

“Tahun 2008 dulu, sapa pun tak nak jadi calon, terpaksa la kita sapu sapa saja yang boleh. Bila menang, huru-hara. Sekarang ni pulak, ramai sangat nak jadi calon, sampaikan Tukang Kebun pun nak jadi calon.” kata Kak G.

Tukang Kebun nak jadi calon dia perli!! Tapi panggil aku, yang cuma jadi pekebun, untuk bagi motivasi pada bakal calon..tak apa pulak?

Bukan Kak G saja yang dah huru-hara, Haji Mail pun huru-hara, sebab ramai sangat nak jadi calon. Maka terpaksalah depa buat tapisan…dan seminar hari ini adalah tentang kepimpinan, untuk menyediakan calon-calon yang bebas dari Amphibian Flu. Sejenis penyakit bawaan katak.

“Dipersilakan, Sdr. Matsamankati, untuk memberikan ceramahnya…..” Hj. Mail jadi Pengerusi Majlis. Selalunya, aku yang mempersilakan dia. Kali ini, dia pulak mempersilakan aku.

Aku berdiri kat rostrum…memandang kearah audiens. Aku tengok Emiza…bakal calon Tualang Sekah tunduk. Shamsul dari Batu Gajah pun ada! Nak ambik tempat Fong Po Kuan kot? Yunus Jamhari pun ada…tangan terkepit celah kangkang. Dalam hati dia mungkin berkata,” teruk la aku kena kutuk lagi…”

“Aku tak reti nak bagi hangpa ceramah motivasi, sebab aku bukan Hasan Ali. Dan aku tak reti nak bodek hangpa, pasai aku bukan Berahim Ali.Aku tak reti nak kelentong, pasai aku bukan Mustapha Ali. Kalau nak marah…jangan marah kat aku, tapi marah kat Kak G. Sebab dia yang panggil aku. Bila aku tengok hangpa semua dalam dewan ni, aku anggap hangpa semua macam binatang.”

Hj. Hamzah tertongak…marah kot. Yang lain tarik muka masam. Kak Wati sorang saja yang senyum. Dia marah pun dia senyum.

“Tapi Tuan-tuan bernasib baik…tak macam orang Umno. Masa Mahathir dulu…dia panggil Dr. Mahadevan, pakar psikitari dari Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, sebab dia rasa orang Umno semua gila.”

Kah-kah-kah…depa gelak. Aku cakap serius…depa gelak!! Aku kutuk depa, depa marah. Aku kutuk Umno…depa seronok!!

Kak G menulis sesuatu…melihat sikap bakal-bakal calon. Aku rasa ramai la yang tak lulus EQ test.

“Dikalangan Tuan-Tuan yang ada disini, saya tak boleh nak bezakan yang mana satu orang Umno, orang PKR atau orang Pas. Secara fizikal, semuanya sama. Kaki dua, tangan dua. Secara kosmetik pun sama saja. Kalau dulu, orang Pas cuma pakai jubah, sekarang lebih ramai yang pakai kot. Kalau dulu, Orang Umno pakai songkok bila ada majlis rasmi, sekarang yang pakai serban pun ramai. Dalam PKR…macam-macam ada.

Binatang pun macam tu. Secara fizikal, singa, harimau, monyet, tenggiling…semua sama. empat kaki.

Kalau binatang suka duduk dalam kelompok masing-masing, manusia pun macam tu jugak. Suka duduk dalam kelompok masing-masing.Orang Umno dalam kelompok dia, orang Pas dalam kelompok dia. Orang PKR dalam kelompok dia.

Kalau bangau salahkan ikan, ikan salahkan rumput, rumput salahkan kambing, kambing salahkan hujan, hujan salahkan katak, katak salahkan ular, manusia pun macam tu jugak. Pas salahkan PKR, PKR salahkan DAP, DAP salahkan MCA, MCA salahkan Gerakan, Gerakan salahkan Umno. Last sekali ular yang kenyang. Macam Umno.

Jadi…apakah yang membezakan binatang, dan apa yang membezakan manusia?

Sikap dan pemikiran. Hanya dua perkara ini yang membezakan kita. Dan dua perkara ini yang membezakan binatang.

Secara fizikal, singa dan harimau mempunyai sifat yang hampir sama. Tetapi secara saikologi, mereka mempunyai dua sikap yang jauh berbeza. Ini juga yang terdapat dikalangan Tuan-Tuan. Benar, secara fizikal, Tuan-Tuan semua adalah ahli PKR, tetapi secara saikologi, ada dua sikap yang berbeza . Satu, sikap dan pemikiran Umno, dan satu lagi sikap dan pemikiran reformis.

Dalam Pas pun macam tu jugak…ada yang berfikiran Pas dan ada yang berfikiran Umno. Walaupun depa semua ahli Pas.

Lepas ni, saya tak mau cakap pasal Pas, PKR atau Umno. Tuan-tuan fikir sendiri sama ada Tuan-Tuan nak masuk Pas, PKR atau Umno.”

Haji Mail huloq kat aku sekeping kertas. “Jangan kutuk Pas”, dia tulis. Ha.Ha…baru aku bagi intro…Hj. Mail dah ketaq.

“Singa…secara semulajadi merupakan haiwan yang malas.Cukup makan…dia lebih banyak relax. Dia tak inkuisitif…dia cuma tunggu. Bila ada arnab lalu depan dia, dia sapu. Ada rusa lalu, dia sapu.

Harimau.. sentiasa bertenaga. Dia mempunyai sistem saraf yang tidak membenarkan dia duduk relax. Dia perlu sentiasa berjalan, walaupun perut dia kenyang. Seeokor harimau jantan memerlukan kawasan seluas 53km persegi untuk dia merayau. Itu sebabnya, singa senang dipelihara di zoo, bagi dia arnab seekor sehari, dia dah berterima kasih. Tetapi harimau sentiasa agresif bila dikawal. Dia mahukan kebebasan…bukan nak makan.

Singa tergolong dalam kumpulan yang dipanggil..pakar (specialist), manakala harimau tergolong didalam kumpulan…opportunis. Kumpulan pakar adalah kumpulan yang senang ditangkap, dikurung dan dibela. Tak suka melawan, dan boleh menyesuaikan diri dalam masa yang singkat. Hari ini dia duduk dalam hutan, esok masuk zoo. Tak ada masalah.

Binatang-binatang lain yang tergolong dalam kumpulan pakar ialah helang, ular dan tenggiling. Bagi mereka makan, tempat yang selesa dalam zoo, dan mereka akan membiak dengan cepat.Mereka pun pandai politik, tapi politik mereka dari pusat kebawah. Perut dan sex. Kebanyakan binatang tergolong dalam kumpulan pakar. Mereka bersifat konservatif, mahukan keselesaan, dan kekal dengan cara mereka.

Selain daripada harimau…binatang-binatang yang tergolong dalam kumpulan oportunis ialah serigala, monyet dan orang utan. Mereka ini susah untuk dibentuk, mahu bebas dan panas baran. Kalau tak jaga betul-betul, dia akan melawan. Mereka pun pandai politik, tapi politik mereka dari dada keatas. Ilmu didada dan pemikiran yang bebas.

Ramai manusia tergolong dalam kumpulan pakar…macam singa. Kadang-kadang, hampir satu bangsa itu bersikap seperti singa. Malas..hanya menunggu peluang. Suruh cari ahli tak boleh. Suruh buat program tak boleh. Tapi bila tiba pilihanraya…tiba-tiba nampak muka depa.

Tapi bagi mereka dari kumpulan harimau, mereka mahukan cabaran. Mereka mahukan kebebasan. Mereka mahukan sesuatu yang baru dan menyeronokkan. Kadang-kadang masuk jerat, kena lastik, ada yang kena tembak. Tapi mereka seronok dengan risiko.

Kumpulan harimau…secara saintifiknya dikenali sebagai neophilic, manakala kumpulan singa dikenali dengan neophobic.

Neophobic bermaksud “mereka yang takut kepada pembaharuan” manakala neophillic adalah mereka yang “sentiasa mahu mencuba yang baru.”

Neophobic, yang juga dikenali sebagai kumpulan pakar, memang pakar dalam sesuatu pekerjaan. Dia cuma ada satu kaedah survival. Kalau kerja dia menipu, memang dia pakar menipu. Buat bumbung masjid pun dia boleh tipu. tapi bila tak ada projek…dia kantoi. Macam tenggiling…kerja dia menipu semut. Dia tahan lidah..semut semua hurung. Lepas tu dia telan. tapi bila tak ada semut…dia kelaparan.

Neophillic, yang juga dikenali sebagai kumpulan oportunis hidup dengan kebebasan. mereka sentiasa mencuba, menganalisa dan tak boleh duduk diam. Harimau, serigala dan monyet sentiasa mencari sesuatu. Mereka boleh hidup dengan apa saja. Manusia neophillic mempunyai pelbagai taktik survival. Kena buang kerja, dia jual goreng pisang. Gerai kena tarik Dewan Bandaraya, dia jual bundle. Bundle tak laku, dia jual sate. Kumpulan neophilic hidup berdikari….manakala kumpulan neophobic perlukan peruntukan dan subsidi.”

“Ni yang ramai-ramai nak jadi calon ni…kumpulan mana?” aku tanya kat audiens. Sorang pun tak jawab.

“Kalau ada diantara Tuan-Tuan yang tergolong dalam kumpulan neophobic, tak boleh hidup tanpa peruntukan dan subsidi..fobia kepada pembaharuan….jangan duduk dalam dewan ni. Pi masuk Umno, jadi macam singa…duduk dalam zoo. Makan orang bagi, berak orang cuci!” Sorang pun tak bangkit.

“Memang senang duduk dalam zoo, tunggu saja orang bagi makan. Depa tak bagi…kita bising. Depa bagi kita diam. Tapi lama-lama kita jadi bodoh…sebab tak pakai otak dan pancaindera kita.

Cuba tengok gajah kat zoo. Pelawat bagi kacang depa makan, bagi gula-gula depa sapu, bagi Twisties depa makan, bagi kasut depa telan, bagi kayu pun depa telan! Lepas tu depa tunduk ucap terima kasih. Bodoh punya gajah. Kat dalam hutan punya banyak makanan yang sedap-sedap, tapi depa bodoh pasai pemikiran mereka sudah dikongkong.

Tapi ramai manusia dah jadi macam gajah bodoh.Kat luar, jual koay teow pun boleh pakai Altis, jual bundle pun boleh pakai Hilux. Tak percaya tanya YB Yunus…betul tak?”

YB Yunus tersengih.

“Manusia jadi bodoh sebab depa nak hidup senang. Depa masuk polis…tak payah berfikir…cuma tunggu arahan. Orang suruh tangkap…tangkap. Orang suruh sembur…sembur. Tak payah berfikir macam mana nak sedapkan koay teow. Tak payah berfikir tentang pesaing.

Ramai yang masuk Umno…cuma tunggu peruntukan dan subsidi. Dapat 50 ringgit depa syukuuuur…orang lain sapu 50 juta pun depa tak mau tau.

Kalau Tuan-Tuan mahu berfikir macam Umno, bersikap seperti Umno, lepas minum nanti…tak pak payah masuk dah. Ada lima orang pun tak apa…tapi saya mahu mereka yang neophillic, mereka yang mahukan perubahan, mereka yang mahu tahu….apa makna reformasi.”

Sekian.

10.30 pagi: Minum pagi

11.00 pagi: Sessi 2: Neophilia - Memahami Alam Sekeliling.

:: Membina negara bangsa: Hishamudin melihat

Membina negara bangsa

Aug 7th, 2009 | By webmaster | Category: Team PerakExpress

Oleh Hishamudin Rais

Sebuah negara atau satu negara bangsa pada hakikatnya hanya wujud didalam fikrah warganya. Ianya hanya wujud didalam imijinasi. Negara dan bangsa wujud apabila ada imijinasi kolektif yang di kongsi bersama oleh warganya.

Imijinasi kolektif ini juga wajib di bantu dengan cita-cita, mimpi dan harapan bersama. Tanpa perkongsian imijinasi – tanpa mimpi dan harapan bersama - tidak mungkin negara bangsa boleh wujud dengan kompak.

Di negara kita ini pada hakikatnya masih belum wujud lagi satu negara bangsa yang boleh dipanggil Bangsa Malaysia. Ini bermakna identiti negara bangsa kita belum mengenap dan membatu.

Kita boleh memahami kenapa ini berlaku. Pertama - Malaysia ini adalah satu konsep yang baru. Malaysia wujud sebagai satu projek kolonial. Kedua - selama 50 tahun lebih ini upaya untuk membina negara bangsa telah gagal. Kegagalan ini adalah hasil dari falsafah dan pandangan dunia parti politik yang memerintah. Ketiga – patahnya pandangan dunia yang cuba melintasi konsep negara bangsa melalui takrifan agama dan kaum.

Sebagai sebuah projek kolonial – British telah memastikan kumpulan/parti politik yang menggantikan kuasa mereka tidak akan melihat penjajah sebagai musuh. Tidak dapat tidak badan politik yang dipilih oleh British untuk mengambila alih pentabiran Tanah Melayu dari British adalah badan politik yang akan terus bersetia dibawah payung British.

MCA, MIC dan United Malays National Organisation dipilih oleh British pada tahun 1956 bukan kerana mereka mendapat sokongan menyeluruh atau organisasi mereka kuat tersusun. Badan-badan politk ini diangkat, disokong dan didukung kerana kesetiaan mereka kepada British.

Kumpulan yang memanggil diri mereka Perikatan ini menggunakan kaum sebagai asas gerakan dan sokongan mereka. Sekali imbas memang dilihat amatlah lojik badan politik ini berpandukan kepentingan kaum masing-masing. Lojik ini bergerak untuk jangka masa pendek dalam usaha menyediakan ruang selamat ketika British berundur dari diserang oleh rakyat yang menuntut merdeka.

Untuk jangka panjangnya kita sedang melihat dan merasa musibah garis politik yang silap. Garis politik yang berasaskan perkauman ini mula dimunculkan dan dipupuk oleh British pada tahun 1946 dahulu. Garis politik inilah yang mengcengkam kita hingga ke hari ini.

Harus disedari bahawa tiga badan politik ini bukan protoganis awal yang bangun menentang British dan menuntut kemerdekaan. Mereka ini dalam istilah teater hanyalah pelakon tambahan dipermulaan pejuangan melawan British.

Kesatuan Melayu Muda, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Muslimin – adalah diantara protoganis awal. Protoganis-protoganis ini telah mengambil dasar melawan British dan telah mengajukan garis politik yang progresif.

Pandangan dunia yang progresif dari kumpulan ini telah cuba memandu warga Tanah Melayu pada ketika itu untuk lari dari asas kaum kepada asas kebangsaan. Ini terbukti dengan draf Perlembagaan Rakyat PUTERA/AMCAJA 1947 yang mentakrifkan sesiapa sahaja yang ingin bermastautin di Tanah Melayu pada ketika itu akan dipanggil Melayu.

Projek politik ini cukup radikal. Ianya bertujuan untuk memastikan kelahiran satu negara bangsa. Tanah Melayu yang berbagai-bagai bangsa tetapi satu warga negara bangsa. Projek ini telah digagalkan oleh British. British melihat projek meMelayukan semua bangsa ini amat merbahaya dan bertentangan dengan kepentingan ekonomi kuasa imperial Anglo pada ketika itu. Jika semua ditakrif sebagai Melayu maka strateji – pecah dan perintah – kantoi.

Apa yang berlaku pada 8 March tahun lalu adalah tanda jelas bahawa warga negara kita ini mahu menghidupkan kembali semangat yang terangkum dalam projek Perlembagaan Rakyat 1947. Selama lebih dari 50 tahun projek untuk mendirikan negara bangsa ini telah tergelincir dari landasan.

Lima puluh tahun dalam sejarah tamadun manusia hanyalah sedetik. Dalam pembinaan negara bangsa 50 tahun juga telalu singkat Tetapi dalam kehidupan seorang insan - 50 tahun mungkin lebih dari setengah hayatnya telah berlalu. Justeru kejayaan mengembalikan projek negara bangsa ini wajib dijaga dikawal rapi agar ianya tidak tergelincir sekali lagi.

Konsep yang diajukan oleh PUTERA/AMCJA pada tahun 1947 dahulu kalau diamati nyata asasnya masih kukuh dan boleh digunapakai walau pun Tanah Melayu telah menjadi Malaysia. Kalau dahulu cadangannya adalah untuk melahirkan Bangsa Melayu - hari ini kita berniat untuk melahirkan Bangsa Malaysia.

Jangan silap faham – Bangsa Melayu atau Bangsa Malaysia ini – hanyalah imijinasi yang dikonstruk. Ianya hanyalah konsep. Negara bangsa ini juga konsep yang boleh dikonstruk. Konsep ini wajib disepadukan dengan konsep Ketuanan Rakyat.

Ketuanan Rakyat adalah serampang dua mata. Pertama ianya bertujuan untuk membunuh konsep Ketuanan Melayu yang diwarwarkan oleh United Malays National Organisation. Kedua Ketuanan Rakyat sebagai satu sosial konstruk imijinasi dalam usaha kita bersama untuk melahirkan Bangsa Malaysia.

Sayugia diingati – membina negara bangsa bukan satu yang mudah. Manusia bukan batu bata yang boleh disusun dengan senang. Tetapi bukan satu yang mustahil jika pemimpin badan-badan politik dalam Pakatan Rakyat memiliki pandangan progresif berjangka panjang.

Kesilapan dan musibah durjana api perkauman yang kita hadapi selama 50 tahun ini wajib kita jadikan pedoman. Badan politik – malah badan atau kumpulan apa sahaja – yang berasaskan satu kaum telah dibuktikan sebagai jalan salah untuk melahirkan negara bangsa.

Malaysia sebagai sebuah negara majmuk – pelbagai suku bangsa, kaum , bahasa, agama – wajib menampilkan pemimpin politik dan pembuat pandangan yang memiliki pandangan dunia yang luas yang dapat melintasi batas-batas sempit.

Selama lebih dari 50 tahun yang lepas kita telah berada dalam kereta api yang gerabaknya bukan sahaja berkelas- kelas dan dipisah-pisah malah landasannya pun salah. Menuju entah ke mana.

Sesudah 8 March dahulu semua warga telah masuk kembali ke dalam gerabak kereta api Pakatan Rakyat. Sesiapa yang sedang berada di dalam gerabak kereta api ini tidak banyak memiliki pilihan melainkan belajar untuk kembali mengenali satu sama lain sekali lagi.

Kali ini kita tahu Pakatan Rakyat ini sedang bergerak untuk melahirkan projek negara bangsa yang telah disabotaj oleh British pada tahun 1947 dahulu. Di luar landasan kereta api pasti ada anjing yang akan terus menyalak tetapi kereta api ini akan terus meluncur mara.