Bung Moktar bebas penjara | |
|
![]() 1 RAMADAN YANG BERKAT. Rayuannya diterima oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini dengan alasan hukuman penjara yang dikenakan adalah terlalu berat memandangkan ia kesalahan pertama ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah itu. Beliau hanya dikenakan denda RM1,000. ![]() BUNG SEBAK BILA LEPAS HUKUMAN PENJARA SAMBIL DITENANGKAN ISTERI MUDANYA, ZIZIE EZETTE. Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan kepada Bung untuk memberi amaran kepada orang ramai untuk menghormati undang-undang syariah. Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad semasa menjatuhkan hukuman itu berkata: ''Tertuduh merupakan seorang ahli Parlimen yang terlibat dalam meluluskan sesuatu undang-undang. Beliau seharusnya menghormati dan mendukung undang-undang tersebut tidak kira undang-undang sivil atau syariah." Nampaknya tarikh 1 Ramadan membawa berkat buat Bung apabila debaran beberapa bulan membuat rayuan hukuman kesalahan poligami itu akhirnya memihak kepadanya apabila terlepas daripada hukuman penjara. |
No comments:
Post a Comment