Sunday 1 August 2010

:: 1 Ogos: Gara2 naiknya harga minyak ?

SEORANG rakyat Thailand
sedang mengisi minyak Petrol RON97
di sebuah stesen minyak di pekan Rantau Panjang Kelantan.
Mulai hari ini stesen minyak tersebut mengunci pam
RON95 selepas larangan pembelian terhadap kenderaan asing.

1 Ogos - Utusan/Hafiz Johari



...........................................................................................................



Rakyat Malaysia miliki kereta asing tunjuk Mykad beli RON95

01/08/2010 4:13pm

KOTA KINABALU 1 Ogos – Warganegara Malaysia yang mempunyai kereta bernombor pendaftaran negara asing perlu menunjukkan kad pengenalan untuk membeli petrol RON95 di stesen minyak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran ini dibuat kerana terdapat ramai rakyat Malaysia terutama di Johor yang bekerja di Singapura memiliki kereta bernombor pendaftaran republik itu.

"Kita tahu ada yang ramai (rakyat) mendaftar kereta mereka di Singapura, dan berulang-alik di antara Johor Bahru dan Singapura.

“Jadi mereka hanya perlu tunjukkan kad pengenalan di stesen minyak, kerana tujuannya adalah untuk menjual minyak RON95 hanya kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Coop Fest Zon Sabah 2010 di sini, hari ini.

Bermula hari ini, penjualan minyak petrol RON95 di semua stesen minyak di seluruh negara hanya dibenarkan dijual kepada rakyat tempatan bagi memastikan subsidi minyak hanya untuk rakyat Malaysia sahaja, sementara bagi kenderaan asing, mereka hanya dibenarkan membeli minyak petrol RON97.

Ismail berkata, beliau akan menempatkan pegawai penguat kuasa di beberapa stesen minyak di kawasan sempadan untuk memastikan pematuhan larangan ini dikuatkuasakan mulai hari ini.

– Bernama







No comments:

Post a Comment