Saturday 21 November 2009

:: Pantai Remis punca laba

Sunday, November 22, 2009

albanjari dan persepsi hidupku masa lalu

Oleh : albanjari


Minggu depan, aidil adha. Jajaan di pasar ahad, minggu ini meriah sekali. Daun palas dan buluh lemang sudah mula dijual orang. Tawar menawar, rebut merebut. Sibuknya melayu mahu menanti raya. Biarpun sekadar raya korban.

Diseberang jalan, tok haji Tapa tak menang tangan melayan pelanggan. Bukan menjaja buluh, jauh sekali menawar daun palas. Tapi sibuk melayan pelanggan yang mahu membeli Harakah. Mungkin kerana muka hadapan akhbar itu tersisip wajah Tuan Guru Nik Aziz. Lakunya bukan kepalang. Dengan tanda tajuk yang cukup berdaya laku, 'Nik Aziz di mata dunia'. Yang lalu lalang tentu teruja, hebatnya aura Nik Aziz dimata pembaca. Jualan Harakah laku gila.

Selang 10 tapak, ada jajaan 'bundle' pula di situ. Wah..lakunya disinggahi pelanggan. Jajaan 'bundle' tidak lagi dipandang hina lewat 20 tahun lalu. Jika dahulu, mahu menyinggah pun malu. Kini menjadi 'trend' pula, bergaya lawa dengan produk 'bundle'. Jika yang Ori, sudah kurang dipandang orang. Sekadar berpersepsi dari pandangan peribadi aku yang tidak sekaya ADUN Melor.( klik imej dibawah untuk full story)


Kata bijak pandai ( yang telah disekolahkan..), belilah yang dihajat hati, sambil pegang UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI. Mungkin perumpamaan itu sekadar layak buat orang macam aku. Tidak kepada orang lain. Generasi muda yang kaya-kaya. Jika tulin kaya, tidak mengapa. Jangan hipokrit kaya tapi tangan mengenggam erat kad kredit, buat apa. Itu berhutang namanya.

Aku juga pernah muda. Gila ka apa? Jika ada samdol kata, aku tak pernah muda, itu wajib disekolahkan ! Pernah juga hidup penuh gaya. Sekadar bergaya dengan jenama Bukit kayu Hitam. Aku juga pernah bergaya, punya seluar jeans hebat berjenama, LEVI's itulah jenamanya. Setiap hujung bulan, ke Siamlah, mencari gaya. Hahaha..LEVI's 501 baru RM60 hinggit. Sikit serupa dengan yang Ori, tapi tak mengapa, awek bukan letak cinta pada seluar kita. Itu persepsi aku saja. Orang lain lain pula padangnya. Mungkin tentu bukan padang ragut !

Gila ka apa, aku nak beli jeans di Pacific Mall, tu dengan harga RM200++ di zaman tu. Dalam hotak 'bundle' aku, itu kira belian yang membazir. Peduli apa orang nak kata. Lu kolot la bro ! Mampuih pi la hangpa..biarlah aku kolot. Sekolot pandangan setengah geng muda, yang mengata suka-suka hati mereka, tentang cara aku menulis. Itu cara aku. Tak payah sibuk nak melabel ini itu. Persepsi lagi !

Dulu, ketika aku belajar di sekolah menengah, arwah ayah aku hanya bagi aku RM50 untuk belanja sebulan. Nak lebih RM kena tolong dia, jual ikan dan sayur di kedai runcit kecil miliknya. Orang Titi Gantung mesti ingat aku dan kedai arwah tu. Nostalgia tu.

Belajar di ITM, dengan belanja RM100 sebulan. Gila ka apa ? Tapi.., cukup juga. Berjaya juga, aku rembat 2 sijil Dekan. Mungkin cara itu, arwah ayahku menerapkan pelajaran tentang nilai RM1 dalam hidup anak-anaknya. Jika mahu lebih dari RM100, terpaksalah aku kerja keras setiap cuti semester pulang ke kampung, dengan menjaja ikan yang aku sendiri beli dari Pantai Remis. Aku ingat lagi bila van C20 yang aku pecut laju, langgar rumah cina. Ranap pintu depan..berterabur ikan. Dengan van tu jahanam !

4 tahun aku berniaga ikan setiap kali cuti semester. Ikan kembong masa tu (1989-1993) baru sekitar RM1.20 sekilo, tapi jual RM1.60 sekati. Ketam biru, RM4.50 sekilo, jual pulak RM6 sekilo. Memang lumayan. Tak pernah tak habis ! Murahnya rezeki aku. Sehari tak kurang 80 - 100 kilo jajaan ikan aku habis aku jual. Pernah aku cakap kat arwah ayah aku, aku nak jadi tokeh ikan. Aku nak berhenti belajar di ITM tu. 3 hari dia tak tegur aku !

Ketika aku praktikal di Bangunan Pejabat Persekutuan Ipoh, depan SUK tu lah. Sapa tak kenal aku ! Tokeh udang dan ketam segar terus dari ladang. Tahun 1990 dan 1992. Pakcik Duazi mesti kenal aku. Itu pun kalau dia baca artikel ni. Abang Halim, Pakcik Mani, Kak Rosmah dan banyak nama lagi aku dah lupa(tu semua yang ada di Jabatan Perancang Bandar), belum lagi yang di Pelancongan Negeri, kena pulak Pen. Pengarahnya memang anak saudara ayah aku, bisnes terus berjalan, 5 bulan beb !

Semua udang2 dan ketam aku ambil dari Pantai Remis, balik kerja dari Ipoh terus ke Pantai Remis, dalam boot kereta dah siap kotak putih 2-3 buat isi jajaan utk esok. Aku jual 3 jenis udang saja. Tonghae, Chaphae dan entah apa nama lagi satu tu. Paling murah tu ler, tonghae RM10 hinggit sekilo aku jual. Modal di pelantar masa tu cuma RM4.80 sen/kilo. Paling mahal Chaphae RM36 hinggit aku jual, modal aku cuma RM20 sekarang jangan tanya udang tu dah cecah RM80 hinggit kat pasar. Itulah rutin aku. Kena usaha untuk dapatkan duit sendiri.

Dan pada 1996, ketika aku sudah berkerjaya sebagai jurutera dan mempunyai pendapatan ribuan ringgit sebulan, aku masih tidak nampak signifikasi memakai barangan yang harganya mahal sedangkan ada alternatif lain yang setaraf dan setanding dari segi kualiti malah lebih. Sehinggalah akhir jawatanku, sebagai Assistant Factory Manager, disebuah kilang Korea-Malaysia, aku makin jatuh cinta pada barang 'bundle'. Malah bikmama aku juga turut terpedaya dengan jenama Siam dan produk bundle ditubuhku. Wakakaka..!!

(*) Moralnya - barangan 'bundle' semakin berkualiti untuk dijadikan pilihan.

No comments:

Post a Comment