Antara saranan Mahathir dan selera rakyat. |
"
Namun yang boleh dipersoalkan ialah adakah pemimpin umno sekarang 'segan' dengan saranannya itu. Jika pemilihan MT umno yang lepas menjadi perbandingan tidak mustahil cakap Tun hanyalah seperti anjing menyalak bukit. Kita lihat selepas pemilihan tersebut si polan yang telah disabitkan bersalah oleh lembaga disiplin parti mereka sendiripun masih mendapat tempat dan dikekalkan sebagai pemimpin walaupun dibantah keras oleh Tun. Adakah sudah tidak ada orang yang lebih bersih di kalangan mereka untuk menjadi pemimpin?
Begitu juga ada di kalangan bekas ‘anak buahnya’ sendiri yang cuba mengusirnya daripada umno sedikit masa dahulu. Ini menunjukkan tahap ke’segan’an pemimpin umno terhadap Tun tidaklah setinggi mana. Rakyat sudah maklum itu dan mereka lebih memahaminya.
Dari satu sudut yang lain media ( baca pencacai ) seakan ingin mengalih perhatian rakyat daripada melihat kelemahan gabungan BN secara total yang gagal mentadbir negara dengan baik setelah lebih 50 tahun hanya kepada kelemahan calon. Mereka menganggap barangkali jika calon yang mereka pilih itu ‘bersih’ maka selesailah masalah mereka dan rakyat akan berpusu-pusu ke pangkuan mereka. Mereka silap!
Barangkali Tun Mahathir juga berfikiran begitu. Beliau seakan masih menganggap umno dan BN terus releven untuk memimpin negara menjadi negara maju menjelang 2020 sekurang-kurangnya. Kita tentunya tertarik dengan kenyataan Samy Vellu yang mengulas kemenangannya dalam pemilihan MIC baru-baru ini. “Ramai menyalahkan saya, kata rakyat menyampah dengan saya, tetapi mereka sebenarnya tidak sukakan BN, bukan saya”. Nampaknya hanya Samy yang berpijak di bumi nyata sedangkan komponen BN yang lain masih berculakan selera pengundi era 80-an. Zaman sudah berubah , datanglah sesiapapun menjadi calon umno/BN namun rakyat tetap akan menolak mereka secara total.
Jika Pilihanraya kecil di Bagan Pinang dibukakan seluas-luasnya ruang demokrasi dan parti yang bertanding diadukan di atas padang yang sama rata tidak mustahil calon umno bakal kehilangan deposit! Hanya kaum kerabat calon serta pencadangnya sahaja yang barangkali akan mengundi umno. Tidak timbul lagi isu peribadi atau rasuah calon yang menjadi penentu. Berita lain di sini!
"
No comments:
Post a Comment