Thursday 24 September 2009

:: Otak sebakul

Jumaat, September 25, 2009

Pilih orang yang tidak ada lelah


Hari bertambah dekat. Pada 29hb ini, kedua-dua belah pihak akan mengumumkan calun masing-masing.

Semuanya strategi dan taktik bergantung kepada calun yang mahu diletak BN. Dengan terbelakang 1-7, BN pasti mahu menang untuk mendekatkan jarak. Kemenangan boleh menaikkan kembali semangat juang UMNO.

Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh pula sudah suarakan mahu calun yang menggambarkan perubahan dalam UMNO. Ada kata lain dari calun tertentu, agak susah untuk menang. Apa yang dikatakan Dr M dan Ku Li ada betulnya. Orang lama cakap mesti dihormati.

Dalam hal memilih calun, ana ada suatu cerita. Cerita ini betul berlaku tetapi nama dan tempat tidak diceritakan. Ia berlaku dalam pemilihan jawatan parti di peringkat bahagian.

Kisahnya dua kawan ini tidak dapat mencapai satu formula pengagihan jawatan di sebuah Bahagian maka mereka bersetuju bertanding secara gentleman. Seorang ni kita namakan Haji Leman dan seorang lagi Haji Baharom.

Kempen punya kempen, Haji Baharom congak keadaan cuma 50:50 dan kawasan yang mereka belum terokai hanya kawasan Haji Leman. Mestilah dia kuat di situ. Kena dapat kempen di situ. Kalau Haji Leman ada, sampai kiamat orang kampung tak keluar dengar Haji Baharom kempen. Masa tidak lama lagi. Pasti kalah nampaknya.

Tapi orang politik ni. Akal sebakul. Haji Baharom dan pasukannya memikirkan macam mana untuk dapat masuk kempen situ. Akhirnya mereka dapat satu akal.

Semua orang tahu Haji Leman ni orangnya lelah. Makan sikit pulut habih cungaplah dia dan sakit seminggu. Ada satu Majlis tu budak-budak Haji Baharom dapat selitkan semua makanan pulut pada meja Haji Leman. Dihidangkan lemang, tapai pulut, kueh-kueh pulut dan air ais.

Boleh tidak boleh, Haji Leman terpaksalah makan dan minum apa yang dihidangkan tuan rumah. Padahal dia makan seketul lemang, satu biji kueh dan seteguk air. Habis malam tu dah tercungap-cungap dia.

Berzikir-zikir dia dalam lelahnya. "Allahu Allahu ... adoi ... Allahu ..."

Haji Baharom mula masuk kempen. Melihat Haji Leman nampak berdiam aja, orang kawasan Haji Leman pun sedia keluar mendengar kempen Haji Baharom.

Orang-orang Haji Leman pergi mengadu padanya, "Haji, Haji, Haji Baharom dah masuk kempen kek tompek Haji. Takkan diam ajo. Tak buek apo-apo"

"Nak buek macam mano. Den sakit. Allahu Allahu ..."

Haji Leman sedar dia akan kalah dan telah diakali dengan pulut. Orang dulu-dulu gentlemen, Haji Leman hanya tersenyum. Dengan sporting, dia talipon Haji Baharom mengucapkan tahniah, "Tahniahlah Baharom. Panda ekau ngakal den."

Haji Baharom hanya menjawab, "Terima kasih. Tak ... Kalau ekau tak sakit, den tak boleh monang."

Nak hampir Bagan Pinang, harap-harap tak pilih calun yang ada lelah. Kalau calun lelah, pastikan tidak pula termakan pulut.


No comments:

Post a Comment