Friday, September 18, 2009
MENJELANG SHAWAL...DATO GHAZALI JAWI
Menteri Besar kali pertama
Tunku Abdul Rahman telah melantik beliau sebagai Menteri Besar Perak setelah Tunku berkrisis dengan Menteri Besar Perak Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab. Tunku Abdul Rahman memang tidak berapa sehaluan dengan Abdul Wahab sejak sama-sama belajar di London lagi.
Ghazali Jawi yang pulang dari Mesir telah dilantik sebagai Senator. Dia dilantik untuk jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Sentiausaha Agung UMNO. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1964, Ghazali Jawi bertanding di Parlimen Kuala Kangsar dan dilantik Menteri Tanah dan Galian. Kemudian memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.
Semasa menjadi Menteri Besar, beliau dikatakan pernah ditangkap oleh polis kerana rasuah pada 1960 . Kes itu tergantung atau dibuang tetapi Raja / Sultan Idris Shah selaku Raja di Hilir tidak berkenan kepadanya. Beliau telah dihantar menjadi Duta di Mesir. UMNO Perak terbahagi dua iaitu golongan menyokong Ghazali Jawi dan golongan yang menyokong Haji Kamaruddin Md Isa.Antara yang menyokong Kamarudin Md Isa ialah ketua pemuda UMNO Perak, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.
Penyokong Ghazali Jawi termasuklah Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri dan Tun Abdul Razak sendiri. (Tan Sri) Ishak Tadin selaku pegawai kerajaan negeri telah dihantar oleh Tun Abdul Razak memujuk Sultan Idris Shah agar menerima Ghazali Jawi untuk tempoh 2 tahun sahaja.
Menteri Besar kali kedua
Setelah mendengar nasihat Ishak Tadin, akhirnya Sultan setuju melantik Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak kali kedua pada 4 September 1974. Majlis angkat sumpah diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan.Pada tahun 1976, Sultan mahu janji 2 tahun ditunaikan. Tetapi Ghazali Jawi terus memegang jawatan Menteri Besar Perak sehingga 1977. Sultan enggan menandatangani sebarang keputusan mesyuarat Exco negeri Perak.Rancangan pembangunan tanah di Perak tergendala beberapa ketika sedangkan urusan tanah melibatkan kerajaan negeri.
Pemuda UMNO mengadakan rapat umum mempertahankan tindakan Ghazali Jawi. Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan Ghazali Jawi berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden Umno memandangkan Ghazali Jawi merupakah seorang ahli UMNO.
Di Pulau Pangkor, Sultan Idris masih murka dan bernazar tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB dan untuk beberapa ketika baginda tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjambang sebagai menzahirkan kemurkaan baginda. Ghazali meletakkan jawatan hanya setelah dinasihati oleh Presiden UMNO ketika itu iaitu Tun Hussein Onn pada 1977. Surat perletakan jawatan dihantar kepada sultan.[1] Dato Sri Wan Mohamed Wan Teh telah mendapat perkenan Sultan untuk menjadi Menteri Besar.
sumber: wikipedia
Semoga Roh Allahyarham ditempatkan di dalam golongan orang-orang berIman..
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Perak 1 Ogos 1957 - 16 April 1960 (kali pertama) | Penyandang Kemudian |
Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz | Shaari bin Shafie |
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Perak 4 Sep 1974 - 1 Okt 1977 (kali ke-2) | Penyandang Kemudian |
Kamaruddin bin Mohd Isa | Wan Mohamed bin Wan Teh |
No comments:
Post a Comment